SEARCH

#TGIF : 2 Makeup Hacks Genius Perlu Kamu Tahu Yang Mampu Buat Solekan Lebih Ekstra Cantik

#TGIF : 2 Makeup Hacks Genius Perlu Kamu Tahu Yang Mampu Buat Solekan Lebih Ekstra Cantik

Selalu ada masalah kala bersolek dan selalu mengimpikan untuk mendapat solekan lebih ekstra cantik? Saya selalu mengalaminya lebih-lebih lagi apabila hendak mengontur wajah. Saya paling tidak pandai sekali menggunakan teknik ini. Namun saya juga tahu, masih ramai sebenarnya di luar sana yang sekurang-kurangnya masih tidak pandai melukis kening. Saya masih melihat ramai ya di Instagram (terutamanya) yang melukis kening setebal yang boleh dengan yakinnya. Memang benar, confident itu penting, tetapi alaaaahai~

Jika kamu rasa kamu antara golongan ini, usah risau lagi. Baru-baru ini, Beauty Blogger popular juga dikenali sebagai Makeup Magician, Promise Tamang, berkongsi trik terbaik menggunakan tweezer dalam bersolek. This is truly a game changer for makeup! Jom saksikan,

Buat semua contouring queens di luar sana, kamu juga boleh gunakan taktik ini kala bermekap!

Bukan itu sahaja, saya juga mahu berkongsi satu lagi trik mudah untuk menaikkan lagi seri solekan kamu. Apakah kunci kepada solekan bersinar? Highlighter jawapannya! Pernah kamu terfikir bagaimana hendak keluar rumah dengan wajah bersinar (highlight) namun tidak keterlaluan? Seorang blogger dari Australia, Arielle Stenner, berkongsi satu trik mudah bersama pengikutnya, namun sedar tidak sedar, post nya itu mendapat perhatian lantas menjadi viral. Apa rahsianya?

Well, sekadar Bio-Oil sebagai primer kepada highlighter kamu, sudah cukup mengubah wajah kamu kepada “damn sunbeam”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE