SEARCH

Mari Sama-sama Sertai Kempen Wish Big Bersama Lancôme Sempena Tahun Baru Ini!

Mari Sama-sama Sertai Kempen Wish Big Bersama Lancôme Sempena Tahun Baru Ini!

Sempena Tahun Baru Cina 2019 ini, jenama kosmetik dan penjagaan wajah Lancôme tampil dengan kempen besar-besarannya yang diberi nama Wish Big. Wish Big bersama Lancôme ini sudahpun berlangsung dan bakal berlangsung selama 44 hari bertempat di pusat beli-belah nombor satu Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur bermula 7 Januari yang lalu hingga 19 Februari ini. Kolaborasi eksklusif pertama kali antara Lancôme dan Pavilion Kuala Lumpur ini menampilkan dekorasi tahun baru yang cukup cantik boleh kamu saksikan di pusat beli-belah ini.

Wish Big Bersama Lancôme

Inspirasi yang diambil daripada kota Shanghai dan Paris ini ditampilkan di dalam satu konsep. Kami berpeluang menyertai tour eksklusif bersama Lancôme untuk menyelongkar lebih mendalam tentang kempen ini. Ternyata ia amat menyeronokkan. Pelbagai aktiviti disediakan seperti aktiviti mengambil gambar di booth yang disediakan serta berpeluang untuk memiliki hadiah sample produk highlight kempen ini iaitu Advanced Genifique. Bukan itu sahaja, Lancôme turut menyediakan ruang konsultasi untuk mekap juga penjagaan wajah bersama barisan Happiness Activitist atau dikenali sebagai pakar kecantikan terbaik daripada jenama ini.

Bertempat di ruang pintu masuk utama pusat beli-belah Pavilion ini, booth pop-up ini juga menyediakan servis ukiran nama pada produk gincu bibir edisi terhad Lancôme turut disediakan. Bukan itu sahaja, papan elektronik istimewa ditempatkan di booth pop-up ini untuk pelanggan yang mahu menulis ucapan tahun baru daripada mereka. Dan ucapan yang paling kreatif bakal dipilih dan berpeluang untuk memenangi percutian istimewa ke Paris!

Bersempena dengan kempen perayaan ini, Lancôme menampilkan tiga produk di dalam bungkusan edisi terhad Tahun Baru Cina. Tiga produk itu ialah produk terbaik Lancôme iaitu Advanced Ganifique dan L’Absolu Rouge dalam dua rona iaitu #290 serta #118.

Apa lagi, lawati Pavilion Kuala Lumpur hujung minggu ini untuk menyaksikan kemeriahan dekorasi Tahun Baru Cina daripada Lancôme dengan hiasan tanglung merah besar di pintu utama Pavilion ini!

Wish Big bersama Lancôme

Lancome Advanced Genifique

Wish Big bersama Lancôme

Lancome L’Absolu Rouge #118

Wish Big bersama Lancôme

Lancome L’Absolu Rouge #290

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE