SEARCH

Stail Rambut 2017: Potongan Bob, Yay or Nay?

Stail Rambut 2017: Potongan Bob, Yay or Nay?

Wanita yang berambut panjang sentiasa nampak cantik malah secara tidak langsung membawakan imej yang lebih feminin dan manis. Manakala bagi mereka yang memilih untuk berambut pendek pula dianggap membawakan gaya perwatakan yang lebih androgini. Namun apa yang saya lihat dunia kecantikan hari ini semakin memberi perhatian kepada stail rambut pendek (bob). Mereka yang sebelum ini lebih selesa berambut panjang tidak gentar mencuba potongan rambut berbeza, iaitu pendek!

Gaya rambut bob ini tidaklah terlalu pendek dan tidak juga terlalu panjang. Ia bukan sahaja membuatkan kamu tampil lebih bergaya, namun gaya potongan rambut ini sebenarnya mampu memberikan efek wajah lebih kurus dan berkontur. Ada pelbagai jenis potongan bob yang boleh dipadan buat kamu yang memiliki wajah bulat, bersegi ataupun bujur.

Baru-baru ini, dunia kecantikan dikejutkan (sekali lagi) dengan topik hangat gaya rambut terbaru Selena Gomez yang telah pun mencantas habis rambut lamanya yang panjang mengurai itu. Kini dia berambut bob seperti yang dimuatnaiknya di laman Instagram minggu lalu. Well, I must admit that it is a new fresh style from Selena!

Bukan itu sahaja, sebenarnya sedar atau tidak, dalam tahun ini sahaja sudah banyak selebriti yang turut membuat keputusan untuk memotong pendek rambut. Antaranya seperti Kylie Jenner, Olivia Wilde, Suki Waterhouse dan beberapa orang selebriti lagi.

Tidak hairanlah jika saya rumuskan yang tahun ini memang potongan bob menjadi pilihan selebriti-selebriti. Mungkin kamu semua yang berambut panjang boleh cuba ubah gaya penampilan (sekali-sekala membuat perubahan pada diri) daripada asyik tampil gaya yang sama sahaja, apa kata potong rambut kamu? Saya janji ia akan memberikan kepuasan pada diri, kerana saya sudahpun mencuba! Kini giliran kamu pula.

 

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE