SEARCH

5 Fakta Perlu Tahu Tentang Bedak Kompak Kusyen & Sebab Kamu Perlu Gunakannya

5 Fakta Perlu Tahu Tentang Bedak Kompak Kusyen & Sebab Kamu Perlu Gunakannya

Bedak Kompak Kusyen

Secara jujurnya, saya sukakan bedak asas. Namun itu adalah ketika sebelum saya mengenali dan mencuba sendiri bedak kompak kusyen yang menjadi salah satu trend yang cukup terkenal sejak tahun lalu. Jika pada awal kemunculan bedak jenis kompak kusyen ini, pilihan warnanya masih agak terhad dan susah untuk saya mendapatkan rona-rona yang lebih gelap serta tan seperti kulit saya ini. Kini, mungkin kerana sudah semakin banyak jenama (yang bukan dari Korea) mula mencipta kompak kusyen, mereka mula mencipta lebih banyak rona untuk semua warna kulit.

1

Bagi saya, kompak kusyen menghasilkan solekan yang lebih natural. Formulanya hampir sama ringan dengan krim muka jenis BB dan juga CC. Berbeza pula dengan bedak asas di mana ia berfungsi memberi liputan penuh dan lebih tebal.

2

Lagi satu yang menarik tentang kompak jenis kusyen ini, walaupun teksturnya sangat ringan dan bukan jenis full coverage, ia boleh disapu secara berlapis-lapis hingga mencapai tahap liputan yang diingini. Jadi tiada masalah jika kamu hendak melitupi kesan-kesan jeragat pada wajah.

3

Jangan tidak tahu, penggunaan bedak jenis kompak kusyen ini mempunyai teknik pemakaiannya yang betul. Press and pat! Inilah teknik sebenar pemakaian bedak kompak kusyen, barulah bedak asas itu akan diadun lebih sempurna dan mulus tanpa meninggalkan kesan cakey pada wajah.

4

Tidak cukup dengan itu, kompak kusyen ini ternyata lebih efisien dan mudah dibawa ke mana-mana berbanding membawa sebotol bedak asas jenis cecair ini. Kita sebagai perempuan, pasti kalau boleh hendak bawa satu beg besar penuh dengan alat mekap ke hulu ke hilir bukan?

5

Mungkin masih ada antara kamu semua yang tidak mahu mencuba bedak kompak kusyen kerana formulanya yang tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kombinasi dan berminyak. Tak perlu risau kerana sekarang sudah banyak jenama yang mengeluarkan bedak kompak kusyen yang diformulasikan dalam bentuk matte.

Saya senaraikan beberapa kompak yang boleh buat kamu jatuh hati pada item cantik ini.

You May Also Like

Leave a Reply