SEARCH

Wanita Ini Bertukar Menjadi Rosmah Mansor Untuk Watak Halloween

Wanita Ini Bertukar Menjadi Rosmah Mansor Untuk Watak Halloween

Bersempena dengan Halloween yang hampir menjelang tiba pada tanggal 31 Oktober ini, pastinya ramai sudah mula memikirkan tentang kostum dan solekan yang bersesuaian untuk keraian yang dikaitkan dengan kematian, keajaiban serta raksasa dari dunia mitos

Biasanya orang ramai akan memilih untuk menjadi zombie, pontianak atau apa-apa sahaja jenis entiti menyeramkan yang wujud dia atas muka bumi ini. Namun berbeza buat Wendy Chen atau lebih dikenali sebagai Xiaxue. selebriti media sosial yang terkenal di Singapura ini tampil dengan video penuh kontroversi di laman Youtube miliknya yang memaparkan Wendy bersolek ala Rosmah Mansor untuk sambutan Halloween.

Yup, you heard me right Rosmah Mansor. Bekas wanita pertama Malaysia. Tak dapat dinafikan wajah Rosmah  sememangnya kelihatan sedikit seram dan mengerikan sejak sering berulang-alik untuk menguruskan kes perbicaraanya di mahkamah kebelakangan ini. Malah kami juga pernah mengupas tentang kulit wajah Rosmah yang terlihat seperti berselulit sebelum ini. Namun tidak pula terlintas di fikiran kami bahawa Rosmah boleh dijadikan salah satu watak untuk sambutan Halloween. Ternyata Wendy sangat kreatif dan berani untuk membawa kelainan pada tahun ini.

Rosmah Mansor Untuk Watak Halloween

Akibat dari video yang berdurasi selama 9.55 ini, Wendy dikecam hebat oleh rakyat Malaysia yang menganggapnya sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Rosmah. Tetapi Wendy telah membidas semula kecaman-kecaman ini melalui akaun Instagramnya. Wendy mengakui bahawa dia sangat terkejut dengan kenyataan bahawa Rosmah dan suaminya masih lagi mempunyai penyokong setelah apa yang mereka lakukan. Malah Wendy juga mempersoalkan mengapa perlu orang ramai hormati ahli politik yang jahat.

View this post on Instagram

Keep your hate comments coming people!! I love any form of attention ???? I especially appreciate the lengthy Malay comments because I can’t understand them so I imagine you guys are saying I’m so talented and pretty lol! ⠀ I love how stupid people always say the same boring insults… plastic lah, babi lah, Singaporean lah, Chinese lah… erm none of these are insulting? Can try harder not ???? ⠀ Don’t try to make this a SG vs Malaysia thing. After 1MDB Singaporeans were all rooting for our Malaysian friends during the elections and we cheered together with them when the results came out. Their high spirits of hope and renewed faith was infectious and Singapore felt it too. Disliking the Razaks isn’t equal to disliking Malaysia at all. ???? ⠀ I am completely flummoxed by the fact that Najib/Rosmah actually still has supporters. ???? how is it possible?! I thought everyone hated them?! Do people not watch the news? Of billions embezzled? Of 72 suitcases of cash, branded watches and birkins etc seized from properties linked to them? Of Altantuyaa?! I’m just… speechless… truly. You want me to show respect to Rosmah? Why?! Why on earth would I respect crooked politicians?! I’d sooner respect a used condom than Rosmah? ⠀ The video will be out today. Probably in the evening. If you are pissed by a 2 second silent preview you NOT gonna like the full 10 min video, this I can promise. ???? I can’t wait to piss the village idiots off more, it’s gonna be so fun! For my Malaysian friends and followers who are so excited about this video, this is for you guys, and the cherry on top of the cake is watching the idiotic Najib supporters get hopping mad ☺️ ⠀ I’ll post on my ig stories when the video is up! Or you can subscribe to my YouTube channel at http://youtube.com/xiaxue ???? ⠀ #neverapologize #neverbackdown #xiaxueasrosmah

A post shared by Wendy Cheng ???? Xiaxue (@xiaxue) on

Untuk mendapatkan make-up look ini, Wendy banyak menggunakan scar wax dan latex bagi membentuk hidung serta tekstur kulit Rosmah yang tidak begitu sekata. Seterusnya dia menggunakan Too Face Peach Perfect Comfort Matte Foundation bagi mendapatkan warna yang lebih tan bersesuaian dengan rona kulit asli Rosmah. Beralih kepada kening pula, Wendy bermain dengan Rose Gold Pallete dari Huda Beauty yang turut sama digunakan sebagai kontur.

Tidak lengkap sesuatu solekan itu tanpa gincu, jadi Wendy menggoleskan sedikit lip tint dari The Face Shop. Dia memilih lip tint berbanding gincu biasa kerana menurutnya Rosmah jarang mengenakan warna-warna terang pada bibirnya.

Akhir sekali, Wendy mengenakan rambut palsu berwarna hitam serta sehelai selendang bagi melengkapi keseluruhan penampilanya sebagai Rosmah. Lebih menarik lagi atau boleh saya katakan sebagai lebih mengundang kontroversi apabila Wendy memakai pakaian seragam banduan berwarna jingga bagi menggayakan watak Rosmah dalam video yang telah meraih lebih tujuh ratus ribu tontonan itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE