SEARCH

Perkara Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Skrub Badan, Sudah Tiba Masanya Untuk Kamu Jaga Kulit Badan Juga

Perkara Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Skrub Badan, Sudah Tiba Masanya Untuk Kamu Jaga Kulit Badan Juga

Kadang-kala kita rasa mandi dan sabun badan sudah cukup membuatkan kulit tubuh bersih. Memang betul, tetapi tahukah kamu jika kamu mengamalkan rutin skrub badan akan membuatkan kulit badan bukan sahaja lebih bersih malah licin, lembut dan cerah berseri? Kalau kamu rajin kamu boleh bikin homemade skrub menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dalam peti ais di rumah kamu. Kalau tidak rajin, kamu boleh berkunjung ke spa atau juga beli produk skrub badan yang berlambak di pasaran.

Ramai yang bertanya juga pada saya, “Hendak skrub badan ini memerlukan teknik yang betul ke?” Gunakan teknik mengurut dalam posisi membulat atau mengikut putaran agar peredaran darah itu bergerak dengan lebih lancar. Selain itu, untuk hasil yang lebih efektif, amalkan semasa kamu sedang mandi. Seeloknya badan berada di dalam keadaan yang basah dan sudah dibilas dengan air suam. Jangan gunakan air yang terlampau panas, ia hanya akan mengeringkan lagi kulit kamu. Sesudah selesai, bilas seperti biasa dan jangan sesekali lupa menyapu losen.

Tidak kurang ada yang tanya, “Sebenarnya apakah fungsi skrub badan ini. Penting ke?” Mudah sahaja jawapan saya, jika kamu mahukan kulit yang lebih berseri, lakukan skrub. Skrub ini seperti saya katakan tadi boleh membersihkan kulit kamu. Ia menyahkan sel kulit mati menerusi teknik skrub ini. Bukan itu sahaja, ia boleh meningkatkan lagi kadar kelancaran peredaran darah. Namun, jangan terlalu obses dengan skrub badan. Jika dilakukan secara berlebihan, ia boleh merosakkan kulit.

Satu lagi persoalan yang sering diajukan kepada saya, “Berapa kerap harus saya mengamalkan rutin skrub badan ini?” Seperti saya katakan tadi, jangan terlalu obses, ia hanya merosakkan lagi kulit badan kamu. Seeloknya lakukan dua kali seminggu. Dan jika kamu belum pernah melakukan skrub badan, pastikan kamu uji dahulu pada sebahagian kecil kulit kamu untuk melihat jika kamu memiliki tindak balas tidak elok terhadap produk itu.

 Di sini saya senaraikan 5 produk skrub badan yang boleh kamu dapatkan di Sephora!

1. Sephora Collection Gentle Melting Body Scrub RM55/200ml

Skrub Badan

2. Fresh Cocoa Body Exfoliant RM195

Skrub Badan

3. Estelle & Thild Fresh Water Lily Body Scrub RM117

Skrub Badan

4. MILK Body Scrub RM53/375ml

Skrub Badan

5. Peter Thomas Roth Blemish Buffing Beads For Face and Body RM198/250ml

Skrub Badan

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE