SEARCH

Makna Di Sebalik Warna Darah Haid: Yang Mana Satu Kamu?

Makna Di Sebalik Warna Darah Haid: Yang Mana Satu Kamu?

Setiap bulan wanita akan melalui fasa kitaran haid. Kadang ada yang terlewat, kadang ada yang tercepat. Saban bulan, waktu haid itu tidak menentu. Akan tetapi setiap wanita normal wajib datang haid setiap bulan. Namun, tahukah kamu wanita sekalian, warna darah haid kamu itu ada makna? Bukan sekadar mengawasi tarikh kebiasaan kamu datang haid sahaja, kamu juga harus ambil perhatian soal warna darah haid kamu itu. Setiap warna menerangkan kondisi kesihatan dalam badan kamu. Kami kongsikan makna di sebalik warna-warna darah haid ini.

Warna Darah Haid

1- Warna Merah Terang

Ini ialah warna darah haid paling normal. Warna merah terang atau warna seakan buah ceri inilah warna yang betul untuk satu kitaran haid yang normal. Jika kamu mengalami darah haid sebegini secara konsisten bermakna kamu punya tahap hormon normal. Tahniah!

2- Warna Cair

Jika ia seakan-akan cair serta warna air ini bermakna kamu kekurangan nutrisi dalam badan. Menurut kajian Mount Sinai School of Medicine New York, jika darah kamu seperti ini, kamu adalah golongan yang berpeluang mendapat penyakit anemia. Penyakit ini paling mudah menyerang wanita. Jika kamu punya warna sebegini, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

3- Warna Pink

Pink tidak sentiasa membawa erti manis. Dalam perkongsian ini, jika warna darah haid kamu seperti ini, bermakna kamu mengalami tahap estrogen rendah. Hendak tahu mengapa tahap estrogen dalam tubuh kamu rendah? Salah satunya kerana kamu terlebih bersenam. Terlebih bersenam juga boleh menjejaskan peredaran haid yang normal. Ingat, jangan ambil mudah. Estrogen yang rendah boleh mengakibatkan osteoporosis jika kamu tidak rawat dengan cepat.

4- Warna Merah Gelap

Pernah nampak di lapisan pad kamu, tiba-tiba ada tompokon darah ala-ala jem strawberi yang berwarna merah gelap? Ini juga bukanlah kejadian normal. Ia bermaksud kamu memiliki tahap progesteron yang rendah manakala estrogen pula tinggi. Dan jika ketulan itu besar daripada biasa, ia bermakna kamu juga memiliki hormon tidak seimbang yang tinggi. Jika kamu memiliki masalah ini, kurangkan pengambilan produk tenusu, kacang dan manisan dalam pemakanan harian kamu.

5- Warna Coklat Gelap

Berbeza dengan merah gelap, jika darah kamu berwarna coklat gelap, ini bermaksud kamu kurang membuang air kecil. Disebabkan kamu jarang membuang air kecil, darah haid kamu akan terkumpul dan tersimpan lebih lama dan tidak dibuang melalui proses pembuangan air kecil tadi. Ini adalah situasi normal dan sering terjadi pada proses awal dan hujung haid.

6- Warna Merah Kelabu

Ini paling bahaya. Jika kamu mengalami warna darah haid sebegini, segeralah bertemu doktor. Ini kerana, kemungkinan besar kamu dijangkiti kuman tanpa disedari yang dipanggil STD (Sexually Transmitted Infection). Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang berpasangan. Mungkin pasangan kamu juga turut dijangkiti kuman tanpa disedari.

 

Lepas ini, jangan pandang remeh lagi soal kitaran haid ini ya, wahai wanita yang STAIL sayangi!

 

(Sumber: Sirap Limau, Berita Harian, The Asian Parent Indonesia)

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE