SEARCH

Akhirnya, Shiseido Group Beli Jenama Drunk Elephant Pada Harga $845 Juta

Akhirnya, Shiseido Group Beli Jenama Drunk Elephant Pada Harga $845 Juta

Pernah dengar tentang jenama penjagaan wajah Drunk Elephant? Jenama popular yang juga dikenali sebagai jenama ‘clean beauty’ ini adalah antara yang pertama mengamalkan bahan-bahan kandungan ‘bersih’ di dalam produknya. Bukan itu sahaja, Drunk Elephant popular dengan prinsipnya yang bebas daripada enam bahan yang dilabel sebagai “suspicious six” ini iaitu, minyak pati, alkohol, silikon, pelindung sinar kimia dan haruman, pewarna serta sodium lauryl sulfates. Baru-baru ini Tiffany Masterson, Pengasas Drunk Elephant mengumumkan berita gembira di mana Shiseido Group telah membeli jenamanya dan khabarnya sudah tidak sabar hendak bekerjasama dengan syarikat besar dari Jepun ini.

Shiseido Group Beli Jenama Drunk Elephant

Shiseido turut mengumumkan mereka telah menandatangani dan memiliki jenama ini sepenuhnya dengan taruhan $845 juta. Ini antara langkah besar yang diambil oleh syarikat kecantikan terbesar Jepun dan ternyata mereka punya agenda dan misi tersendiri. Kata wakil Shiseido,

“Drunk Elephant selepas ini akan dapat memanfaatkan platform dan sumber global Shiseido untuk mengembangkan lagi pasaran baru dan sedia ada baik di Amerika juga antarabangsa seperti di Eropah dan Asia. Pusat Inovasi Global dan Pusat Kecemerlangan Digital di Shiseido akan menyediakan lebih banyak pakar dan rangkaian sokongan unik untuk memaksimumkan peluang Drunk Elephant untuk membangun di semua saluran.”

Memandangkan jenama Drunk Elephant ini menunjukkan perkembangan jualan yang mendadak semenjak dilancarkan pada 2013 di mana penjualan sehingga 2018 hampir mencecah $100 juta. Rangkaian pelanggannya pula hadir daripada golongan millennial dan gen Z memperkuatkan lagi keinginan Shiseido untuk memiliki jenama ini.

Menurut Marc Rey, Ketua Eksekutif Shiseido Amerika juga Ketua Pegawai Pertumbuhan Shiseido Group,

Pendekatan yang diambil Elephant Drunk dalam menghasilkan produk kecantikan ‘bersih’ ini adalah satu pertimbangan penting untuk kami di Shiseido. Sebagai sebuah syarikat global, kami kehilangan faktor ini yang mana kami tahu ia sedang berkembang pesat dan tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini.”

Masterson menerusi temu bual bersama BOF berkongsi, keutamaannya sekarang ialah pada bungkusan produk jenama ini. Drunk Elephant mula mengamalkan gaya hidup yang lebih mampan sejak enam bulan lalu, akan tetapi susah bagi wanita ini kerana dia masih belum menemui bahan-bahan yang dapat di kitar semula sepenuhnya. Jadi dengan kerjasama ini, dia yakin masalah sebegini dapat diselesaikan.

Masterson akan memegang jawatan Presiden juga Ketua Pegawai Kreatif dan akan melaporkan kepada Rey. Jenama ini juga akan beroperasi di bawah grup Shiseido Amerika.

All the best Drunk Elephant! Produk Drunk Elephant ini juga boleh di dapati di Sephora Malaysia ya teman-teman!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE