SEARCH

Gigi Kuning? Jangan Malu, Kami Kongsi Tip Putihkan Gigi Secara Semula jadi

Gigi Kuning? Jangan Malu, Kami Kongsi Tip Putihkan Gigi Secara Semula jadi

Macam-macamlah sekarang cara nak memutihkan gigi ini. Kunyah arang lah, peluntur lah dan jika kamu hendak ke klinik gigi untuk buat rawatan putihkan gigi ini pun bukan murah juga ya sebenarnya. Ya, benar. Sekarang ini bukan sahaja muka yang hendak diputihkan, gigi juga. Banyak yang risau gigi kuning boleh mencacatkan penampilan mereka. Ya lah hendak senyum lebar pun malu. Sebenarnya ada cara lain yang tidak perlu untuk kamu mengeluarkan duit belanja berlebihan semata-mata untuk mendapatkan gigi putih ini. Sudah, jangan buang masa lagi, mari saya kongsi tip putihkan gigi secara semula jadi.

Tetapi sebelum itu, apakah penyebab gigi kuning ini? Tahukah kamu, gigi yang sedikit kuning itu normal untuk kita yang dewasa ini. Gigi kuning ialah disebabkan oleh enamel (lapisan gigi paling luar) yang haus lalu menyebabkan struktur dentin gigi jelas kelihatan. Dentin sememangnya berwarna kekuningan. Namun, pemakanan dan gaya hidup juga antara penyebab utama yang membuatkan enamel gigi kekuningan.

Tip Putihkan Gigi Secara Semula jadi

Menurut Dr. Justin Philipp daripada J. Philipp Dentistry, Chandler, Arizona,

Merokok, minum kopi dan teh serta mengunyah tembakau adalah penyebab utama gigi menjadi kuning.”

Senang cerita, segala makanan dan minuman yang jika jatuh pada baju kamu dan meninggalkan kesan, makanan dan minuman itu juga akan meninggalkan kesan pada gigi kamu. Sebagai contoh makanan dan minuman yang berwarna gelap seperti minuman cola, coklat serta sos soya, cuka, kari, ini semua penyebab gigi berubah warna. Jangan main-main, plak yang terhasil pada gigi pun boleh menyebabkan gigi kuning.

TIP PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULA JADI

1- Kunyah makanan ‘pencuci mulut’

Buah epal, sayur saderi dan lobak merah antara makanan yang boleh menjadikan gigi lebih putih. Ia berfungsi sebagai pencuci kotoran dengan cara menambahkan produksi air liur dalam mulut. Bukan itu sahaja, ia juga mampu membunuh kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau. Dan kerana makanan ini memerlukan kamu berulang kunyah, ia juga secara tidak langsung bertindak sebagai skrub gigi.

2- Yogurt, susu dan keju

Produk tenusu ini mengandungi asid laktik. Asid laktik ini mampu membantu melindung gigi daripada rosak. Satu kajian jurnal pergigian yang pernah dijalankan telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengamal pemakanan yogurt sebanyak empat kali seminggu ini adalah kanak-kanak yang kurang mengalami masalah kerosakan gigi berbanding mereka yang tidak langsung mengambil yogurt dalam pemakanan seharian mereka. Pengkaji yakin bahawa yogurt ini mampu melindung gigi daripada asid berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakan. Satu lagi, keju keras adalah yang paling terbaik jika kamu mahu memutihkan gigi kerana ia mampu membantu menyah segala sisa makanan di gigi.

3- Buah oren dan nenas

Buah-buahan tart seperti oren dan nenas ini juga antara buah yang mampu membuatkan mulut menghasilkan air liur yang banyak. Dan air liur yang banyak inilah yang membantu kamu membersih dan memutihkan gigi secara semula jadi. Tetapi jangan ingat semua buah kategori ini baik untuk gigi. Penggunaan buah lemon yang berlebihan dan terus pada gigi juga boleh menyebabkan kerosakan kerana kandungan asidnya yang berlebihan.

 

Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE