SEARCH

Kami Kongsi Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood Popular

Kami Kongsi Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood Popular

Setiap orang punya cara tertentu untuk menjaga kecantikan diri. Ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit saban bulan semata-mata untuk mencantikkan diri. Dan siapa kata, hendak cantik sahaja kena korbankan duit yang banyak? Jika kamu tahu caranya, kamu tidak perlukan semua itu. Oleh kerana itu, wujudnya petua cantik turun-temurun. Antara yang kita pernah dengar ialah seperti, makan lobak merah untuk mata yang sihat dan cantik. Lumatkan tomato ke atas permukaan kulit wajah untuk dijadikan sebagai masker, selepas beberapa minit, kulit wajah akan kelihatan lembut, mulus dan berseri. Bermacam-macam lagilah. Itu jika petua orang Melayu. Bagaimana pula petua orang putih? Saya kongsi tip cantik terbaik daripada selebriti Hollywood popular. Lihat sahaja bagaimana wanita legenda seperti Beyonce dan Gwen Stefani menjaga kecantikan mereka walaupun usia sudah menginjak 30-an dan 40-an.

Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood

Beyonce

Kata Beyonce, senyumlah selalu. “Wanita itu nampak paling cantik apabila dia senyum. Selain itu, tip kecantikan terbaik lain yang pernah saya pelajari ialah dengan senantiasa menggunakan krim pelembap kulit wajah!”

Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood

Eva Mendes

Hendak kulit yang cantik seperti Eva? “Bronzer kemilau adalah antara tip cantik terbaik untuk penampilan kamu nampak lebih berseri. Jika kamu tidak menyarung sebarang mekap, cukup sekadar mencampurkan sedikit bronzer kemilau dengan krim pelembap. Kamu akan nampak cantik semula jadi.”

Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood

Gwen Stefani

“Saya suka lapiskan beberapa rona warna pada setiap apa yang saya oleskan pada wajah untuk mencipta satu rona yang baru. Sebagai contoh, gincu bibir. Saya akan mulakan dengan menyarung gincu yang berkemasan matte. Kemasan ini sangat kering. Kemudian saya akan lapiskan dengan gincu yang berkemasan lebih berkrim untuk memberi efek lembap pada bibir. Dan bagaimana saya pastikan gincu tidak terkena pada gigi? Be really careful!

Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood

Isla Fisher

Isla punya cara tersendiri bagaimana dia melentikkan bulu matanya. “Untuk lentikkan bulu mata dengan lebih sempurna, gunakan peniup kering rambut pada eyelash curler kamu untuk satu ke dua saat sebelum kamu menggunakannya.” Ya, haba itu akan membantu bulu mata kamu lebih lentik, saya juga sudah cuba!

Tip Cantik Terbaik Daripada Selebriti Hollywood

Jessica Chastain

Ini menarik. Untuk kelihatan cantik sentiasa, seperti kata Beyonce, kamu kena sering senyum. Menurut Jessica, ada cara untuk kamu menguasai teknik senyuman ini. “Ada teman aktor saya berkongsi satu trik terbaik untuk mendapatkan senyuman yang sempurna. Dia memberitahu saya untuk meletakkan lidah pada bahagian belakang gigi ketika senyum. Ini adalah untuk mengelakkan senyuman kamu nampak berlebihan. Jika kamu melemparkan senyuman tanpa menggunakan trik ini, kadang-kala bahagian gusi gigi akan kelihatan. Ini adalah antara trik yang sering digunakan aktor!”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE