SEARCH

Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Threading Kening

Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Threading Kening

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan jika kamu mahu mencapai bentuk kening idaman. Sama ada kamu membentuknya dengan mencabut sendiri, mencukurnya, menggunakan kaedah waxing atau juga threading. Teknik threading kening ini antara teknik tradisional dalam membuang bulu wajah berlebihan (yang bersifat sementara) dengan hanya menggunakan benang kapas dan pergerakan tangan. Satu teknik yang mudah namun memerlukan skil yang betul untuk dilakukan, dan jika kamu pandai, kamu juga boleh melakukannya sendiri di rumah.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Threading

Kaedah menggunakan benang dalam membuang segala bulu pada wajah adalah lebih selamat dari menggunakan teknik wax, cabut secara paksa mahupun laser. Teknik ini juga membolehkan segala bulu degil juga bulu pada bahagian kulit yang lembut terutama sekita mata dicabut dengan lebih selamat. Selain itu, teknik ini juga sememangnya 100 peratus natural (tidak memerlukan penggunaan bahan kimia ataupun menggunakan teknik yang invasif) dan yang lebih penting, kamu boleh mengawal berapa banyak helaian bulu yang hendak kamu buang pada wajah kamu.

Dan jika kamu ke salon, kamu akan dapati seorang beautician yang bagus itu adalah apabila mereka mempunyai pergerakan tangan yang ringan dan tidak menyakitkan ketika membersih bulu wajah kamu menggunakan benang ini.

Mungkin kamu rasakan, teknik menggunakan benang ini agak menggelikan kerana memerlukan bantuan mulut untuk memegang benang (seperti keraguan yang dimiliki Kim Kardashian terhadap teknik ini), namun, kajian mendapati, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana risiko sebarang penyakit berjangkit itu tidak ada. Namun, walau apapun, kita juga harus berhati-hati dan harus memilih salon yang betul serta mengamalkan kebersihan optimum.

Kos Threading Kening

Servis threading kening ini adalah antara servis termurah jika kamu ingin mendapatkan bentuk kening wajah idaman. Jika kamu ke salon, harganya adalah dalam lingkungan RM8 hingga RM10. Jika kamu tahu teknik threading ini, kamu juga boleh lakukan sendiri di rumah. Lebih jimat!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE