SEARCH

Kami Sudah Cuba Kompak Kusyen Generasi Terbaru Sulwhasoo Perfecting Cushion EX , Bagaimana Hasilnya?

Kami Sudah Cuba Kompak Kusyen Generasi Terbaru Sulwhasoo Perfecting Cushion EX , Bagaimana Hasilnya?

Jika kamu tanya saya dahulu, adakah kusyen kompak pilihan nombor satu saya, sejujurnya saya kata tidak, berilah saya apa jua jenis kompak kusyen (mungkin ada satu dua yang memuaskan hati saya), namun tidak ada satu pun yang benar-benar saya gunakan dalam rutin solekan harian. Namun, persepsi saya berubah setelah mencuba kompak kusyen daripada Sulwhasoo. Tambahan pula, beberapa bulan lalu, Sulwhasoo telah melancarkan generasi baharu Sulwhasoo Perfecting Cushion EX. Saya mencubanya pertama kali ketika menyertai lawatan media bersama Sulwhasoo ke Khao Yai, Thailand. Semenjak itu, tidak lekang kusyen ini di dalam tas tangan harian saya. Maka dengan itu, saya turut menjemput Editor saya, Azreezal Hafidz, untuk sama-sama mencuba kompak kusyen Sulwhasoo ini. Jom tonton review kami di bawah.

Generasi Baharu Sulwhasoo Perfecting Cushion EX

Rangkaian penjagaan wajah holistik dari Korea ini mempunyai misi dan visinya tersendiri dalam menyampaikan produk serta solusi kecantikan terbaik buat wanita. Bukan sekadar tentang penjagaan kulit wajah, malah memastikan setiap wanita cantik walau bersolek. Maka dengan itu, Sulwhasoo tidak henti-henti mencipta dan membaik pulih setiap produk mereka. Tentang generasi baharu Perfecting Cushion EX ini ternyata lebih menarik dan istimewa. Ini kerana ia telah dinaiktaraf teknologinya di mana kompak kusyen ini berfungsi dalam mencipta solekan wajah mulus serta memberi litupan yang cukup dan dalam masa sama, kulit wajah kekal terhidrat.

Kusyen generasi baharu ini juga mencipta hasil solekan yang lebih dewy dan berseri. Dengan formula pelembap yang tinggi serta formula yang dikenali sebagai ‘Slim Fit High Coverage’ ini mampu menyahkunci manfaat pelembap yang dihasilkan daripada tumbuhan Schizophyllum Commune. Lebih istimewa, ia tahan lama pada kulit wajah dan kekal selesa sepanjang hari.

Yang paling kami suka sekali ialah apabila akhirnya ada kompak kusyen yang memiliki rona kulit wajah kami yang lebih gelap. Ya! Sulwhasoo telah menambah empat lagi rona baharu menjadikan keseluruhannya sebanyak 10 rona ini agar lebih memudahkan untuk semua jenis tona kulit di seluruh dunia.

Jika kamu tanya saya, saya amat berpuas hati dengan kompak kusyen Sulwhasoo ini, begitu juga Editor saya, Azreezal Hafidz. Kami amatlah berpuas hati menggunakannya dan ternyata ia adalah antara item wajib yang perlu ada bersama kami setiap masa.

Sulwhasoo Perfecting Cushion EX

Sulwhasoo Perfecting Cushion EX

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE