SEARCH

Sulwhasoo Lancar Rangkaian Bloomstay Vitalizing Bersama Song Hye Kyo di Singapura

Sulwhasoo Lancar Rangkaian Bloomstay Vitalizing Bersama Song Hye Kyo di Singapura

Bulan lalu, STAIL.MY dijemput Sulwhasoo menyertai trip pendek ke Singapura untuk sesi pelancaran eksklusif rangkaian terbaharu mereka iaitu Bloomstay Vitalizing. Lebih istimewanya kali ini, pelancaran eksklusif ini turut disertai oleh wajah jenama ini, Song Hye Kyo, yang juga antara aktres disegani di Korea Selatan.

Bloomstay Vitalizing

Saat menjejakkan kaki di Singapura, kami berpeluang untuk berehat seketika di bilik hotel sebelum terus berkunjung ke bilik presentasi untuk sesi mendekati dan mengenali dengan lebih dekat tentang rangkaian terbaru ini. Dan sesi presentasi petang itu bakal disertai dengan sesi temu bual eksklusif bersama Song Hye Kyo.

Kenali Rangkaian Bloomstay Vitalizing

Bloomstay Vitalizing

Diinspirasikan daripada keindahan bunga plum blossom yang mekar saat musim salji. Kehebatan ekstrak bunga plum blossom ini ialah ia memiliki manfaat seperti anti-oksida, menyah radikal yang menjadi pemangkin kepada proses penuaan serta mampu mengembalikan keanjalan kulit wajah yang lebih sihat.

Rangkaian ini ditarget buat mereka yang lebih muda dan pada masa yang sama begitu prihatin dengan masalah kulit menua. Mungkin ada yang masih memikirkan, kulit menua ini hanya akan terjadi apabila usia lebih meningkat. Semua harus tahu dan semat di dalam minda, faktor persekitaran yang tidak sihat juga boleh menjadi punca kesihatan kulit wajah juga merosot. Kerja lebih waktu, tekanan, pencemaran alam sekitar, kesemua ini boleh menyebabkan masalah kulit hilang lembapan dan sebagainya lagi.

Di dalam rangkaian ini, terdapat empat produk iaitu Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Water, Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Serum, Sulwhasoo Bloomstay  Vitalizing Cream dan Sulwhasoo First Care Activating Serum (Gentle Blossom).

Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Water RM280/150mlBloomstay Vitalizing

Mengandungi konsentrasi tinggi ekstrak plum blossom, produk ini membantu menghidupkan semula kulit dengan kuasa tenaga anti-oksida. Lalu ia menjadikan kulit wajah dengan lebih lembap lagi dengan adanya juga ekstrak Yuzu di dalam produk ini. Bukan sekadar manfaat daripada dua buah ini, Sulwhasoo turut menyuntik formulanya tersendiri menggunakan teknologi yang dipanggil Flexible Water Drop Technology. Ia berfungsi membantu proses penyerapan formula yang lebih bagus ke dalam kulit wajah.

Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Serum RM530/50ml

Bloomstay Vitalizing

Serum yang membantu mengekalkan wajah kekal muda berseri dengan adanya bahan-bahan terbaik yang diadun di dalam serum ini. Dengan bantuan lima buah buah-buahan dan biji benih yang diperoleh daripada buah plum, kacang merah, quince, biji pokok pinus Korea serta sesame hitam ini, ia mampu memberikan hasil kulit wajah yang terbaik. Serum yang dihasilkan di dalam bentuk tekstur gel ini sungguh ringan dan mudah menyerap baik ke dalam kulit.

Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Cream RM580/50ml

Bloomstay Vitalizing

Turut dicipta daripada lima buah buah-buahan dan biji benih bersama ekstrak Yuzu dan buah oren, krim wajah ini berfungsi dalam merawat masalah kulit menua dengan memberikan hasil kulit wajah yang lebih berseri secara semula jadi. Bukan itu sahaja, krim ini dihasilkan dengan tekstur lembut bak kusyen serta yang paling penting tidak meninggalkan kesan lekit pada wajah.

Sulwhasoo First Care Activating Serum (Gentle Blossom) 90ml

Seperti semua sudah tahu dengan kehebatan Sulwhasoo First Care Activating Serum ini. Cuma kali ini ia dibungkuskan dalam bentuk yang lebih baharu seiring bersama produk lain di dalam koleksi ini. Dan istimewanya lagi, di dalamnya terkandung sedikit aroma plum blossom selain daripada formula signatur nya iaitu Jaum Balancing ComplexTM yang membantu mempertingkatkan lagi kelembapan kulit wajah.

Temu bual bersama Song Hye Kyo

Bloomstay Vitalizing

Sudah setahun kamu dilantik menjadi wajah dan duta kepada jenama Sulwhasoo, bagaimana perasaan kamu menjadi wajah pertama kepada jenama penjagaan wajah premium nombor satu di Korea ini?

Sudah setahun saya menjadi duta kepada jenama Sulwhasoo dan ia satu pengalaman yang menakjubkan kerana setiap kempen yang kami lakukan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Dan menjadi wajah kepada jenama ini sebenarnya membantu saya mendalami dengan lebih baik falsafah yang diterapkan Sulwhasoo di mana kecantikan ini adalah berdasarkan keseimbangan tubuh badan dan minda. Dan ia padan dengan kepercayaan saya juga. Saya juga berharap hubungan ini kekal berterusan.

Kamu memiliki kulit wajah yang cukup cantik dan mulus, boleh kongsikan rutin kecantikan kamu?

Yang seronoknya tentang menjadi duta kepada Sulwhasoo ini, saya dapat mencuba pelbagai produk terbaik mereka. Dan produk yang paling saya gemar ialah The First Care Activating Serum di mana saya menggunakannya setiap hari. Namun sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan lakonan, penggambaran dan sering berada di bawah sinaran lampu terik, kulit saya menjadi semakin kering. Saya kini menggunakan rangkaian Blooming Vitalizing untuk merawat kulit kering ini. Ia menyerap baik ke dalam kulit. Saya gemar menggunakkannya pada sebelah malam dan apabila bangun di sebelah pagi, kulit saya terasa lebih segar dan sihat.

Bloomstay Vitalizing

Adakah kamu pernah mengalami masalah kulit wajah yang ketara sebelum ini?

Saya sangat bersyukur dengan kulit wajah saya yang diwarisi oleh ibu yang tidak memiliki masalah yang ketara. Dan saat saya sibuk dengan kerja, saya berasa bertuah kerana kulit wajah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kulit wajah penat ketara. Ini kerana saya juga rajin mengamalkan rutin penjagaan wajah. Cuma kadang-kala bila waktu tidak berkerja saya kurang menitik-beratkan soal wajah, dan ketika itu kulit mula didatangi masalah namun tidaklah terlalu kritikal. Saya bersyukur juga kerana menjadi duta kepada Sulwhasoo, saya berpeluang mencuba pelbagai jenis produk dalam membantu masalah kulit wajah saya.

Apa pendapat kamu tentang kulit menua dan bagaimana kamu sendiri menerimanya?

Saya diberitahu bila kita menjaga kulit pada usia 20-an, hasilnya akan terlihat ketika kamu berusia 30-an. Begitu juga jika kamu mengambil berat di usia 30-an, hasilnya akan terlihat pada usia 40-an. Dan bila saya mendengar ketika di usia saya awal 30-an, saya sudah mula menjaga dan menitik beratkan soal ini. Dan saya percaya, kulit juga memerlukan rehat. Dan, rangkaian Sulwhasoo Blooming Vitalizing ini juga antara rutin kecantikan wajah harus kamu amalkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE