SEARCH

6 Solekan & Gaya Rambut Selebriti Serta Guru Kecantikan Lokal Terbaik Pilihan Penulis Kecantikan Minggu Ini

6 Solekan & Gaya Rambut Selebriti Serta Guru Kecantikan Lokal Terbaik Pilihan Penulis Kecantikan Minggu Ini

#BeautyReport kini kembali. Kali ini saya ingin senaraikan 6 solekan dan gaya rambut pilihan saya yang saya rasakan cukup menarik dan mungkin kamu juga boleh mencubanya.

Sazzy Falak

Solekan Dan Gaya Rambut

Instagram: Sazzy Falak

Sazzy Falak sudah tentu pada gaya rambutnya yang sangat memukau. Dia sering memilih rona-rona berani untuk warna rambutnya. Dan paling buat saya tertarik sekali adalah baru-baru ini apabila terlihat Sazzy memuat naik  sebuah foto (di atas) dengan rona rambut terbarunya. Rona ala ash pink ini seakan bersatu dengan tona kulit Sazzy. We totally love it!

 

Noriana

Solekan Dan Gaya Rambut

Instagram: Noriana The Face Designer

Dia merupakan jurusolek lokal yang sering menjadi pilihan artis lokal. Bukan sekadar menyolek pada kanvas wajah model, selebriti dan sebagainya, dia turut melakukan demonstrasi serta sering tampil dengan tutorial solekan. Dan baru-baru ini, Noriana telah ke Jepun untuk menyertai parti Make Up Forever. Dia memuat naik foto ini dengan kapsyen berbunyi “Summer Feels”. Jadi, kami rasa ianya cukup sesuai yang bolah dijadikan inspirasi kamu dalam mencipta solekan seperti ini.

Yaya Zahir & Adriana Adnan

Solekan Dan Gaya Rambut

Instagram: Adriana Adnan

Kedua-dua mereka ini (saat artikel ini ditulis) masih berada di Kota Seoul di Korea. Sepanjang mereka di sana, saya cukup tertarik dengan gaya penampilan mereka daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan gaya dandanan rambut Yaya Zahir serta Adriana Adnan ini juga bagi saya cukup cantik. Yaya memilih untuk menggulung panas rambutnya kemudian diikat manakala Adriana dengan gaya rambut yang cukup bersahaja. Namun potongan rambut Adriana adalah sesuatu yang perlu kamu cuba. Ia merupakan ukuran ideal buat kamu yang mahu memotong pendek rambut.

Yuna Zarai

Solekan Dan Gaya Rambut

Instagram: Noriana The Face Designer

She’s back! Yuna kembali ke tanah air dan telah mengadakan satu sesi konsert mini tertutup bersama peminat bertuahnya. Seperti biasa, Yuna akan memastikan dirinya mendapat sentuhan solekan daripada jurusolek kegemaran dia iaitu Noriana. Kali ini, Noriana memilih rona merah jambu dengan percikan kemilau dan kemudian dipadankan dengan gincu berona pink kusam sepadan dengan rona turban nya.

 

Emma Shazleen

Solekan Dan Gaya Rambut

Instagram: Emma Shazleen

Siapakah dia? Mungkin ada di antara kamu yang sudah mengenali si gadis genit ini. Buat yang belum mengenali, Emma merupakan seorang influencer, guru kecantikan online. Dia memiliki susuk badan sempurna sehinggakan setiap siluet yang digayakan Emma pasti tampak cantik. Bercakap soal solekannya pula, dia sering tampil dengan gaya solekan yang cukup on-point. Kali ini, rambutnya diikat sanggul bun dan dipadankan dengan solekan lebih edgy menggunakan gincu bibir berona gelap.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE