SEARCH

Tip Terbaik Solekan Bibir Glos Buat Kamu Di Pagi Raya Nanti

Tip Terbaik Solekan Bibir Glos Buat Kamu Di Pagi Raya Nanti

Bila cakap tentang solekan bibir glos, ramai yang masih tidak suka dengan idea solekan ini. Kata mereka, ia melekit, tidak selesa dan susah apabila tiba waktu makan. Maka sebab itulah pengaruh gincu matte masih berleluasa di kalangan penggemar kecantikan lagi-lagi wanita Asia. Jika tahun lalu, dunia kecantikan mengiktiraf bibir glos antara trend cantik yang membuat comeback, tahun ini saya perhati, gincu glos masih menjadi pilihan di kalangan penggemar kecantikan Barat.Solekan Bibir Glos

Saranan saya, apa kata setelah biasa menyarung gincu jenis matte, kamu cuba pula sapu gincu jenis glos ini untuk solekan istimewa pagi Raya nanti. Dan tahukah kamu, bibir yang memiliki efek glos ini mampu membuatkan raut wajah kamu nampak lebih seksi. Bibir pula nampak sihat dan lembap sepanjang hari. Mungkin juga kamu tidak tahu, gincu glos ini memiliki pelbagai fungsi. Ia bukan sekadar memberi efek bibir mungil, tetapi ia punya pelbagai kaedah untuk disapu. Antaranya, kamu boleh lapiskan di atas gincu jenis krim atau matte untuk memberi lebih dimensi kepada solekan kamu yang pusam itu. Dan jika kamu seorang yang gemar menyarung gincu bibir rona nude, apa kata kamu lapiskan dengan glos jenis jernih di atasnya. Hasilnya, solekan bibir nude kamu akan lebih menyerlah dan tidaklah kelihatan pucat sentiasa!

Biar saya kongsi sedikit sebanyak tip untuk kamu yang mahu menyarung solekan bibir glos dengan selesa sewaktu menyambut Hari Raya yang bakal tiba nanti.

1- Jangan lupa untuk exfoliate bibir sebelum mula bersolek. Bibir yang telah disental lembut memiliki permukaan yang lebih rata dan bersih. Makanya, layangan gincu pasti akan lebih lancar dan bibir juga tidak akan mudah mengelupas.

2- Tepekkan sedikit bedak asas pada bibir. Baik buat gincu jenis krim, matte ataupun glos. Dengan sedikit sentuhan bedak mampu membuatkan gincu-gincu ini tahan lebih lama pada permukaan bibir.

3- Saranan saya juga, sarungkan gincu jenis matte atau krim terlebih dahulu sebelum kamu melayang gincu glos. Ini juga salah satu tip untuk buat solekan bibir glos kamu tampil lebih tahan lama sepanjang hari.

4- Tidak selesa dengan rasa melekit yang melampau pada bibir? Apa kata kamu cuba ini. Selepas menyarung gincu glos, ambil seketul ais dan sapu lembut pada bibir kamu. Ini dapat membantu mengurangkan sedikit rasa lekit pada bibir di samping melembutkan lagi hasil solekan bibir kamu.

5 Gincu Glos Terbaik Untuk Kamu Gayakan di Pagi Raya Nanti!

Solekan Bibir Glos

Pat McGrath Lust: Gloss RM125

Solekan Bibir Glos

Marc Jacobs Beauty Enamored Hydrating Lip Gloss Stick RM113

Solekan Bibir Glos

Lancome L’absolu Lacquer Liquid Lipstick RM117

Solekan Bibir Glos

Hourglass Unreal™ High Shine Volumizing Lip Gloss RM140

Solekan Bibir Glos

Dior Addict Gloss RM138

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE