SEARCH

#BeautyTrend: Trend Freckles Masih Menjadi Pilihan, Kami Kongsikan Cara Untuk Meniru Solekan Ini

#BeautyTrend: Trend Freckles Masih Menjadi Pilihan, Kami Kongsikan Cara Untuk Meniru Solekan Ini

Saya dapat rasakan trend freckles ini masih hangat di kalangan penggemar solekan di luar sana. Kini solekan freckles diangkat kepada satu level yang lebih tinggi dan digayakan dalam pelbagai gaya. Daripada sekadar merekanya menggunakan pensel, sehinggalah ada yang begitu obses hingga mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan efek ini.

trend freckles

Ada sesetengah yang menganggap ini bukanlah sebagai satu “trend” namun ingin meraikan mereka yang sememangnya lahir dengan tanda jeragat di wajah. Dunia penerimaan freckles ini ternyata sudah berubah. Jika dahulu mereka yang memiliki jeragat ini pasti akan dibuli dan dianggap tidak cantik ibarat memiliki setompok kotoran pada wajah.

Ada juga yang berpendapat, solekan freckles ini mampu membuatkan seseorang itu nampak lebih segar dan muda. Ini kerana ia mencipta satu ilusi ibarat kamu tidak memakai sebarang solekan pada wajah.

Mari saya kongsikan beberapa inspirasi solekan freckles yang boleh kamu cuba. Jangan takut untuk gayakannya sebagai solekan harian.

trend freckles

trend freckles

trend freckles

trend freckles

trend freckles

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE