SEARCH

10 STAILISH ROOMS Yang Mesti Dikunjungi Mulai Hujung Minggu Ini

10 STAILISH ROOMS Yang Mesti Dikunjungi Mulai Hujung Minggu Ini

10 STAILISH ROOMS

Bagi kamu yang gemar mengambil gambar, apalagi dengan latar belakang menarik serba berseni, kami sarankan kamu mesti kunjungi 10 STAILISh ROOMS di Pavilion Kuala Lumpur mulai hujung minggu ini. STAIL.MY dengan bangganya mempersembahkan majlis sosial pertama portal ini dengan kerjasama Pavilion Kuala Lumpur sebegai penaja lokasi rasmi.

#10STAILISHROOMS bakal menampilkan 10 bilik berbeza yang akan berselerakan di sekitar aras 3 dan 6 di Pavilion. Setiap bilik membawa tema berbeza-beza. Sembilan artis terpilih menghiasi setiap bilik dan bilik ke 10 ialah milik STAIL.MY. Idea ini tercetus kerana mengenangkan masyarakat moden dan kelompok milenial zaman ini yang suka sangat berkongsi gambar di media sosial.

Aktiviti hashtag dan memuat turun gambar di laman sosial ini menjadi sebab utama idea #10STAILISHROOMS dicetuskan. Tetapi kami tidak mahu ia kosong tanpa makna. Kerana itu kami bekerjasama dengan sembilan artis kreatif lokal yang setiap seorang meresapkan falsafah dan bakat mereka di dalam setiap bilik.

Kami senaraikan 10 STAILISH ROOMS yang mesti kamu kunjungi ini:
1
STAIL.MY Room

Bilik kepunyaan STAIL.MY ini tidak mempunyai artis yang menghiasnya. Tetapi pengunjung dan pembaca STAIL.MY yang berkunjung boleh datang dan menampal sendiri stiker logo STAIL.MY di mana-mana bahagian yang mereka mahukan. Tergantung kreativiti kamu sendiri. Jadi bilik ini bakal menjadi bilik kamu juga. Bayangkan kamu menjadi sebahagian daripada kami dan merakam gambar kenangan sebagai sebahagian daripada kami. Tentu seronok kan? Jom!

2
Graffiti Room

Artis graffiti Cloakwork sering bekerja di waktu malam. Menconteng di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Dia juga pernah ke London dan beberapa kota Eropah untuk menunjukkan bakatnya. Kali ini dia akan menconteng seluruh bilik Grafiti dengan seni grafitinya. Dan kerana bilik ini ditaja oleh UNIQLO, apakah sinergi antara artis ini dan UNIQLO? Jom ke Pavilion Kuala Lumpur untuk melihat buktinya.

3
Nature Room

Ficus & Jars mengkhusus kepada seni tumbuhan dalam terrarium. Jadi sangat semulajadi pabila kami mengundang artis-artis Ficus & Jars, Faisal Hashim dan Faizal Mahmud untuk menghias bilik Nature. Ditaja oleh Bonia, koleksi Floral terbaru jenama ini bakal diselitkan di celah-celah pohon tropika dalam bilik Nature nanti.

4
Beauty Room

Bayangkan merakam gambar bersama rambut-rambut palsu aneka warna… seronok kan? Nah begitulah kamu berpeluang melakukannya di Beauty Room hasil rekaan maestro rambut David Shaw tajaan Shiseido Professional. Bilik ini bakal kelihatan seperti perm parlour lama dan ada enam rambut palsu yang boleh dicuba.

5
Fantasy Room

Interior designer, Adrien Kent taasub dengan hidupan laut duyung. Sehinggakan dia sanggup membeli ekor ikan pelbagai bentuk dan mengumpul beberapa teman dengan minat serupa menjadi kumpula Fin Faction. Tema ini bersama mesej menyelamat lautan digunakan Adrien untuk Fantasy Room. Mungkin kamu juga berpeluang menjadi duyung di dalam bilik ini.

6
Light Room

Artis Jun Ong mahu menyampai mesej tentang manusia hari ini yang suka bergosip terutama dalam menularnya dunia digital. Setiap batang lampu kalimantang gergasi dalam bilik ini akan memaparkan mesej-mesej yang sering kita gunakan sebagai bagai gosip. Di celah-celah mesej ini kamu boleh merakam gambar.

7
Infinity Room

Menjadi insan terkenal walau sekejap cuma adalah idaman banyak orang. Artis Kyle E mencipta peluang ini di dalam Infinity Room. Seluruh bilik akan diterjah angin dari setiap sudut dan imej kamu berdiri di atas platform akan kelihatan tiada berpenghujung dengan penggunaan cermin. Ya kamu boleh mencipta semula imej ala Marilyn Monroe di dalam bilik ini.

8
Changing Room

Menurut artis Man Chien, minda manusia bisa diubah dengan menggunakan frekuensi dan aroma tertentu. Jadi dia pun bereksperimen dengan dua elemen ini di dalam Changing Room. Sesiapa yang mesuk ke dalam bilik ini mungkin akan keluar bersama mindset yang baru. Jom kita cuba!

9
Doodle Room

Zami Musa akan memenuhkan bilik ini dengan contengan doodle nya. Hingga kepada perabot dan set TV yang akan turut menghiasi bilik ini. Nasihat saya pakai baju yang berwarna terang dan pop agar pengalaman bergambar kamu di dalam bilik ini akan lebih memberi impak.

10
Illusion Room

Ilusi boleh tercipta dengan penggunaan corak berulang. Bukan itu sahaja, Bono Stellar turut memberi sentuhan teknologi dalam bilik ini melalui sentuhan. Ya, corak ilusi ini boleh berubah warna pabila disentuh. Saya sendiri teruja dengan konsep bilik ini. Bukan sahaja memberi pengalaman gambar menarik tetapi juga pengalaman teknologi serba baru.

#10STAILISHROOMS berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur mulai 4 Mei hingga 13 Mei 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE