SEARCH

#YayorNay Trend Soap Brows Untuk Solekan Kening On-Point Kamu!

#YayorNay Trend Soap Brows Untuk Solekan Kening On-Point Kamu!

Daripada kening tebal, lurus, lengkok, kini kening yang dipanggil ‘soap brows’ pula menjadi bualan hangat di kalangan peminat kecantikan hari ini. Apakah sebenarnya trend soap brows ini. Seperti bunyinya juga, kalau selalu kita gunakan gel kening bukan? Tapi teknik untuk trend ini memerlukan kamu untuk menggunakan sabun sebagai bahan membentuk kening kamu agar terduduk lebih rapi.

Sebenarnya jika kamu hendak tahu, trend ini sudah pun popular beberapa tahun lalu dan juga antara teknik kegemaran jurusolek ‘lama’ juga sang drag queen. Namun yang membezakan penggunaan sabun buku dan gel kening sedia ada di pasaran ini adalah pada hasil solekannya. Lebih fluffy dan tersikat rapi (yang mana gel kening sendiri tidak mampu mencapainya).

Menurut Joey Healy, pakar kening selebriti yang berkongsi di satu temu bual bersama majalah Glamour, teknik ini amat sesuai buat mereka yang memiliki kening tebal, panjang dan gelap. Dan seeloknya sarung solekan ini pada kening semula jadi dan bukan pada kening yang telah dilukis. Ini kerana teknik ini mampu mencomotkan kening yang kamu lukis itu. Dan sekiranya kamu memiliki kening yang halus dan mudah rapuh, seeloknya elakkan menggunakan teknik ‘soap brows’ ini kerana sabun ini berasal daripada wax, maka ia lebih kesat.

View this post on Instagram

🧼 SOAP BROWS 🧼 – The long awaited brow routine!!! I feel like I constantly change my brows but I think I’m gonna stick with this cause I’m in love with how it makes my brows look :)))❤️ – @revolutionpro – Brown Pomade in Taupe @houseofbeautecouk – Cc1 Brush @makeuprevolution – Illuminating Fixing Spray & Conceal and Define Concealer @morphebrushes – M610 Brush @pears_anz – Transparent Soap – #soapbrows #makeupvideos #anastasiabeverlyhills #abh #abhprsearch #thelist #norvina #abhbrows #colourpopme #anastasiabrows #anastasiabeverlyhills #undiscovered_muas #cutcrease #underratedmuas #slave2beauty #makeuppictorial #blazin_beauties #underratedmua #wakeupandmakeup #makeupartistsworldwide #undiscoveredmua #makeuptutorial #makeuplooks #pictorial #eyeshadow #undiscoveredmuas

A post shared by 𝓙𝓸𝓭𝓲𝓮🖤✨ (@jodiemakeup_) on

Mungkin kamu boleh mencubanya di rumah. Hanya perlukan sebuku sabun, berus spoolie pakai buang serta sedikit air ataupun setting spray ya. Basahkan berus dan calit pada sabun buku tadi (jangan calit terlalu kuat, kamu tidak mahu kening kamu disalut lilin hingga tidak selesa). Kemudian layangkan pada kening mengikut arus kening kamu bertumbuh. “Up and then over, and then down,” kata Healy.

 

Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE