SEARCH

Rahsia Kulit Cantik Rosie Huntington-Whiteley

Rahsia Kulit Cantik Rosie Huntington-Whiteley

Jerawat boleh menyerang sesiapa sahaja, pada bila-bila masa tidak terkecuali supermodel Rosie Huntington-Whiteley. Nama Rosie Huntington-Whiteley yang sesuai dengan wajahnya yang cantik mempunyai banyak pekerjaan – jadi sukar untuk menerangkan apa yang paling dikenalinya pada hari ini. Dia seorang model, pelakon, dan separuh daripada doll couple yang menarik di dunia. Dia menghasilkan seluar dalamnya sendiri, menjadi bidadari Victoria Secret dan dikenali sebagai bidadari dalam kehidupan sebenar. Dia juga ketua pengarang laman web kecantikannya sendiri, dan telah dijuluki sebagai ikon stail.

Wanita berusia 31 tahun, yang baru-baru ini melancarkan laman web kecantikannya sendiri, Rose Inc., mendedahkan bahawa dia telah melawan jerawat dengan menukar dietnya dalam usaha untuk mengimbangi semula kulitnya.

Dalam video yang mendokumentasikan rutin penjagaan kulit, Rosie menjelaskan: ‘Ramai bertanya apa jenis kulit saya. Pada hari yang baik, saya akan mengatakan saya mungkin hanya mempunyai beberapa jerawat dan pada hari yang buruk ia boleh menjadi banyak. Saya selalu mempunyai sedikit jerawat dan ia adalah sesuatu yang dimiliki oleh ibu saya. Oleh itu saya perlu rajin menjaga kulit saya.’

Rosie mengaku yang kulitnya berminyak dan dia akan sentiasa menjaga kulitnya dengan teliti menggunakan produk yang betul. Kadang kala dia terpaksa menolak beberapa makanan untuk menjaga dietnya.

“Pada masa ini saya menolak telur dan tenusu walaupun ia adalah kegemaran saya, tetapi tidak ada yang lebih baik daripada memiliki kulit yang baik.’

Beberapa kajian menunjukkan bahawa tenusu dan jerawat mempunyai hubungkait, walaupun masih tidak jelas penyebab korelasi di antara keduanya. Sesetengah pakar percaya bahawa hormon yang terdapat di dalam produk seperti susu boleh menimbulkan jerawat, sementara yang lain mengatakan bahawa kandungan gula – khususnya yang datang dari susu skim.

 

Rosie Huntington-Whiteley

Sebagai tambahan kepada pengurusan diet, Rosie juga menggunakan produk utama untuk menjaga kulitnya agak kelihatan sihat iaitu Bioderma’s Sensibio Micellar Water Cleanser, yang juga disukai oleh Natalie Portman dan Victoria Beckham.

‘Ia sangat lembut dan tiada wangian atau minyak wangi,’ kata Rosie. ‘Ini sesuatu yang saya gunakan selama bertahun-tahun sekarang.’

Rosie juga mengakui bahawa untuk mengekalkan kulit yang sihat, dia sentiasa memastikan untuk membasuh solekan di muka bagi kesegaran kulit.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE