SEARCH

#Inspirasi Tip dan Nasihat Cantik Neelofa Yang Harus Kamu Ikuti

#Inspirasi Tip dan Nasihat Cantik Neelofa Yang Harus Kamu Ikuti

Neelofa – usahawan, pelakon juga pengacara ini ialah antara wanita yang menjadi inspirasi kepada banyak anak muda di luar sana termasuklah saya sendiri. Setiap kali wajahnya tampil di mana-mana baik di kaca TV atau di media sosial, pastinya akan mendapat perhatian. Lofa juga seorang yang sukakan fesyen dan kecantikan. Sering bereksperimen dengan gaya baharu, Lofa sering dikecam, namun oleh kerana dia seorang yang senantiasa positif, dia langsung tidak mempedulikan malah suka melihat pelbagai reaksi peminatnya itu. Pada saya, selagi tidak berlebih-lebihan, apa salahnya kan? Berbicara tentang beauty look yang sering digayakan Lofa, tidak pernah sekali pun Lofa tampil menghampakan peminatnya. Sering ditatarias oleh jurusolek bernama besar seperti Khir Khalid, Syed Dewa dan Muks, mari saya senaraikan antara tip dan nasihat cantik Neelofa yang sering diselit wanita ini di sebalik setiap solekannya.

Solekan oleh Syed Dewa ini menampilkan hasil yang sangat minimal. Namun, fokus utama solekan ini ialah pada highlighter nya. Bak kata Neelofa, solekan highlighter itu yang memberi impak kepada keseluruhan gayanya.

Tip dan Nasihat Cantik Neelofa

“Keeping the rest of the face minimal while amping up the highlight factor ✨ to go with my leopard print outfit @longchamp ! Thank you @syedewa for your minimal but impactful touch! @lancomeofficial #LancomeMY”

Tip dan Nasihat Cantik Neelofa

L.Y. First Love Yourself 🖤”

Masalah jerawat ini bukan hadir pada orang yang tidak menjaga kulit wajah sahaja. Hakikatnya, masalah ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Lofa juga tidak ketinggalan kerana wajahnya dilanda masalah yang sama. Namun apa yang menariknya, Lofa masih positif dan langsung tidak menganggap ia sebagai gangguan. #WeLoveHerSoMuchPlease !

Had 2 friends coming over to visit so I let them hang out with me in the studio! 

#acnepositive”

Girls! Lofa pun berani menyarung pembayang mata rona hijau. Kamu juga harus mencubanya!

Tip dan Nasihat Cantik Neelofa

“Pop of green on the eyes, that poppin’ highlighter on the cheekbones, while keeping the rest of the face neutral!”

Dan yang paling penting Lofa mahu semua tahu yang mana tidak semestinya rona hitam itu membosankan. Tidak percaya? Jika kamu mahukan kelainan, sarung solekan inspirasi daripada tatarias Lofa ini. Layangkan kemilau pada kelopak mata kamu, barulah solekan kamu itu next level kata orang!

“Black doesn’t have to be boring when it sparkles like this 🖤

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE