SEARCH

“Siapa Aku…” Ayuh Wanita! Perangi Emosi Berkecamuk Dalam Diri

“Siapa Aku…” Ayuh Wanita! Perangi Emosi Berkecamuk Dalam Diri

Setiap wanita punya isi hati mereka tersendiri. Sama ada mahu luah ataupun sekadar mahu memendam sendiri-sendiri. Lebih lagi, wanita yang telah disakiti. Wanita ini hatinya kaca, maka ada sahaja sang durjana yang mahu mendekati jiwa lembut mereka ini. Buat wanita yang lagi berduka hati, saya seru kamu semua menjadi kuat. Sekuat yang boleh. Ajak diri untuk renung jauh, tanya diri “Siapa aku…” , siapa berhak merobek hati ini, jangan biar hati mudah diconteng tangan kotor sang lelaki. Saya mahu pergi jauh dan mendalami isi hati wanita ini lantas ingin membantu dan berdiri bersama yang sekadar ingin membantu teman-teman wanita yang lain.

Ada yang bertanya, hati masih mahu percaya, si dia boleh berubah. Berubah ke arah kebaikan. Kata saya, tanya diri. Kalau yakin, go for it. Kalau tidak, get over it.

“Siapa aku...”

Fotografer : Edmund Lee  Sitting Editor / Teks : Amira Azman Arahan Seni / Konsep : Ashura Hakim Solekan : Fendi Sani  Rambut : Bibian Leong Talent Coordinator: Mel Muzammil Dibantu: Syafiqah Alkaf Model : Amelia Henderson Penaja Lokasi: Berjaya Times Square Hotel Baju: H&M Fall Winter 18 Collection, Victoria Secret, Uniqlo

Walau jiwa lagi berkecamuk, jangan sesekali kamu menyakitkan lagi diri. Semua faham, apabila sedang lagi depresi, pelbagai isu mula menghantui diri. Your ribs may ache, your eyes may swell. Otak bercelaru kadang-kadang terkeliru. Bila depresi menghimpit, kamu rasa tiada siapa yang mampu membantu. And you know, that it’s not true...

“Siapa aku...”

“Jangan biarkan diri disakiti. Jangan biarkan diri dikuasai…”

Cari teman berborak. Bukan sekadar borak kosong untuk melegakan hati. Percayalah, itu hanya sementara. Cari teman yang mampu mendengar masalah kamu. Biar kamu luah dan lega bagai satu bebanan yang kamu angkut selama ini di bahu sekurang-kurangnya hilang. Kata orang, berdua lebih baik daripada bersendiri. Jika seorang jatuh, seorang lagi mampu membantu.

“Siapa aku...”

“Siapa aku...”

Tak mengapa, semua ini memang memakan masa. Biarkan apa orang kata. “Kau ni drama!” “Kau ini asyik-asyik meroyan!” Biarkan mereka. Beri masa kepada diri kamu untuk pulih sepenuhnya. Percayalah, saat kamu pulih nanti, kamu akan lupa semuanya. Kamu bagai diri kamu yang baru. Memang, sewaktu hati duka, kamu mungkin tidak akan ingat apa-apa. Diri jadi tidak bermaya, makan minum pun entah ke mana. Kamu rasa diri sukar untuk kembali normal. Biar orang kata kamu drama, sesetengah manusia ini hati dan perasaannya lebih dalam berbanding manusia lain. Lambat-laun nanti, semua itu akan terubat dengan sendirinya. Nasihat saya, jangan melawan hati perasaan itu. Cuma janganlah sampai bertindak yang bukan-bukan sahaja.

“Siapa aku...”

“Siapa aku...”

Cinta akan berkunjung lagi…

Ini kerana kamu fikir, hanya dia sahaja yang kamu mampu cintai. Dunia ini luas, begitu juga teman dan cinta. Tuhan sudah mencipta laluan yang paling baik untuk kita dan apa yang harus kita lakukan adalah cuma untuk melaluinya. Tidak perlu mendesak diri untuk mencari. Jika terlalu memikirkan, inilah yang terjadi. Kamu fikir tiada siapa yang bakal menyayangi dan menerima kamu lagi? Buanglah jauh tanggapan ini. Itu semua hanyalah mainan fikiran…

“Siapa aku...”

“Siapa aku...”

Apa yang ingin saya tekankan, walau apa pun, sayangi diri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

“Jiwa tak akan lagi mati melalui jalan ini. 

Apa khabar kau di sana? Langit di sini cerah, 

Kerana semua kesakitan aku pendam selama ini, 

Telah aku ucapkan, 

Selamat tinggal.”

“Siapa aku...”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE