SEARCH

Inilah Dia Antara Trend Cantik Yang Kamu Harus Lupakan Di Tahun 2020

Inilah Dia Antara Trend Cantik Yang Kamu Harus Lupakan Di Tahun 2020

Saban tahun pasti kita akan dikejutkan dengan bermacam jenis trend kecantikan. Baik feathered brows, glitters, freckles, solekan neon dan pelbagai lagi lah. Ada trend yang masuk akal, dan ada juga yang bizzare! Yang pelik-pelik (wiggly brows, bulu hidung palsu… say what?) itu kita anggap sebagai trend sementara sahajalah ya. Namun, apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah antara trend cantik yang harus kamu lupakan di tahun 2020. Trend yang mungkin sudah lapuk, atau patut dinyah kerana ia sudah tidak relevan lagi.

Solekan Glitters

Kata pakar, glitter (kemilau) ini sebenarnya merbahaya kepada alam sekitar. Ini kerana ia diperbuat daripada plastik mikro lebih mudah dilupus di dalam sistem air bumi maka kemudiannya bakal membinasakan ekosistem hidupan laut. Dan tahukah kamu, objek kemilau ini boleh membahayakan kulit wajah juga kerana ia menyebarkan sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu hormon manusia dan binatang? Namun sejujurnya, jika kamu tanya saya, solekan mata glitters tidak mungkin akan lupus begitu sahaja. Walaupun ia mungkin merbahaya pada kulit, apa yang kami boleh sarankan, jangan sarungkan terlalu kerap. Ya lah, pakai solekan hari-hari pun tidak elok bukan? Jika solekan mata masih boleh terima, kalau solekan glitter di bibir, what say you? Yay or nay?

Solekan Bibir Metalik

Trend Cantik Yang Kamu Harus Lupakan

Sebanyak mana pun gincu bibir jenis metalik ini dikeluarkan jenama-jenama kosmetik, tidak semua sebenarnya berani menyarung gincu berkemasan ini. Mungkin sekadar sarung ke acara parti atau keraian tertentu, namun ini bukanlah kategori gincu bibir harian. Kajian mendapati, ramai wanita yang sudah mula meninggalkan trend bibir metalik ini yang sudah lama popular sekitar tahun 2017-2018. Adakah kamu salah seorang pengguna gincu metalik?

Mekap Tiruan

Kami sendiri dapat lihat perubahan besar tentang trend ini. Sebagai pengikut setia industri kecantikan, hari ini saya dapat lihat trend membeli mekap tiruan terutama sekali di kalangan peminat kecantikan Malaysia sudah semakin senyap dan berkurangan. Kami percaya, millenial hari ini tahu apa yang terbaik untuk kulit wajah mereka. Seperti sudah punya kesedaran! Malah, ada yang saya lihat lebih rela mengumpul duit membeli produk berkualiti daripada sekadar membazir duit pada produk tiruan. Mungkin juga kerana kini kita punya banyak produk lokal yang berkualiti dan berpatutan. Jadi, daripada mereka membuang duit membeli produk tiruan, lebih baik mereka habiskan duit membeli produk lokal. Setuju?

Instagram Brows

Trend Cantik Yang Kamu Harus Lupakan

Jika kamu masih ingat, trend solekan kening on-point ini sudah mula popular semenjak tahun 2014 lagi. Diinspirasikan daripada Internet dan media sosial dengan efek shading yang sempurna, inilah kening idaman setiap wanita suatu ketika dahulu. Namun, yang kami perasan, semenjak tahun ini, kening on-point ini sudah lagi tidak menjadi pilihan utama wanita hari ini. Ramai yang lebih memilih menyarung kening natural dan tidak terlalu terlukis dan berdefinisi. Kata jurusolek Malynda Vigliotti, kening inspirasi Instagram ini sebenarnya nampak lebih palsu dan memerlukan maintenance yang cukup tinggi. Jika kamu masih tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan kening sempurna namun tidak tampak terlalu fake, kamu boleh kunjung sahaja mana-mana kaunter Benefit Cosmetics atau lawat sahaja Instagram Benefit Cosmetics Malaysia, mereka ini pakar kening nombor satu dunia. Banyak ilmu kamu boleh timba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE