SEARCH

Anak Ikan Datin Jadi Menantu Sendiri

Anak Ikan Datin Jadi Menantu Sendiri

Datin Karmila tiba di Acme Bar, The Troika agak awal petang itu. Janjinya mahu berjumpa Datin S dan Datin Lydia untuk minum petang bersama-sama. Datin S yang beria benar mahu mereka berkumpul sekali. Katanya ada hal gembira untuk dikongsikan tapi tidak pula diceritakan dengan lanjut hal apa. Biar surprise ujarnya tapi duga Datin Karmila pasti dia mahu mengundang mereka ke perkahwinan anak perempuannya si Farisya. Cuma anaknya yang itu sahaja belum mendirikan rumah tangga lagi. Usianya boleh dikatakan sudah agak lanjut tapi entah kenapa setiap kali bercinta tak pernah kekal. Paling lama pun setahun kemudian putus. Jadi mungkin kali ini dia sudah bertemu dengan jejaka yang dirasakan benar-benar sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya. Itu yang bukan main gembira lagi Datin S sehingga mahu membuat kejutan pada teman-temannya.

Datin Karmila mengerling jam di tangan, kalau diikutkan mungkin dua lagi temannya akan tiba dalam 20 atau 30 minit. Itupun kalau mereka tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kalau tidak, mahu dalam satu jam lagi pun belum tentu mereka tiba. Jadi sementara menunggu dia membelek-belek dahulu menu untuk membuat pesanan awal. Tekaknya terasa dahaga sekali, mungkin kerana cuaca yang agak panas maka dia bercadang untuk memesan minuman sejuk.

Baru sahaja Datin S hendak memanggil pelayan untuk membuat pesanan, kelibat Datin Lydia sudah kelihatan menolak daun pintu lalu meluru laju ke arah Datin Karmila. “Pesankan I chamomile tea,” minta Datin Lydia sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Datin Karmila sekadar menurut lalu membuat pesanan untuk mereka berdua. “I dah agak you akan sampai awal, itu yang I pun sengaja datang awal nak jumpa you dulu,” Datin Lydia sepertinya sudah tidak sabar-sabar mahu bercerita. Entah hal apa tak pula Datin Karmila tahu. “You tahu kan S ajak kita ke sini sebab anaknya si Farisya nak kahwin tak lama lagi?” Tanya Datin Lydia. Sekaligus terjawablah teka-teki tujuan perjumpaan mereka hari ini, benarlah tekaan Datin Karmila. Akhirnya Farisya bertemu putera idamannya. “Iya? Syukur. Akhirnya Farisya jumpa lelaki yang sesuai untuk dia ya? I’m so happy for her,” jawab Datin Karmila ikhlas, dia benar-benar gembira untuk anak temannya itu.

Nabil pula mahu saja dijodohkan dengan Farisya sedangkan dia pernah tidur dengan bakal ibu mentuanya sendiri?”

You tahu ke siapa bakal suaminya?” Datin Lydia tersenyum saat bertanya, tapi senyumannya itu susah untuk ditafsirkan. Entah senyum gembira atau mengejek, keliru Datin Karmila jadinya “I tak pernah dengar pula apa-apa pasal bakal suami Farisya, siapa orangnya?” Tanya Datin Karmila. “You kenal Nabil?” Senyuman Datin Lydia semakin ke telinga, tapi Datin Karmila tahu itu bukan senyuman gembira. “Siapa Nabil? Anak kawan-kawan kita juga ke? I tak ingatlah Lydia.” “Nabil anak ikan S,” jawab Datin Lydia separa berbisik. Berderau darah Datin Karmila mendengarkan jawapan yang tak diduganya itu. Ada dua perkara yang mengejutkan Datin Karmila sebenarnya. Satu, sejak bila pula si S pandai membela anak ikan? Dua, anak ikan sendiri jadi menantu? Kegilaan apakah ini?

Datin S orangnya memang cantik, jika dia berjalan dengan Farisya pasti ramai yang anggap mereka adik-beradik bukannya ibu dan anak. Potongan badan Datin S juga saling tak tumpah seperti anak dara. Sekali pandang tak ramai yang dapat menduga dia sudah mencecah usia 50an. Kerenahnya juga boleh tahan seperti orang muda. Asyik mahu berseronok sahaja seolah-olah tidak sedar diri sudah semakin tua. Dulu pernah juga dia mengadu pada Datin Karmila tentang hubungan ranjang dia dan suami yang sudah kurang hangat tapi tidak pula Datin Karmila sangka Datin S sampai mahu menyimpan anak ikan untuk dijadikan pemuas nafsunya.

Ujar Datin Lydia dia sendiri pernah terserempak dengan Datin S saat dia dan Nabil membeli-belah di shopping mall. Gelagat mereka seperti pasangan muda yang sedang mabuk cinta. Jalan berpegangan tangan, berpelukan sakan di depan orang ramai tanpa segan silu. Malah ke kelab malam juga bersama-sama. “Habis macam mana pula anak ikan si S boleh bercinta dengan anak sendiri?” Soal Datin Karmila kebingungan. “Dengarnya Farisya pernah terserempak dengan S dan Nabil masa mereka sedang makan malam, S pula kenalkan Nabil sebagai anak kawannya. Sejak itu Farisya sibuk bertanya tentang Nabil. Rupanya dia berkenan dengan Nabil.”

“S pun biarkan saja Farisya bercinta dengan Nabil? Tanya Datin Karmila lagi. “S malu orang selalu gelarkan Farisya andartu, jadi bila Farisya sukakan Nabil dia pun sokong. Lagipun setakat anak ikan, anytime dia boleh cari yang baru.” Datin Karmila seperti tidak percaya apa yang dia dengar sekarang, apalah yang ada dalam fikiran Datin S sehingga anak ikan sendiri mahu dijadikan menantu? Tidakkah dia mahu bermenantukan lelaki daripada golongan baik-baik untuk dijadikan pembimbing buat Farisya kelak? Apa dia sudah begitu terdesak sekali mahu mengahwinkan Farisya sehingga anak ikannya sendiri pun sanggup dia terima masuk ke dalam keluarganya?.Datin Karmila bingung.

Siapa Nabil? Anak kawan-kawan kita juga ke? I tak ingatlah Lydia.” “Nabil anak ikan S,” jawab Datin Lydia separa berbisik.

“Nabil pula mahu saja dijodohkan dengan Farisya sedangkan dia pernah tidur dengan bakal ibu mentuanya sendiri?” Penuh serius nada suara Datin Karmila. “Siapa sahaja tak mahu jadi menantu keluarga kaya? Lebih baik dia kahwin dengan Farisya sudah tentu hidupnya senang-lenang nanti, setakat jadi anak ikan si S sampai bila lah sangat dia boleh hidup mewah. Bila-bila masa sahaja S boleh buang dia jika dia sudah bosan nanti. Jadi dia rasa hidupnya lebih terjamin jika dia jadi menantu S instead of her toyboy.” Datin Lydia cepat-cepat menghabiskan bicaranya saat terlihat susuk Datin S semakin menghampiri mereka. Entah bilalah dia sampai, sibuk sangat mereka bercerita sehinnga tidak sedar Datin S sudah tiba.

Kedua-dua Datin Karmila dan Datin Lydia memasang senyum palsu menyambut kehadiran Datin S. Kalau diikutkan hati Datin Karmila mahu saja dia berteriak, “Apa kau sudah hilang akal S? Tak ada ke jantan lain yang boleh kau jadikan menantu?” Tapi soalanya itu hanya mampu ditanyakan dalam hati sahaja. Tak guna mahu menyibuk hal keluarga orang. Semuanya sudah besar panjang, sudah tahu membezakan mana baik dan buruk. Hal keluarga Datin S biarlah dia yang uruskan sendiri, Datin Karmila hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE