SEARCH

Anak Tengku Ditangkap Khalwat Sedang Dalam Iddah

Anak Tengku Ditangkap Khalwat Sedang Dalam Iddah
“Tentulah kejadian seperti anak tengku ditangkap khalwat sedang dalam iddah ini membuatkan ibunya malu. Ia menunjukkan bahawa apa yang dicakap tidak serupa dengan yang dibikin.”

Setiap hari Khamis dan Ahad, Norma akan menyertai kelas Steps di salah satu studio workout di Hartamas. Ya, Norma ingat lagi di zaman 90-an dahulu. Dia rajin juga membuat kelas Steps. Ini alasan dia untuk menari dalam masa sama kekal fit. Di kelas Steps jugalah dia bertemu banyak kenalan-kenalan dia hari ini. Yang rata-rata sudah menjadi Puan Seri, Datin Seri dan Toh Puan. Kenalan-kenalannya yang hari ini melahirkan putera dan puteri selain anak-anak ‘berada’ kerana suami-suami mereka semua berkedudukan dan ahli perniagaan.

Ada satu Ahad ni Norma terjumpa dengan Nancy, kenalannya dari zaman anak dara lagi. Nancy berkahwin dengan ahli perniagaan dalam bidang hartanah. Dia balu sejak 10 tahun lalu setelah suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung. “Hey Normaaaaaaaa,” tegur si Nancy. Norma tak perasan kan si Nancy kerana dia masuk lambat ke kelas. Huru-hara lah dia menuju ke belakang kelas kerana tidak mahu mengganggu kelas yang sudah bermula. Macam manalah Norma nak Nampak Nancy. Kalau dah terkejar-kejar masuk kelas.

Oh my god Nancy it’s youuuuuuuu!!!!!” Norma terjerit kecil. “Lama sungguh kita tak berjumpa. I tak tau pun you juga buat kelas di sini.” Nancy bangun dari kerusinya mendakap Norma. Hari ini mereka berdua dah masuk kotak usia makcik-makcik. Anak-anak mereka berdua pun sudah besar-besar. Sudah ada yang berkahwin dan masih ada yang bujang trang tang tang. “Eh where’s Salma?” tanya Nancy kepada Norma. Salma juga kenalan mereka berdua yang rapat dengan Norma. “Dia tak boleh join lah kelas ni. Sakitnya di paha masih belum sembuh-sembuh lagi. Di sini, di sini…” jawab Norma sambal mengusap-usap pahanya sendiri.

“Adoiiiii… macam tulah Norma bila dah umur-umur begini. Semuanya senang sangat sakit dan nyilu,” jawab Nancy sambal kedua-dua mereka tertawa, mengenangkan usia dan masalah yang mereka semua hadapi pabila dalam usia lanjut begini. “Kamu ke mana selepas ini? Mahu makan tengah hari dulu?” tanya Nancy sambal melirik ke arah kafe bersebelahan dengan studio workout mereka. “Tak ke mana pun Nancy. Aku ni bukannya ada apa-apa pun Nancy. Anak-anak bukannya ada di rumah. Husband I pun Ahad begini di padang golf lah dia.” Maka duduklah mereka berdua di kafe sebelah untuk makan tengah hari. Kafe itu pula menyediakan makanan-makanan sihat sesuai kehendak mereka berdua.

Ada antara teman-teman yang tidak berapa suka dengan cara Tengku Zainun itu. Kerana memang semua tahu, Tengku Zainun yang dahulu tidaklah sealim mana. Ada yang menganggap Tengku Zainun terlalu ekstrem dalam mengamalkan cara hidup Islam.

“Lama sungguhlah I tak jumpa you Norma. Anak-anak you sihat semua?” “Begitulah Nancy. Semua sihat-sihat. Alhamdulillah.” “Anak-anak you pula macam mana Nancy? Perniagaan mereka bagus?” “Aah. Bagus semuanya Norma. You taulah keadaan ekonomi sekarang tak berapa bagus. Tapi perniagaan mereka tak terkesan sangat.” Ya, anak-anak Nancy (ada tiga, dua lelaki dan seorang perempuan) semua dalam perniagaan makanan. Dan kesemuanya ada bakat dalam menghasilkan resipi-resipi yang bagus serta bersesuaian pula dengan permintaan waktu ini. Mungkin kerana itulah perniagaan mereka tidak terkesan dengan keadaan ekonomi yang tak tentu.

Sementara menunggu makanan mereka sampai, mereka pun berceritalah tak henti-henti tentang kehidupan mereka dan catch up kisah-kisah teman-teman baik mereka. Yalah dah lama pula tak bertemu kan. Memang banyaklah yang nak dikongsikan. Bercerita punya bercerita, tiba-tiba Nancy teringatkan Tengku Zainun, teman mereka juga. Rupanya Norma sahaja yang tak tahu. Kerana dia pun tidaklah sibuk ambil tahu hal teman-temannya. Yang sampai di telinganya, sampailah. Kalau tak tidaklah dia berusaha untuk mencari cerita itu. Padahal dalam kelompok teman-teman mereka heboh tentang cerita anak perempuan Tengku Zainun yang ditangkap khalwat baru-baru ini.

“Apa dah jadi Nancy?” tanya Norma. Kerana setahunya anak perempuan Tengku Zainun itu sudah berkahwin. “Macam mana pula boleh ditangkap khalwat?” tanya Norma kepada Nancy. Tengku Zainun pula terkenal sebagai kuat agama. Walaupun bukan dari muda dia begitu, tetapi selepas berumah tangga dan beranak pinak, dia dan suaminya mula mendalami ilmu agama. Di kalangan teman-teman memang semua tahu bahawa Tengku Zainun suka berdakwah. Berkongsi peringatan, hadis dan ayat-ayat al-Quran di dalam group Whatsapp. Ada antara teman-teman yang tidak berapa suka dengan cara Tengku Zainun itu. Kerana memang semua tahu, Tengku Zainun yang dahulu tidaklah sealim mana. Ada yang menganggap Tengku Zainun terlalu ekstrem dalam mengamalkan cara hidup Islam.

Tentulah kejadian seperti anaknya ditangkap khalwat ini membuatkan Tengku Zainun malu. Ia menunjukkan bahawa apa yang dicakap tidak serupa dengan yang dibikin. Kata Nancy, “Anaknya sudah bercerai. Mula-mula tiada siapa yang tahu sebab dia bercerai. Rupa-rupanya dia ada kekasih lain.” Ternganga mulut Norma mendengar cerita Nancy. “Dan lelaki itu sudah ada isteri. Anak sudah lima…” “Whattttttt!?!?!” Norma terjerit kecil. Orang di meja sekeliling semua melihat ke arah Norma dan Nancy.

Cerita Nancy lagi selepas kejadian khalwat itu, Tengku Zainun langsung berhenti berkongsi dakwah dan nasihat agama dalam group Whatsapp teman-teman.

“Norma… shhhhh…” Nancy malu. “Ayooooo. Nancy, I yang malu dengar cerita ini. Dia kuat agama tau. Mana boleh macam ni…” jawab Norma. “Itulah I dengar juga cerita dia kuat agama. Selalu kongsi dakwah dengan kawan-kawan kan? Sama juga dengan family member pun macam ituuuuu.” Banyak juga yang Nancy tahu tentang Tengku Zainun. “Dan you tau Norma, mereka kena tangkap khalwat masa anak Tengku Zainun dalam apa itu orang Islam cakap…?” Nancy tidak pasti dengan perkataan yang mahu disebut. “Bilik hotel?” teka Norma. “Bukan… memanglah mereka dalam bilik hotel… Tapi buka itu word…” Norma terpinga sambil mencuba lagi… “Iddah?” cuba si Norma lagi. “Ya… dalam iddah. Ini yang Nora bagi tau I lah. I pun tak tau apa itu iddah,” kata Nancy sambal ketawa.

Makan tengah hari ini terisi sungguh fikir Norma. Dengan info-info menarik tentang anak perempuan Tengku Zainun. “iddah itu maksudnya dia belum betul-betul cerai sama suaminya. Mereka dalam fasa di mana mereka can get together back without remarrying. Macam tulah dalam Islam,” cerita Norma ringkas. Tapi dalam hati Norma berkata, “Mengapalah teruk sangat sampai sanggup anak Tengku Zainun membuat kesalahan sebegini? Takkanlah dia tak tahu hukum-hakam dalam Islam? Bukan kah emaknya suka berdakwah?” Cerita Nancy lagi selepas kejadian khalwat itu, Tengku Zainun langsung berhenti berkongsi dakwah dan nasihat agama dalam group Whatsapp teman-teman.

Masakan tidak, kalau ya pun dia berkongsi pasti teman-temannya akan kata dia cakap tak serupa bikin. “Dah tu apa jadi dengan anaknya Nancy?” “Entahlah. Kata Nora dia kena denda lah dengan mahkamah Syariah. Mungkin ini juga akan memberi kesan kepada perbicaraan hak anak-anak mereka.” Ya anak Tengku Zainun ada tiga anak dengan bekas suaminya. Norma pun sampai tak tau nak kata apa.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Norma berfikir sepanjang perjalanan. Lebih baiklah kita tidak terlalu ekstrem dalam bercakap atau berkongsi hal agama. Banyak antara teman-temannya memang begitu. Mereka lambat mendalami agama. Dan pabila mula mendalami agama, mereka tidak benar-benar faham konsep Islam itu. Mereka hanya tahu apa yang diajarkan ustaz atau ustazah sahaja. Sedangkan Islam atau mana-mana agama sekalipun memerlukan pemahaman yang menyeluruh tentang konsep dan cara hidupnya. Islam juga tidak menggalakkan umatnya menunjuk-nunjuk dengan cara berdakwah tak tentu cara.

Yalah bukan apa, kerana untuk berdakwah itu memerlukan seseorang yang benar-benar faham akan konsepnya. Kalau tidak akan memalukan diri sendiri lah seperti yang terjadi kepada Tengku Zainun kerana terbukti dia tidak faham konsep Islam itu sepenuhnya apalagi memastikan anaknya juga mengerti konsep itu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE