SEARCH

#StailMyBeautyTalk : Kami Kongsi Tip Penjagaan Rambut Wanita Berhijab Menjelang Raya ini

#StailMyBeautyTalk : Kami Kongsi Tip Penjagaan Rambut Wanita Berhijab Menjelang Raya ini

Cuaca di Malaysia ini sentiasa panas berbahang dan kadang-kala hujan. Itulah cuaca yang harus kita hadapi setiap hari. Sebenarnya cuaca juga antara faktor penting dalam menyebabkan perubahan pada kulit wajah, tubuh juga rambut kita. Kalau panas melampau, bukan sahaja kulit wajah, kulit kepala juga akan berminyak, rambut menjadi kering, badan pula berubah menjadi tidak bermaya. Bercakap soal rambut, ada juga di antara kita yang menyarung hijab.

Masalah seperti rambut terperap langsung berbau kemudian kulit kepala gatal juga antara faktor rambut menjadi rosak. Mulalah kamu menjadi runsing bagaimana hendak mendapatkan rambut yang sihat dan tidak menyusahkan diri lagi-lagi Raya pula bakal tiba tidak lama lagi. Hendak keluar berjalan sepanjang hari di bawah terik panas matahari, pasti ada antara kamu yang tertanya-tanya, apakah rawatan rambut terbaik buat kamu yang berhijab? Saya bersama Putreeo, merungkai masalah serta berkongsi tip penjagaan rambut terbaik buat kamu yang berhijab. Bolehlah kamu semua beraya dengan senang hati!

Sitting Editor: Amira Azman Arahan Seni: Ashura Hakim Solekan dan Rambut: Juju Icesan Video: Octopost Studio  Lokasi ditaja oleh IMPROV Bistro KL Penyelaras: Ryan Mohamad & Mel Muzammil 

Masalah rambut yang sering dihadapi wanita berhijab ini ada banyak. Antaranya, rambut gugur, rambut berminyak, kelemumur…”

Sebab kita selalu pakai anak tudung yang terperap, saya rasa kita kena ada extra care untuk rambut dan kulit kepala juga.”

Rangkaian Penjagaan Rambut Ryo Buat Wanita Berhijab Pilihan Putreeo

RYO SCALP DEEP CLEANSING SYAMPU DAN PERAPI RM48/SETIAP SATU 

Buat kamu yang berhijab, rangkaian deep cleanse ini adalah rangkaian yang paling sesuai. Ini kerana ia mampu membantu membersih dengan mendalam pada bahagian kulit kepala dan dengan adanya bahan seperti daun pudina yang telah ditapai di dalam rangkaian ini, kulit kepala kamu akan menjadi lebih segar. Bukan itu sahaja, daun pudina yang telah ditapai juga bermanfaat dalam mengawal penghasilan sebum di kepala. Selain itu, daun pine needles antara inti pati utama dalam rangkaian ini. Ia membantu merawat kondisi kulit kepala. Lebih istimewa, inti pati sup kacang yang telah ditapai juga terdapat di dalam rangkaian ini yang mana bertujuan untuk melindung permukaan setiap helaian rambut agar tidak rosak akibat pencemaran sekeliling.

RYO DANDRUFF RELIEF SYAMPU DAN PERAPI RM48/SETIAP SATU

Kulit kepala gatal adalah antara masalah utama buat kamu yang berhijab bak kata Putreeo. Jadi antara solusi terbaik adalah dengan menggunakan produk rambut yang memiliki manfaat solusi masalah kelemumur ini. Yang menariknya tentang rangkaian ini ialah ia diformulasikan dengan penggunaan inti pati terbaik seperti minyak bunga Camellia yang telah ditapai serta sap buluh dan kulit buah berangan. Bahan ini berfungsi baik dalam memberi lembapan optimum pada kulit kepala. Selain itu, ia juga mampu memberi kesegaran, ketenangan dan rasa yang selesa pada kulit kepala lagi-lagi buat kamu yang berhijab ini. Bahan kandungan lain seperti minyak pine hitam juga antara bahan yang terdapat di dalam rangkaian ini. ia bertujuan untuk memberi hasil rambut lebih bersinar di samping merawat kulit kepala kamu yang kering itu.

 

Buat kamu yang mahu memiliki produk penjagaan rambut Ryo ini, boleh dapatkan di stor Watson seluruh Malaysia atau ke stor atas talian Watson dan Hermo . Kunjungi juga laman web Ryo Malaysia untuk mengetahui tentang produk-produk mereka dengan lebih lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE