SEARCH

Mandi Lumpur, Cabaran Lasak Dalam Running Man, Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Mandi Lumpur, Cabaran Lasak Dalam Running Man, Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Sedar tidak sedar, sudah 9 tahun bersiarannya Running Man, program televisyen popular Korea ini dan kini telah menginjak ke episod 426. Fuh. Dan jika kamu peminat rancangan ini, pasti kamu tahu, ia bukanlah rancangan yang menampilkan aktiviti dan permainan biasa-biasa. Mandi lumpur, kejar-mengejar, tarik-menarik dan pelbagai aktiviti lasak lagi adalah highlight rancangan ini. Manusia paling ‘kuat’ dan digeruni antara kesemua ahli Running Man, Kim Jong Kook, juga pernah mengadu, semakin lama, tubuhnya semakin tidak berdaya dan sering sakit-sakit kerana aktiviti-aktiviti Running Man yang harus mereka lakukan setiap minggu. Yang paling menarik perhatian saya, hingga ke hari ini, ahli perempuan paling lama, Song Ji Hyo, masih kekal cantik seperti dahulu. Apakah rahsianya? Baru-baru ini Song Ji Hyo kongsi tip kekal cantik bersama rancangan kecantikan Korea. Mari sama-sama kita lihat.

Song Ji Hyo kongsi yang dia kini lebih selesa menyarung sesuatu yang minimal pada wajahnya. Dan dia lebih mementingkan rutin mencuci wajah dengan betul kerana cucian yang betul boleh mengelakkan faktor kulit menua dengan cepat.

Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Sebelum ini, Ji Hyo pernah berkongsi dalam sebuah lagi rancangan televisyen Korea, tentang rahsia cantiknya,

Saya tidak suka rona merah jambu dan dahulu saya selalu marah penata gaya saya kerana dia sering menyarung pembayang pipi rona ini pada saya. Namun, lama-kelamaan, saya semakin boleh menerima rona manis ini. The color grew on me.”

 

Seperti selebriti lain, Ji Hyo juga akan membersihkan wajahnya daripada sebarang solekan apabila di dalam kapal terbang. Dan di dalam salah satu episod Running Man, kita dapat saksikan Ji Hyo sarung pupur dagu.

Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Song Ji Hyo Kongsi Tip Kekal Cantik

Yang menariknya, pupur ini adalah hasil ciptaan Ji Hyo sendiri. Di awal proses pembikinan pupur ini, dia memberitahu yang dia mahukan sesuatu yang boleh mengekalkan kehidratan kulit yang tinggi dan dalam pada masa yang sama mampu ‘menaikkan’ dagunya agar dia tidak perlu menghiraukan apa yang dia makan dan masih kekal cantik.

Walaupun dia sering terbang keluar Seoul dan sentiasa ‘berlari’ setiap hujung minggu untuk rancangan kegemaran Running Man, dia tidak langsung mengabaikan kecantikan dirinya. Dia tahu bagaimana hendak kekal cantik, tubuh badan fit, tahu bagaimana hendak elak kulit terbakar dan pada masa yang sama masih boleh tampil paling cantik di karpet merah. WE LOVE HER!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE