SEARCH

#Bahaya Kami Senarai 3 Trik Cantik Yang Patut Kamu Jauhi

#Bahaya Kami Senarai 3 Trik Cantik Yang Patut Kamu Jauhi

Trik cantik atau beauty hacks yang sering kita lihat di Internet hari ini tersangatlah banyak. Ada yang boleh kita cedok ideanya, ada juga yang tidak boleh dan tidak masuk dek akal. Kalau kita lihat di Instagram itu, ada sahaja yang mengajar cara ekspres hendak hilangkan jerawat lah, buang jeragat dan bermacam lagi. Bukan semuanya mengamalkan cara yang betul. Kalau diamalkan selalu boleh hancur kulit muka suatu hari nanti. Mari saya kongsikan beberapa trik cantik yang patut kamu jauhi dan merbahaya ini.

Trik Cantik Yang Patut Kamu Jauhi

#BeautyHack : Adun lemon dan serbuk penaik untuk cerahkan ketiak

Tahukah kamu adunan dua kandungan ini boleh membakar kulit kamu? Sudah lah kamu menggunakan lemon yang memiliki kandungan asid paling tinggi dalam skala pH, kemudian campurkan pula bersama serbuk penaik yang memiliki kandungan asas paling rendah. Ini boleh menyebabkan kulit jadi keradangan dan boleh membawa kepada kulit terbakar (jika kamu campurkan kedua adunan ini). Sebenarnya yang kamu lihat hasil tona cerah itu mungkinlah kerana bahagian kulit di situ sudahpun terbakar menyebabkan perubahan tona.

#BeautyHack : Deodoran sebagai item primer solekan

Sebelum ini pernah viral menggunakan losen pelembap selepas cukur sebagai primer solekan. Sekarang sibuk pula orang berkata-kata tentang keberkesanan menggunakan deodoran sebagai primer wajah sebelum bersolek. Ini kerana ia dikatakan boleh menyerap peluh dan minyak berlebihan kerana kandungannya yang seperti powdery. Tetapi, tahukah kamu, produk yang berfungsi untuk bahagian ketiak ini sebenarnya boleh membahayakan bahagian tubuh lain terutama muka kerana fungsi dan formula produk ini berbeza. Deodoran sebenarnya boleh menyebabkan kulit wajah timbul ruam dan rosak! Dan jangan main-main, deodoran juga ada yang memiliki kandungan aluminium di dalamnya. Lagi lah merbahaya untuk kulit wajah!

#BeautyHack : Guna Gam Sebagai Peel-off mask

View this post on Instagram

DIY blackhead remover using glue #hudabeauty

A post shared by Huda Kattan (@hudabeauty) on

Biar betul? Ya, saya juga terkejut apabila melihat mogul cantik, Huda Kattan, mendidik pengikutnya menggunakan trik ini. Gam (jenama Elmer untuk lebih terperinci) harus dioles pada kertas dan bukannya pada kulit wajah. Kata Dr. Engelman, pakar dermatologi Amerika Syarikat, “Kamu patut elakkan apa sahaja yang bukan dicipta untuk kulit wajah terutama sekali seperti gam yang boleh membuatkan liang pori lebih tersumbat, keradangan, hyperpigmentation dan yang paling utama sekali risiko untuk terkena infeksi. Jangan ya, teman-teman!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE