SEARCH

Solekan Parti Inspirasi Daripada Si Cantik Khainina Khalil

Solekan Parti Inspirasi Daripada Si Cantik Khainina Khalil

Apabila hujung tahun tiba, apa yang pertama sekali terlintas di fikiran kamu? Jika tanya saya, pastinya percutian, perayaan Krismas serta parti hujung tahun tanpa henti! Ia bagai merai diri sendiri mengharungi segala penat-lelah yang telah saya lalui sepanjang tahun. Tambahan pula, hari jadi saya juga jatuh pada bulan terakhir saban tahun. Apa lagi, ia memang bulan untuk dirai. Dan keraian seperti ini tidak lengkap tanpa solekan paling sempurna. Kebiasaannya, keraian seperti ini memerlukan kamu tampil dengan solekan bold, glitters dan meriah. Jika kamu sudah kering idea solekan apa hendak dicuba, lihat kami kongsi solekan parti inspirasi daripada si cantik Khainina Khalil, influencer kecantikan serta wajah Fresh Face 2018 kami.

Si Cantik Khainina Khalil

Solekan monokromatik dengan mainan rona koral nude ini antara look kegemaran kami daripada Khainina. Lebih cantik apabila dia padankan dengan gincu bertekstur glos ini.

Tak semua wanita di Malaysia ini berani gayakan rona bold seperti biru untuk solekan mata. Jika kamu tidak mahu nampak terlalu menyerlah, apa kata kamu sekadar layangkan eyeliner menggunakan rona terang ini. Manakala bahagian wajah kamu yang lain, solekkan dengan mainan rona yang lebih natural dan tidak melampau. Barulah tidak kelihatan seperti badut.

Ini antara solekan kegemaran kami daripada Khainina. Adunan rona hot pink bersama ungu terung adalah padanan rona yang cukup cantik. Dengan bulu mata ekstra panjang, solekan Khainina ini sebenarnya sesuai digaya untuk apa jua acara keraian, solekan ketika bercuti pun boleh!

Si Cantik Khainina Khalil

Tidak lengkap rasanya tanpa solekan rona emas. Padankan solekan mata rona emas dengan sedikit suntikan palet pembayang mata tanah untuk cipta ilusi mata mewah. kemudian padankan dengan gincu rona koral kemilau. #STAILLAVV

Si Cantik Khainina Khalil

Ini antara solekan yang saya pasti semua orang mampu dan berani cuba. Jika kamu tidak mahu nampak keterlaluan namun dalam masa sama, mahu sesuatu yang menonjol pada penampilan kamu, layangkan sahaja gincu bibir rona merah menyala. Baik kamu layangkan gincu kemasan matte mahupun glos kemilau, kedua-duanya tetap memberi impak pada keseluruhan solekan kamu. Gayakan seperti Khainina dengan padanan mata smoky.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE