SEARCH

Trend Rambut Tahun 2020 Terbaik Menurut Pakar Gaya Rambut

Trend Rambut Tahun 2020 Terbaik Menurut Pakar Gaya Rambut

Tahun baru membawa kita semua ke satu mood yang baharu. Segalanya yang lebih segar daripada sebelum-sebelum ini. Kemudian kamu cipta pula moodboard istimewa sebagai panduan dan inspirasi kamu untuk gaya tahun baharu. Saya percaya tahun 2020 bakal menjadi tahun yang lebih baik untuk kamu berbanding tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, artikel saya hari ini boleh juga kamu jadikan sebagai panduan untuk kamu tahun hadapan. Ya, hari ini saya ingin berkongsi trend rambut tahun 2020 yang terbaik. Mana tahu, jika kamu inginkan gaya rambut yang baharu, bolehlah cuba salah satu trend ini. New year, new you!

Straight Bob

Trend Rambut Tahun 2020

Kami setuju ini adalah satu trend rambut yang bakal menjadi ‘besar’ tahun hadapan. Potongan yang clean, pendek rambut yang sempurna, dibelah tengah, inilah adalah trend rambut terkini. Dan siapa kata rambut sebegini tidak boleh digayakan. Ia boleh digaya lurus berkilat, gaya seksi beach hair atau juga kamu boleh ikat ponytail rendah untuk tampak lebih elegan. With or without bangs, kedua-duanya masih tampak sempurna. Lihat sahaja gaya Kaia Gerber!

Potongan Mid-length

Trend Rambut Tahun 2020

Menurut Penata Gaya Rambut Selebriti, Cervando Maldonado, “Pada 2020, saya percaya trend potongan rambut mid-length ini akan menjadi sesuatu yang besar. Ini antara trend terbaik kerana panjang rambut ini agak versatil daripada segi untuk menggayakannya sama ada hendakkan stail low pony, updos dan pelbagai lagi. Atau jika kamu biarkan begitu sahaja pun masih tampak cantik.” Cuba kamu bayangkan Margot Robbie atau Jourdan Dunn sahaja, #STAILLAVV

The Shag Cut

Trend Rambut Tahun 2020

Buat kamu yang tidak tahu apa itu shag cut, ia adalah stail rambut yang telah dipotong secara berlapis pada bahagian atas dan sisi mengikut ukur panjang yang diingini. Dan gaya potongan ini dicipta oleh Paul McGregor suatu ketika dahulu. Gaya rambut ini buatkan rambut kamu nampak tebal di bahagian atas dan semakin menipis di bahagian hujung rambut. Dan menurut Penata Gaya Rambut, Stephane Bodin, “Potongan rambut ini masih belum lapuk dan masih havoc. Gaya rambut ini adalah daripada trend rambut terdahulu, namun kita menaikkan kembali trend sekitar 80 hingga 90-an ini dengan sedikit ekstra dan lebih moden. Kita cuba adukkan gaya rambut Farrah Fawcett dan Patti Smith.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE