SEARCH

Kaka Azraff Tampil Dengan 3 Beauty Looks Cool Dalam Muzik Video Terbaru, Sibuk

Kaka Azraff Tampil Dengan 3 Beauty Looks Cool Dalam Muzik Video Terbaru, Sibuk

Saat mula teaser lagu Sibuk ini dikeluarkan, entah kenapa saya teruja. Mungkin kerana poster teaser nya sendiri sudah memberi saya impresi yang begitu. Berlatar belakang rona oren, solekan Kaka dalam video teaser nya itu cukup menonjol sekali. Memilih solekan dramatik smoky eyes, bibir pula dilakar penuh tampak mungil dengan rona terang fuchsia. Kemudian keluar pula teaser dengan beauty look kedua, sentuhan look musim panas dipadankan dengan rona hijau fun pada solekan mata. Dalam hati saya terdetik,

Teaser sahaja sudah memukau seperti ini, bagaimana agaknya muzik video sebenarnya nanti.”

2 HARI LAGI! Really can't wait for this! 😍 #kakasibuk

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Untuk lagunya kali ini, Kaka memilih Jurusolek Profesional tersohor, Emmy Agung, bersama Cody Chua, Penata Gaya Rambut Profesional sebagai duo yang menentukan arahan beauty look Kaka. Setelah menonton sedikit sedutan daripada muzik video ini, apa yang boleh saya katakan, solekannya begitu on-point dan menepati karakter Kaka di dalam muzik video ini.

Look solekan pertama yang diketengahkan Emmy di dalam klip ini untuk Kaka ialah dengan mengenakan rambut panjang yang digayakan sleek ponytail dan dipadankan dengan solekan kemas dengan fokus pipi yang dikontur, mata dan bibir pula dilakar glos. Solekan ini pada saya cukup moden, futuristik dan sempurna dipadan bersama outfit metalik sebegitu.

 

Sibuk

Kata Emmy, ini adalah look yang berkonsepkan Superstar.

“Di dalam video klip sebelum ini juga saya ciptakan 3 konsep. Tiga inspirasi saya ini ialah Superstar, Ghetto dan Edgy. Untuk look ini saya gelar Superstar. Dalam pembikinan muzik video ini, perjalanan saya untuk memikirkan look solekan buat Kaka tidak begitu mudah. Saya harus berfikir dengan mainan pencahayaan dan juga secara keseluruhan muzik video ini.”

 

Kaka Azraff

Look seterusnya, Cody menggayakan Kaka dengan wig berpotongan bob cut bersama statement bangs. Berkonsepkan edgy,  Emmy memperkuatkan lagi konsep ini dengan melakar solekan mata dramatik. Untuk look ini, Kaka ditempatkan bersama 5 lagi gadis. Kesemua mereka juga tampil dengan solekan bold. Ada yang mengenakan gincu gelap, wet hair, dan pelbagai lagi. Mungkin inginkan kepelbagaian, Kaka ditampilkan ekstra menonjol.

Satu lagi look yang menangkap pandangan saya ialah look Kaka yang digayakan dengan rambut afro besar dan bibir merah menyala dan bertekstur. Walau pencahayaan untuk babak ini agak gelap, tapi saya sukakan bagaimana solekan bibir Kaka kelihatan jelas terserlah. Kata Emmy, ini berkonsepkan Ghetto.

 

Sibuk

“Inspirasi saya adalah Lauryn Hill, penyanyi ahli kumpulan Fugees era 90-an dahulu. Rambut kembangnya itu terlahir apabila saya melihat penyanyi ini. Manakala bibir itu pula jika kamu perasan ia sedikit berbeza. Saya tidak sekadar menyarung gincu bibir merah. Dan saya juga tidak letakkan kemasan glitters untuk menampakkan bibir itu kemilau. Akan tetapi, saya tampalkan sequin.”

Secara keseluruhannya, saya sebagai pendengar, amat berpuas hati dengan muzik video ini. Kesemua beauty looks yang ditampilkan tidak mengecewakan sebagaimana penantian saya semenjak dari video teaser nya lagi pada dua minggu yang lalu. Emmy tahu bagaimana hendak mengenakan solekan yang padan dengan warga millenial sekarang. Walau inspirasinya ada yang datang dari era 90-an, Emmy bijak mengolahkan dalam seni yang lebih moden.

Jadi apa lagi, jangan call aku sibuk, sibuk, jangan call aku sibuk mekap lah jawab saya juga!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE