SEARCH

Sementara Menanti Sambungan Siri Netflix, Riverdale, Jom Lihat Saya Senarai 6 #BeautyMoments Karakter Cerita Ini

Sementara Menanti Sambungan Siri Netflix, Riverdale, Jom Lihat Saya Senarai 6 #BeautyMoments Karakter Cerita Ini

Siapa sini peminat setia siri Netflix, Riverdale? Buat kamu yang menonton pasti bukan sahaja melihat jalan ceritanya yang rumit, tetapi juga tidak mampu untuk melepaskan peluang melihat kecantikan setiap wataknya. Daripada solekan bibir merah sempurna Cheryl Blossom hinggalah ke solekan mulus dan minimal Betty Cooper, setiap #beautymoments mereka itu tidak boleh kita lupakan.
Siri Netflix, Riverdale

Antara watak utama siri ini adalah Betty Cooper yang dilakonkan oleh Lili Reinhart, Veronica Lodge oleh Camila Mendes, Chery Blossom pula oleh Madelaine Petsch. Antara watak lelaki utamanya pula ialah Archie Andrews yang dilakonkan oleh KJ Apa dan Jughead oleh Cole Sprouse.

Siri Netflix, Riverdale

 

Mari saksikan 6 #BeautyMoments pilihan saya dalam siri ini.

 

1. Veronica Lodge dan Mekap On Point

Siri Netflix, Riverdale

Gadis kaya yang membawa imej klasik bak seorang puteri ini memiliki satu gaya solekan signaturnya iaitu adunan mulus smoky eye. Saya sukakan keningnya yang disisir kemas dan berdefinisi. Solekan bibir rona magenta sangat padan dengan look keseluruhannya termasuk gaya rambut yang didandan kepuk lembut beralun.

2. Cheryl Blossom dan Bibir Merah

Siri Netflix, Riverdale

Satu lagi watak gadis kaya dalam siri ini. Namun Cheryl memiliki karakter yang agak misteri. Dia sering tampil dengan solekan yang bold terutama sekali solekan bibir. Memilih gincu rona merah terang glossy membuatkan bibirnya nampak lebih mungil. Pada saya, she is the definition of sexy dalam siri ini.

3. Solekan Minimalis Betty Cooper

Siri Netflix, Riverdale

Jarang sekali melihat Betty Cooper menyarung mekap tebal terutama ke sekolah. Namun dia masih nampak cantik dan ayu. Berbeza dengan Veronica dan Cheryl yang bijak bergaya, Betty lebih selesa mengikat tinggi rambutnya yang disisir semua ke belakang dan sekadar menyarung gincu bibir rona natural. Namun dia masih nampak cantik walau sebegitu rupa.

4. Transformasi Betty Cooper

Siri Netflix, Riverdale

Daripada seorang gadis yang jarang memakai mekap ke sekolah, namun pada satu malam itu, dengan tujuan untuk membalas dendam, Betty berubah menjadi karakter yang berbeza daripada diri asalnya. Dia menyarung rambut palsu bob cut berwarna hitam sambil mengenakan gincu bibir merah. Layangan eyeliner menyerikan lagi solekan Bad Betty dalam episod itu.

5. Valerie dan Idea Braid nya

Siri Netflix, Riverdale

Valerie, satu lagi watak utama dalam siri ini sering tampil dengan gaya rambut kerinting bervolumenya. Namun dalam salah satu episod ketika dia sedang lagi bergaduh dengan Archie (yang pada ketika itu teman lelakinya), dia tampil dengan gaya rambut chunky braid yang agak kemas memenuhi cantik di kepalanya. I wish i have her hair!

6. Veronica and her fresh bangs!

 Siri Netflix, Riverdale

Dia tampil dengan gaya rambut yang agak segar dalam salah satu episod siri ini. mungkin mahukan gaya yang lain daripada yang lain. Veronica tampil dengan bangs dan dipadankan dengan cekak halus putih. Bagi saya, untuk gaya ini dia disuntik dengan elemen gadis yang lebih comel dan manja berbanding karakternya yang sentiasa seksi itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE