SEARCH

Snapchat Dysmorphia, Sindrom Baharu Untuk Trend Surgeri Kosmetik Terkini

Snapchat Dysmorphia, Sindrom Baharu Untuk Trend Surgeri Kosmetik Terkini

Media sosial kini sukar dipisahkan lagi-lagi kita kini hidup di zaman generasi Z ini yang lahir-lahir sudahpun mengenali apa itu Internet. Dan tidak dinafikan, pengaruh media sosial boleh mengakibatkan seseorang menjadi begitu taasub. Terkini, sindrom yang digelar Snapchat Dysmorphia telah pun dikesan oleh pakar surgeri kosmetik setelah menerima permintaan pesakit mereka yang mahukan wajahnya diubah seperti menyarung filter di Snapchat.

Menurut Pakar Bedah Plastik New York, Dr. Matthew Schulman,

Semua orang pada dasarnya menggunakan filter dengan cara mereka tersendiri dan ada juga antara mereka yang mengambil langkah yang lebih ke depan dengan membawa foto yang telah dimasukkan filter kepada saya dengan berkata, “Hei, inilah wajah yang saya mahukan”.

Pelbagai diskusi berlangsung tentang pengaruh daripada aplikasi-aplikasi seperti ini di media sosial hari ini. Pelbagai pengaruh buruk boleh dilihat antaranya ia mampu mengakibatkan masyarakat berasa rendah diri dan boleh membawa kepada penyakit gangguan dismorfik badan, di mana mereka rasa tidak yakin dengan tubuh badan sendiri.

Mungkin sindrom ini agak baharu dan belum menjadi sesuatu yang membahayakan. Namun keterujaan mereka yang hadir berjumpa pakar surgeri untuk mendapatkan wajah idaman mereka berdasarkan wajah filter ini adalah sesuatu yang boleh dibendung.

Snapchat Dysmorphia

Wajah Crystal sebelum dan selepas menjalani prosedur kosmetik

Menurut BBC UK, seorang wanita bernama Crystal, berkongsi tentang kehebatan pengaruh filter Snapchat terhadap dirinya.

Saya tidak boleh berhenti rasa teruja melihat bagaimana filter di Snapchat mampu mengubah wajah saya. Ia membuatkan dagu saya lebih tajam, tulang pipi lebih berkontur dan hidung lebih mancung. Ini adalah bahagian-bahagian wajah yang selalu membuatkan saya berasa rendah diri.”

Dia juga berkongsi yang dia mampu capai wajah seperti itu jika dia sarungkan solekan. Namun Crystal tidak punyai masa untuk bersolek setiap hari. Lalu dengan itu, dia akhirnya membuat keputusan mendapatkan rawatan estetik filler untuk disuntik pada wajahnya.

Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, peratusan kini memperlihatkan 55 peratus lebih tinggi permintaan untuk surgeri plastik pada wajah berbanding 2013 yang hanya sebanyak 13 peratus ketika itu. Ini semua kerana, keinginan pesakit yang mahu kelihatan cantik ketika berswafoto. Dan bukan itu sahaja, kajian juga mendapati sebanyak 56 peratus terdiri daripada mereka yang berumur bawah 30 tahun.

Sesungguhnya ini adalah menurut pandangan masing-masing. Sama ada ia baik ataupun tidak, seseorang itu seharusnya pandai mengawal keinginan diri yang membuak-buak. Jangan hingga membinasakan diri sendiri. Jangan sehingga pengaruh media sosial hari ini memakan kembali diri sendiri. Bagaimana pula dengan pendapat kamu semua?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE