SEARCH

#TGIF : Kami Kongsi Tip Kecantikan Top to Toe Buat Wanita Stail Di Luar Sana

#TGIF : Kami Kongsi Tip Kecantikan Top to Toe Buat Wanita Stail Di Luar Sana

Setiap wanita mendambakan kecantikan optimum buat diri masing-masing. Maka dengan itu, setiap hari mereka ini sentiasa melawati laman-laman sesawang untuk membeli-belah serta mencari produk-produk kecantikan terbaru di pasaran untuk dicuba. Namun, ada juga di antara penggemar kecantikan ini yang hanya tahu membeli dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Hari ini kami ingin kongsi tip kecantikan top to toe untuk wanita di luar sana yang masih keliru untuk memilih produk yang terbaik dan sesuai buat diri mereka.

Kecantikan bukan hanya terhad pada penjagaan wajah sahaja. Rambut dan seluruh tubuh badan juga sama pentingnya. Jika kamu hanya menjaga wajah dan mengabaikan bahagian tubuh yang lain, kamu tidak boleh dikategorikan sebagai cantik. Cantik haruslah menyeluruh. Bermula dari bahagian kulit kepala dan rambut. Baik berhijab atau tidak, penjagaan rambut amat penting.

Pilih syampu yang sesuai. Kenal pasti jenis kulit kepala kamu. Sama ada berminyak atau kering. Kemudian, lihat pula pada kondisi rambut. Sama ada rambut kamu ini cepat gugur, berwarna atau sebagainya. Daripada situ, baru kamu boleh membuat keputusan untuk membeli syampu jenis apa. Bukan sekadar syampu. Ramai yang kadang-kala lupa tentang kepentingan perapi rambut. Ia membuatkan rambut menjadi lebih kukuh, lembut dan tidak mudah kusut. Antara syampu dan perapi pilihan kami ada di sini.

Kita skip bahagian wajah kerana kami tahu kamu tahu apa yang kamu perlukan buat wajah kamu. Mungkin kamu semua mahu memberi fokus lebih kepada bahagian decolette kamu juga. Bahagian ini antara bahagian yang menunjukkan tanda penuaan terawal di antara semua bahagian tubuh. Ini kerana lapisan kulit pada bahagian dada dan leher kita ini memiliki lapisan yang amat nipis dan mempunyai kandungan sel melanocyte yang terhad menyebabkan ia tidak mampu mengawal sinaran matahari yang terkena secara berlebihan. Makanya, ambil peduli tentang bahagian ini untuk elak leher tampak lebih tua berbanding wajah kamu. Pilihan kami, di sini.

Skrub tubuh juga amat penting selain daripada memilih sabun badan yang sesuai dengan kulit kamu. Skrub ini membantu banyak dalam merawat kulit kotor. Dan yang paling penting harus kamu ingat, jangan sesekali lupa skrub pada bahagian belakang badan. Kawasan ini yang sering sekali wanita abaikan dan tidak dibersihkan. Skrub biar menyeluruh. Dari bahagian dada, belakang hingga ke bahagian kaki. Kaki juga antara kawasan yang sering diambil remeh. Buat kamu yang sering menyarung kasut, penjagaan kaki ini juga antara yang perlu kamu ambil kira. Kebersihan kaki dan kasut sememangnya sama penting. Pilihan kami, di sini.

Akhir sekali, yang paling penting kamu harus atau jangan sesekali abaikan kebersihan diri. Potong kuku agar tampak bersih dan kemas. Baik kuku kaki mahupun tangan. Selain itu, haruman mulut itu juga amat penting. Kadang-kala, perkara remeh sering wanita abaikan. Mereka sekadar mahu nampak cantik secara luaran, tetapi dalaman… hanya Tuhan sahaja yang tahu…

Jangan lupa, sayangi diri kamu dan jagalah kecantikan serta kebersihan diri!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE