SEARCH

Rona Rambut Teh Susu Kini Menjadi Rona Trend di Seluruh Asia

Rona Rambut Teh Susu Kini Menjadi Rona Trend di Seluruh Asia

Belum pernah lagi kami dengar tentang rona rambut berinspirasikan teh susu. Namun rona ini dikatakan semakin mendapat perhatian dan mula popular di kalangan masyarakat Jepun dan Singapura. Menurut Allure, sebenarnya rona-rona yang berinspirasikan kopi dan wain yang terlebih dahulu mendominasi trend rona rambut hari ini. Antaranya seperti rona chardonnay blonde, mulled wine, cold brew serta ice mocha. Dan mana tahu, mungkin kali ini nama berasaskan teh pula yang bakal mendominasi seluruh salon rambut hari ini?

Teh Susu

Teh Susu

Hasil warna rambut Shawn Lee daripada Ravissant Hair Studio, Singapura

Rona rambut teh susu ini digambarkan dicipta menerusi rona beige berkrim (seperti rona teh ais sebenar). Tidak terlalu hangat dan tidak juga terlalu dingin. Rona ini juga tidaklah terlalu keperangan dan tidak juga terlalu gelap. Kalau dilihat betul, rona teh ais ini memfokuskan kepada proses mewarna secara berperingkat untuk menampakkan efek ombre.

Menurut temubual Allure bersama Shawn Lee,  pengasas Ravissant Hair Studio di Singapura,

Untuk mencapai rona teh ais seperti ini, dia harus mengangkat rambut sehingga ke peringkat 8 dengan menggunakan L’Oreal Blond Studio Lightener dan kemudian dilayangkan pula L’Oreal Majicontrast dalam rona Magenda Red untuk memberi hasil tona ash yang lebih neutral pada rambut.”

Teh Susu

Buat kamu yang mahukan rona yang lebih segar, tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap, bolehlah mencuba rona terbaru ini. Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE