SEARCH

#BeautyNews: Rasai Pengalaman Istimewa Bersama SK-II & Caudalie

#BeautyNews: Rasai Pengalaman Istimewa Bersama SK-II & Caudalie

Apa yang menarik bulan ini? Sudah tiba masanya untuk kamu menjejakkan kaki ke luar rumah hujung minggu ini untuk rasai pengalaman istimewa bersama SK-II dan Caudalie!

SK-II Lancar Mobil Pop-Up Pertamanya di Lembah Klang

Jika kamu teringin untuk menganalisis kesihatan kulit wajah kamu, kini sudah tiba masanya untuk kamu mengunjungi mobil pop-up dari SK-II ini. Pertama kali hadir dengan idea sebegini, bakal mengelilingi Lembah Klang sehingga hujung April tahun ini.

Mobil yang diubah suai membentuk sebuah stor ini direka dengan dekorasi yang rapi bagi memberi keselesaan menyeluruh kepada pelanggan. Keutamaan mereka dalam menghasilkan mobil pop-up ini adalah untuk memberikan produk penjagaan wajah premium serta menyediakan servis terbaik bagi memberi pengalaman optimum kepada yang berkunjung.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir akan diberi peluang untuk mencuba mesin Magic Ring yang berfungsi dalam menganalisis kulit dan mampu menentukan anggaran umur kulit sebenar. Bukan itu sahaja, sesudah itu, pakar kecantikan SK-II turut akan berkongsi bersama pengunjung tentang produk penjagaan sesuai mengikut hasil analisa agar mencapai kulit wajah bak kristal.

Bagi yang mahu mengunjungi, hujung minggu ini, mobil pop-up SK-II ini bakal mengunjungi Mitsui Outlet Park, KLIA. Seterusnya di Starling Mall, Petaling Jaya (19 Mac -1 April), APW Bangsar (6 – 8 April), Menara LGB, Taman Tun Dr. Ismail (9 – 12 April), Nexus, Bangsar South (13 – 22 April) dan The Intermark, Kuala Lumpur (23 – 29 April).

 

SK-II dan Caudalie

SK-II dan Caudalie
SK-II dan Caudalie

 

Caudalie Membuka Kaunter Standalone Keduanya di Malaysia

Januari lalu, Caudalie mengumumkan pembukaan kaunter standalone keduanya di Malaysia yang bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama. Buat kamu yang masih tidak tahu akan jenama Caudalie ini, ia jenama penjagaan kulit wajah yang diusahakan sepenuhnya oleh keluarga Mathilde dan Bertrand Thomas semenjak 1995. Penggunaan bahan semula jadi seperti anggur dan pohonnya adalah esen utama jenama ini.

Manakala kaunter terbaru ini juga disuntik dengan elemen semulajadi menampilkan warisan jenama ini sendiri. Di mana, rekaan kaunter ini diinspirasikan daripada ladang milik keluarga Mathilde iaitu Château Smith Haut Lafitte, dan di ladang inilah Mathilde dan Bertrand menemukan kuasa anti-oksida menerusi pokok anggur dan biji anggur Polyphenols. Segalanya diolahkan di kaunter ini agar mendapat mood dan suasana bagai di Bordeaux.

Di sini, pengunjung boleh bersama-sama merasai pengalaman dengan lebih terperinci lagi. Mengenali jenama ini dengan lebih dekat di mana pengunjung boleh duduk dan sesi konsultasi boleh dilakukan bersama pakar kecantikan Caudalie sambil menghirup teh herba organik istimewa. Lebih istimewa, untuk memberi pengalaman unik bagai berada di Bordeaux, kaunter standalone Caudalie di 1 Utama ini juga turut menjual produk spa serta set eksklusif mengikut kesesuaian kulit wajah para pelanggannya.

SK-II dan Caudalie

SK-II dan Caudalie

SK-II dan Caudalie

SK-II dan Caudalie

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE