SEARCH

Wajah Kempen Iklan Le Rouge Chanel N°1 Musim Luruh: Kristen Stewart

Wajah Kempen Iklan Le Rouge Chanel N°1 Musim Luruh: Kristen Stewart
Post-Le-Rouge-Chanel-Kristen-Stewart-StailMY
Gambar: Mario Testino

Chanel melancarkan koleksi mekapnya Le Rouge N°1 minggu lalu di Somerset House London. Ini koleksi mekap pertama diilhamkan Lucia Pica, Pereka Kreatif Solekan & Warna Global Chanel. Tentunya di majlis ini juga mereka mengumumkan pelakon milenial Kristen Stewart sebagai wajah kempen koleksi ini. Menurut Pica, Stewart memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepadanya untuk memiliki hubungan lebih mendalam dengan konsep Le Rouge.

“Ini adalah kempen mekap pertama pernah saya buat bersama Chanel dan mereka menggunakan pendekatan yang cukup tulus. Saya tahu baju boleh menghubungkan kamu dengan beberapa aspek dalam diri kamu yang boleh mengejutkan. Pabila ia punya cerita dan mencetus perasaan-perasaan tertentu, ia boleh jadi bentuk seni paling cool,” kata Stewart kepada WWD. “Saya sendiri tak pasti berapa dalam kamu boleh buat dengan tahap mekap tetapi Lucia mengekstrak kerjanya daripada sesuatu yang sungguh fundamental buatnya dan ia hadir dari ruang paling dalam, dalam dirinya. Melihat rujukan dan inspirasinya sangat istimewa, ia bukan sahaja mengenai lipstik merah,” tambahnya lagi.

Stewart juga menambah yang dia bermain-main dengan produk Le Rouge N°1 lantas terus tertarik dengan rawness yang boleh dicapai bersamanya. “Merah bukanlah warna pilihan obvious untuk diletakkan pada mata misalnya, tetapi merah adalah warna darah. Ia warna yang melangsungkan kehidupan maka ia sangat emosional. Mungkin kamu rasa penggaris mata merah akan membuat mata kamu nampak letih tetapi dengan Le Rouge solekan mata akan nampak raw. Ia membuatkan seperti darah kamu terbit dekat permukaan kulit kamu, kamu nampak ‘hidup’ jadi ada sesuatu yang menarik tentangnya. Asasnya ialah kamu mengambil apa yang kamu miliki secara semula jadi dan menyerlahkannya lagi jadi tidaklah kamu rasa seperti bertopeng,” kata Stewart lagi.

Koleksi ini menampilkan beberapa produk – palet pembayang mata, enam warna lipstik, warna kuku, pemerah pipi, maskara, penggaris bibir dan penggaris mata tahan lama – bagi membolehkan pelanggan mencapai full look. Seperti kata Pica, “Kamu sebenarnya boleh mamakai koleksi penuh dan tak nampak seperti completely made up kerana semua warna-warnanya sangat harmoni. Undertone merah melatari seluruh koleksi ini, jadi ia bukan sahaja warna-warna merah malah kamu boleh memadankannya dengan warna-warna hangat dan tanah juga. Kurang kasar sikit jika digunakan pada wajah,” kata Pica.

Chanel Le Rouge N°1 akan menjengah pasaran Malaysia Ogos nanti.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE