SEARCH

#BeautyMoment: Kali Ini Saya Kongsikan 5 Beauty Look Terbaik Yaya Zahir Paling Saya Suka

#BeautyMoment: Kali Ini Saya Kongsikan 5 Beauty Look Terbaik Yaya Zahir Paling Saya Suka

Sudah lama saya ingin berkongsi #BeautyMoment wanita bernama Yaya Zahir ini. Bagi saya, dia antara wajah Milenial yang popular dan anggun di dalam industri seni kita hari ini. Selain memiliki bakat berlakon dan mengacara yang baik, dia juga seorang yang tahu menjaga penampilannya dan sentiasa tampil bersiap setiap kali berada di khalayak ramai.

Dia memiliki pengaruh stail ala-ala wanita Korea kala berdandan dan itu antara yang paling menarik perhatian saya. Bukan itu sahaja, penampilannya setiap kali melewati karpet merah atau ke apa jua majlis pasti tidak pernah menghampakan, selalu on point! Mari saya senaraikan 5 koleksi foto #BeautyMoment terbaik Yaya Zahir yang ingin saya kongsikan bersama kamu semua. (Semua foto daripada Instagram Yaya Zahir)

Yaya Zahir

Ini adalah antara solekan kegemaran saya pada Yaya Zahir. Dandanan rambutnya juga padan sekali dengan mekapnya hari itu. Jurusolek Naqiah Rahim tahu apa yang terbaik buat wajah Yaya. Ini kerana, Naqiah adalah antara jurusolek yang sering menjadi pilihan Yaya. Mengenakan solekan mata berona merah jambu pekat dengan sentuhan glitters ini sesuai untuk solekan malam atau solekan ke parti.

Yaya Zahir

Manis sekali Yaya tampil dengan solekan yang minimal ibarat tidak menyarung apa-apa. Saya sukakan palet warna solekan Yaya dalam foto ini. Walau solekannya agak natural, eyeliner yang dilayangnya sudah cukup memberi impak kepada solekannya itu. Percayalah, jika kamu seorang yang tidak gemar bersolek, cuba kamu layangkan pensel mata sahaja, gariskan seperti Yaya, pasti wajah kamu tampak lain sekali. Lebih cantik dan bersiap!

Yaya Zahir

Setiap wanita harus ada satu gincu bibir merah. Gincu rona ini mampu memberi penampilan solekan yang lebih klasik. Seperti yang digayakan Yaya dalam foto ini. Saya sukakan segalanya daripada mekap hingga ke rambut yang disisir ke kanan. Dia nampak begitu elegan. Tidak perlu mengenakan solekan mata yang tebal, hanya memfokuskan solekan bibir sudah mampu membuatkan Yaya tampil wow.

Yaya Zahir

Satu lagi solekan kegemaran saya pada Yaya hasil tataan Naqiah Rahim. Kali ini, Yaya tampil dengan solekan smokey dengan padanan kontur yang tajam pada pipinya. Kalau kamu berani, gayakan solekan ini di sebelah siang hari. Tidak ada salahnya! Janji jangan terlalu over atau tampak berat, layangkan solekan smokey yang ringan bak Yaya ini, barulah kamu nampak ekstra seksi.

Yaya Zahir

Penggaya rambut, May Woo, antara yang sering mendandan rambut Yaya. Dan saya cukup sukakan gaya rambut Yaya yang ini. Curly dan ber volume bagai membawa aura gaya rambut ala 80-an namun telah dimodenkan dengan suntikan ala trend rambut Korea sesuai sekali pada Yaya. Apa kata buat kamu yang di luar sana, jika bosan menggayakan rambut lurus terletak setiap hari, cuba pula gaya seperti ini. Tidak perlu hendak tunggu acara-acara tertentu, gayakan stail harian, suntik sedikit attitude ke dalam gaya kamu itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE