SEARCH

Siri Laneige Meets Fashion Kini Kembali Tahun Ini Dengan Koleksi Edisi Terhad Sparkle My Way!

Siri Laneige Meets Fashion Kini Kembali Tahun Ini Dengan Koleksi Edisi Terhad Sparkle My Way!

Siapa peminat setia siri Laneige Meets Fashion? Saban tahun, jenama kecantikan Korea ini akan hadir dengan koleksi edisi terhad yang menampilkan rekaan-rekaan yang pelbagai buat bungkusan produk ikoniknya. Dan kali ini pada 2018, Laneige kembali dengan koleksi Sparkle My Way dan berkolaborasi bersama Kim GunJoo, artis visual Korea Selatan. GunJoo sering berkomunikasi menerusi lukisan dan rekaannya dalam hasil-hasil seni yang dicipta.

Sparkle My Way

Laneige memilih GunJoo kerana percaya GunJoo ini memiliki bakat dan kebolehan yang unik dan mampu mempotret kepelbagaian menerusi seninya. Semuanya boleh terlihat sendiri di dalam konsep untuk koleksi Laneige Sparkle My Way 2018.

Untuk yang belum tahu, Sparkle My Way ini diadaptasikan daripada konsep dan falsafah jenama ini iaitu Sparkling Beauty. Laneige juga percaya setiap wanita bersinar dengan caranya yang tersendiri. Dan dengan sentuhan ekstra kemilau yang ditampilkan Laneige, secara tidak langsung akan membantu setiap wanita tampil lebih berseri-seri. Dalam koleksi ini juga, Laneige mahu meraikan wanita-wanita di luar sana yang memiliki keunikannya tersendiri kerana menerusi seni yang ditampilkan GunJoo di dalam koleksi ini juga melambangkan karakter yang dimiliki setiap individu.

Laneige Sparkle My Way X Kim GunJoo kali ini tampil dengan pilihan bungkusan dan rekaan yang meriah memberi simbol ‘hidup’ dan memiliki jiwa semangat bebas seiring dengan mesej yang ingin ditampilkan jenama ini. Pilihan rona seperti biru langit serta merah jambu lembut dipilih agar nampak lebih berkeyakinan dan memberi kuasa positif kepada si pemakainya.

Koleksi ini tampil dengan Laneige Water Bank Hydro Essence RM179/70ml, Laneige Fresh Calming Balancing Toner RM120/250ml, Laneige Fresh Calming Quick Morning Mask RM115/80g, Laneige Stained Glasstick (dalam rona tertentu) RM85 dan Laneige BB Cushion Whitening dan Pore Control RM155, 15g x2.

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE