SEARCH

Saya Sudah Cuba Trend Slice Mask Sheet Kocostar Dari Korea Ini. Apa Hasilnya?

Saya Sudah Cuba Trend Slice Mask Sheet Kocostar Dari Korea Ini. Apa Hasilnya?

Slice Mask Sheet Kocostar

Pada mulanya saya agak pelik dan ragu-ragu melihat pupur ini. Jenama yang belum pernah saya dengar dan ia juga antara jenama yang agak baru menjengah pasaran Malaysia. Bukan setakat pupur wajah, pupur rambut, telapak tangan juga tapak kaki antara pupur lain yang menarik perhatian saya. Namun, hari ini saya ingin kongsikan tentang pupur Slice Mask Sheet Kocostar yang menjadi trend di Instagram.

Saya mencuba pupur mereka yang memiliki kandungan timun. Pupur jenis ini memberi tenaga kepada kulit yang letih dan membuatkan wajah lebih segar serta-merta. Tidak dinafikan, itu yang saya dapat rasakan setelah memakai pupur ini hampir 15 minit. Untuk 10 minit pertama, setelah memakai pupur ini saya dapat rasakan kulit lebih bertenaga dan apabila memakai produk penjagaan wajah selepas itu, seperti minyak muka ternyata ia menyerap dengan mudah ke dalam kulit dan kulit terasa lebih selesa.

Lebih menarik lagi, pupur ini hadir dalam 12 keping yang difokuskan kepada bahagian-bahagian kulit yang mengalami masalah breakout yang lebih banyak. Buat yang berminat, jenama ini turut memiliki beberapa jenis pupur yang lain yang memiliki target serta fungsinya yang tersendiri. Saya pilih pupur timun ini kerana saya dapat rasakan kulit yang sudah tidak bermaya dan tampak kusam kerana terlalu sibuk hingga kulit wajah menjadi sedikit meragam.

Bagi yang mahu mencuba, bolehlah dapatkan pupur ini di Sephora berdekatan.

Slice Mask Sheet Kocostar

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE