SEARCH

#Yay Kali Ini Kim Kardashian Berkolaborasi Dengan Winnie Harlow Untuk KKW Beauty

#Yay Kali Ini Kim Kardashian Berkolaborasi Dengan Winnie Harlow Untuk KKW Beauty

Belum pun reda dengan berita KKW Beauty bakal lancar koleksi mekap untuk badan (yang bakal dilancarkan pada 21 Jun waktu Amerika Syarikat), Kim Kardashian sekali lagi telah mengumumkan projek kolaborasi seterusnya yang membuatkan semua orang jadi tidak senang duduk. Ya, kali ini Kim Kardashian bakal berkolaborasi pula dengan supermodel popular, Winnie Harlow untuk KKW Beauty.

Kim mengumumkan berita gembira ini menerusi rancangan Keeping Up With The Kardashians (KUWTK) beberapa hari yang lalu dan membuatkan ramai terkejut kerana ini adalah kolaborasi pertama Kim bersama teman selebriti. Sebelum ini dia lebih gemar untuk berkolaborasi bersama jurusolek profesional juga adik-beradiknya.

Di dalam episod terbaru KUWTK, dilihat Kim bersama Harlow sedang lagi menjalani penggambaran untuk kempen kolaborasi ini. Dan melihat daripada gaya dan konsep penggambaran itu, kami jangkakan ia mungkin kolaborasi untuk koleksi musim panas! Tidak sabar!

KKW Beauty x Winnie Harlow…

Berdasarkan personaliti dan solekan signatur Harlow yang sentiasa gemarkan solekan dewy bersama padanan pembayang mata terang dan bold serta bulu mata yang panjang menawan, mungkin inilah yang boleh kita jangkakan juga daripada koleksi ini nanti.

Apa pendapat kamu?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE