SEARCH

#FridayPerfume : Kami Senarai 5 Wangian Harus Miliki Bulan Ini Untuk Kamu dan Si Dia

#FridayPerfume : Kami Senarai 5 Wangian Harus Miliki Bulan Ini Untuk Kamu dan Si Dia

Tidak semestinya bila tiba hari jadi atau hari yang istimewa sahaja kamu harus saling bertukar hadiah. Kadang-kala, pemberian hadiah yang tidak dijangka itulah yang lebih istimewa. Jika kamu mahu memberi hadiah kejutan buat si dia tapi masih buntu hendak mencari apa yang sesuai, nah jangan risau. Kami mampu membantu! Kami senaraikan 5 wangian harus miliki bulan ini sesuai untuk kamu dan si dia.

Bleu de Chanel Parfum Pour Homme RM626/150ml

Haruman yang paling tegang di antara semua haruman dalam rangkaian Bleu de Chanel. Komposisi yang dicipta daripada dua inti pati yang mampu membuatkan setiap wanita cair apabila mendekatinya. Ekstrak Cedar juga Sandalwood New Caledonia. Memberi rasa segar, hangat juga rasa diri bagai berkuasa apabila menyarung haruman ini.

Chloe Nomade EDT

Haruman terbaru daripada Chloe ini sesuai buat wanita yang berjiwa bebas. Dengan suntikan ekstrak laici sebagai nota pembuka kemudian diadun bersama ekstrak bunga Freesia sebagai nota tengahnya cukup menunjukkan betapa lembutnya adunan dua nota ini. Manakala, nota penutup pula diserikan dengan ekstrak kayu oak. Memberi simbol di dalam setiap kelembutan wanita yang menyarung haruman ini, terkandung karakter bold di dalam dirinya.

Si Passione Giorgio Armani For Women

Armani melancarkan kembali haruman Si yang pernah dicipta pada 2013. Si Passione ini adalah interpretasi kembali kepada haruman ini. Sesuai buat wanita yang berjiwa kuat, berdikari serta berani untuk berkata tidak. Haruman sensual ini menampilkan inti pati seperti ekstrak pink pepper, buah pir, juga blackcurrant. Kemudian diadun pula bersama nota tengah yang menampilkan adunan hangat bunga ros dan jasmin. Manakala bunga vanila dan cedarwood menjadi nota penutup haruman berkuasa ini.

Gucci Guilty Pour Femme

Koleksi Gucci Guilty ini diperkenalkan semula kali ini dengan inti pati yang lebih kaya. Dibuka dengan ekstrak mandora, sejenis buah yang dijumpai di pulau Mediterranean Cyprus dan diadun bersama ekstrak bergamot dan pink pepper. Kemudiannya diiringi pula dengan nota tengah daripada adunan dua nuansa yang seimbang iaitu ekstrak bunga lilac yang dilapis bersama minyak geranium. Akhir sekali, sebagai nota penutupnya, ekstrak patchouli dijadikan sebagai inti bintang di dalam nota ini.

Gucci Guilty Pour Homme

Seperti haruman wanitanya, Gucci Guilty Pour Homme ini turut diperkenalkan kembali. Kembali dengan olfaktori yang lebih segar. Haruman ini bagai memberi aura semangat bebas buat generasi baharu yang menggemari haruman ini. Haruman yang dikategorikan sebagai haruman bersifat individu ini sesuai buat sang jejaka yang gemar mengekspresi diri dan tidak gentar dengan apa jua cabaran yang melanda dirinya. Diadun dengan ekstrak pink pepper bersama buah lemon Itali. Kemudian disuntik pula dengan ekstrak kepekatan orange blossom, neroli dan french lavender. Tidak lengkap kiranya tanpa nota penutup yang dihiasi dengan ekstrak patchouli dan cedarwood untuk membangkit rasa hangat dalam diri si pemakai.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE