SEARCH

Jelmaan Noorkumalasari: Ain Edruce & Rencana Hidupnya Sebagai ‘One Woman Show’

Jelmaan Noorkumalasari: Ain Edruce & Rencana Hidupnya Sebagai ‘One Woman Show’
SITTING EDITOR : AZREEZAL HAFIDZ  ARAHAN SENI : MERRISSA EMILDA PENATA GAYA : ARDI IDEWANI ZAINI SOLEKAN & RAMBUT : FENDI SANI GAMBAR : CHUAN LOOI (YIPIEYAYA STUDIO)

“Apa khabar, Ain?” Tanya saya selamba, saat melabuhkan punggung duduk bersemuka dengan Ain Edruce di Delicious, Bangsar. Dengan suara lantang, tersenyum manis di balik bayang solek di wajahnya, Ain membalas, “Khabar baik…”

Dia menyisip masa yang ada pada hujung minggu itu untuk ditemu bual oleh saya. Ain yang baru mengusai dari pertunjukan fesyen di Bangsar ditemani ibu tercintanya hari itu. Nurul Ain Binti Idrus @Edruce berusia 27 tahun, namun dia sudah menguasai semuanya. Usahkan hiburan, Ain telah menempa nama dalam gelanggang fesyen, kecantikan dan media sosial. “Ain (membahasakan dirinya sebagai Ain) hendak cuba macam-macam. Tidak mahu berpusat pada satu lapangan sahaja,” tegas Ain.

Berbanding anak-anak seni lain yang pernah saya kenal, Ain antara satu-satu insan yang membuatkan saya selesa dengannya. She’s unpretentious, honest-to-goodness and… she’s just being herself. Ain meresap sukma yang jujur dan tidak perlu dia menjadi orang lain. “Fauziah Ahmad Daud pernah berpesan kepada saya untuk tidak mengubah diri dan jadilah seperti ini. Tak perlu bertopeng. Biar jujur, biar ikhlas. Kata Kak Ogy lagi, ‘We need more people like this in our industry,” jelas Ain.

UNTUK BULAN MAC INI, BERSEMPENA BULAN FESYEN, STAIL.MY BERSAMA OUR VERY OWN FASHION DARLING, AIN EDRUCE! MENTRANSFORMASIKAN SUSUK JIJAK AIN MENJADI LEGENDA FESYEN MALAYSIA TERDAHULU YAKNI NOORKUMALASARI, DALAM HELAIAN-HELAIAN MUSIM BUNGA 2018
ain edruce stail.my noorkumalasari
Gelang kaki (sebagai coker) daripada Giuseppe Zanotti, slip dress Salvatore Ferragamo & jaket Marc Jacobs
AIN EDRUCE MENGACARA & BERLAKON

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak. Ain mengaku dia belum rapuh lagi membangunkan kerjaya. Dia bersungguh-sungguh mahu membuktikan daya usahanya. Tidak kisahlah, waima dianggap baru atau tidak, ia tidak sama sekali menyulitkan diri Ain. Maka tak mustahillah Ain diberi kepercayaan mengendalikan program hiburan dan berlakon untuk drama televisyen. Kerana pabila dititipkan tugas, Ain benar-benar melaksanakannya.

Ain kini semakin galak beraksi mengindahkan dunia hiburan lokal – sebagai hos program hiburan anak muda untuk Hurr TV dan yang terbaru, untuk NTV7 juga belum baru ini, dia berlakon di samping Remy Ishak – dan dia digenangi nikmat rezeki serta tuah melimpah-limpah. Akan datang kelak telefilem untuk bulan Aidilfitri yang bakal memperlihatkan kehebatan Ain.

ain edruce stail.my noorkumalasari
Jaket, dress, skirt dan fanny pouch semuanya daripada Gucci

 

“Saya tak menduga akan berlakon bersama insan hebat seperti Remy Ishak. Senang sekali bekerja dengan Remy,” Ain berkongsi cerita dengan saya. Ain tajam pemerhatiannya. Bukan sahaja pemerhatian, Ain juga punya akal budi yang cerdas. Katanya, cara dia memperbaiki dan mempertinggi mutu lakonannya adalah dengan mengutip ilmu daripada pelakon-pelakon berpengalaman. “Remy tidak pernah lokek mengajar saya. Saya beruntung kerana diberi peluang untuk digandingkan bersama dengan sosok yang tidak asing lagi seperti Remy.”

“Kamu lebih suka berlakon? Atau mengacara?” Soal saya lagi. “Saya suka berada di hadapan kamera. Saya suka kedua-duanya. Sebenarnya, saya lebih menjurus kepada bidang pengacaraan. Berlakon asalnya adalah lapangan yang sudah lama saya mahu cuba. Kerana saya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi. Saya bersyukur, saya mampu melakukan kedua-duanya,” jawab Ain.

Wajah eksotik, tinggi, bermata bundar dan berbibir tebal, cantik Ain sangat unik. Camera really loves her. Baik sebagai model, pengacara atau berlakon pun, diiringi bakatnya lagi, Ain bisa ‘sapu’ semua itu.

ain edruce stail.my noorkumalasari
Turban, kerongsang, dress jemeki & sarung tangan semuanya daripada Marc jacobs

 

ain edruce stail.my noorkumalasari
Kerongsang daripada Marc Jacobs, jaket & kemeja daripada Prada
MAE BEAUT, ‘ANAK’ AIN

Melangsungkan tugas sebagai pengacara juga pelakon sahaja tidak cukup buat Ain. Dia menyimpan azam untuk menjadi lebih daripada itu. Ain bersama adik beradiknya, Mia dan Edila melahirkan satu jenama kecantikan yakni Mae Beaut – ‘MAE’ adalah singkatan huruf nama masing-masing yakni Mia, Ain dan Edila. “Saya perasan, industri kecantikan semakin dahsyat. Di Malaysia pun, sementelahan saya sangat suka make up, saya fikir tidak salah untuk cuba membabitkan diri dalam alam kecantikan,” kata Ain.

“Semua perempuan suka bersolek. Walaupun ada yang bilang dirinya tak pernah bersolek atau mengoles apa-apa di wajahynya, sebenar-benarnya, di rumahnya pasti ada alat solek yang tersedia di atas meja bilik. Melumur pelembap pada wajah pun dikira ‘bersolek’ kerana ia bermaksud, I do care about my skin or my look,” sambung Ain lagi.

ain edruce stail.my noorkumalasari
Sut daripada Miu Miu & kasut daripada Dior

 

Bermula daripada contouring stick, Mae Beaut bertambah mekar lagi dengan rangkaian gincu yang bakal dikeluarkan. “Warna gincu yang kamu pakai ini adalah daripada Mae Beaut?” Tanya saya kepada Ain. “Ya! Inilah warnanya,” jawab Ain seraya tangannya longlai memberi saya gincu tersebut.

Dalam hal bisnes decision making itu terletak pada Ain serta kakaknya, Mia. Contohnya seperti hal-hal pemasaran, packaging, warna-warna alat solek, rekaan grafik dan lain-lain. “Saya cerewet orangnya. Saya amat mementingkan estetika. Biarlah masa yang diambil agak lama dari segi membuat keputusan, yang penting saya puas melihat hasilnya yang cantik,” tegas Ain.

Malah kalau lihat media sosial Ain terutama sekali Instagram miliknya, Ain akan mengatur seiring gambar-gambarnya tersusun dalam rupa tiga baris yang sama. “Daripada Instagram saya sahaja, kamu boleh tahu bagaimana perangai saya yang ‘cerewet’ itu. Haha!” Bagi Ain, estetika itu sangat penting. “Kerana estetika akan mengelaskan kamu. Orang boleh agak cita rasa kamu bagaimana dan tahu kamu bukan sembarangan orangnya,” sambung Ain.

ain edruce stail.my noorkumalasari
Dress kemeja dan bralette daripada Versace

 

Sweater daripada Giorgio Armani, seluar daripada Emporio Armani & beg daripada Miu Miu
MENJADI NOORKUMALASARI

“Seringkali orang cakap yang saya mempunyai rupa dan ketinggian seperti Noorkumalasari. And here I am, re-enacting Noor!” 

Ain tak menjangka STAIL.MY akan mentransformasikan dirinya menjadi THE OG ikon fesyen Malaysia yakni Noorkumalasari. Datangnya Noor dan Ain daripada dua generasi yang berbeza. Ain membesar dengan mendengar nama Noor. “Saya gementar. Kerana saya tahu Kak Noor adalah legenda. Kalau boleh saya tidak mahu menghampakan diri saya, kamu dan juga Kak Noor. I want to give it all!” Kata Ain tentang mengubah rupanya menjadi Noorkumalasari.

Jaket, top (dalam) & kasut semuanya daripada Dior

 

But she nailed it! Hundo-P! Perawakan dan personaliti semuanya hampir sama. Malah semasa penggambaran, Ain begitu lincah menari dan meligatkan jasmaninya sambil lagu-lagu lama Noorkumalasari juga lagu-lagu 80an menemani dia sepanjang waktu tersebut. Merasuk jiwanya, Ain membawa karakter Kak Noor dengan begitu baik! Menggayakan dirinya dalam helaian-helaian daripada pentas fesyen musim bunga panas 2018.

“Jika ada cereka atau filem yang berkisarkan Noorkumalasari nanti, kamu mahu berlakon menjadinya?”

Jawab Ain, “Of course!”

Blaus & seluar semuanya daripada Marc jacobs

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE