SEARCH

Saya Senarai Selebriti Rambut Pendek Paling Stail 2019

Saya Senarai Selebriti Rambut Pendek Paling Stail 2019

Jika kamu inginkan sesuatu pembaharuan pada diri, sesuatu yang lebih segar, pasti gaya rambut baharu ada dalam wishlist kamu itu. Dan buat kamu yang berambut panjang, pasti satu masa kamu akan berasa bosan kerana sudah tidak tahu hendak menggayakannya dengan bagaimana lagi. Saya cadang apa kata kamu cuba gaya rambut pendek. Akan tetapi, sudah bersediakah kamu untuk perubahan yang drastik seperti ini? Daripada potongan rambut pixie sehinggalah ke potongan bob seksi paras dagu, percayalah cakap saya, rambut pendek sebegini adalah antara stail paling versatil. Ramai juga bilang jenis potongan rambut pendek paras rahang adalah antara gaya rambut pendek paling in tahun ini. Seperti yang pernah digayakan Kaia Gerber, Lily James dan Naomi Watts, mari saya senaraikan antara selebriti rambut pendek paling stail tahun ini.

Naomi Watts

Selebriti Rambut Pendek Paling Stail

Gaya potongan bob paras rahang amat popular kini. Very neutral dan ultra blunt bob!

Khloe Kardashian

Selebriti Rambut Pendek Paling Stail

Khloe tampil dengan potongan yang kami gelar beachy bob. Bukan itu sahaja, rambutnya yang berona blonde ombre itu melengkapkan lagi stail rambut seksi ini.

Hayley Bennett

Selebriti Rambut Pendek

Mahu tampil lain daripada yang lain, cuba potongan rambut pixie seperti ini. Pelakon berwajah comel, Hayley Bennett yang sebelum ini memiliki rambut panjang mengurai kini berani tampil berambut pendek sebegini.

Jourdan Dunn

Selebriti Rambut Pendek

Antara gaya rambut kegemaran kami. Jika kamu bosan dengan potongan pendek biasa, cuba gaya tousled bob ini. Lebih bersahaja dan kelihatan edgy namun masih kekal seksi. Seperti Jourdan Dunn! #STAILLAVV

 

Jika kamu masih tidak yakin hendak berambut pendek, jadikan wanita-wanita pilihan kami ini sebagai inspirasi kamu. Dan sebenarnya ada pelbagai lagi gaya rambut pendek yang boleh kamu cuba. Sama ada kamu padankan bersama bangs, atau juga mewarnakan rona-rona bold pada rambut potongan pixie kamu, pasti kamu akan kelihatan paling menarik. Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE