SEARCH

Antoni Porowski Speaks Australian Accent! Hanya Pabila Dia Workout

Antoni Porowski Speaks Australian Accent! Hanya Pabila Dia Workout

Antoni Porowski speaks Australian accent! Ya hanya pabila dia work out. Dah berbulan-bulan saya memerhatikan tingkah lakunya ini melalui laman Instagram pelatih peribadinya Damon Bell. Dan saya mesti menulis tentangnya. Well of course sebab utamanya ialah Antoni is soooooo cute. Saya follow dia di Instagram. Tetapi yang membuat saya tahu dia selalu cuba bertutur dalam slanga Australian ialah kerana saya juga follow pelatih peribadinya. Saya betul-betul enjoy menontonnya,

Damon Bell memang berasal dari Australia. Dia kini menetap di New York. Mungkin kerana itu juga Antoni sering cuba untuk bertutur dalam slanga Australian. Dan Damon pula selalu mengusik Antoni dan bertanya soalan-soalan ringan kepada Antoni. Mungkin kerana dia juga suka dan enjoy mendengar Antoni mencuba-cuba untuk menjadi Australian. Damon adalah salah seorang  pelatih peribadi di gim Equinox yang baru-baru ini dilanda krisis berkenaan pelaburnya, Stephen Ross dikecam setelah mengehoskan majlis kutipan dana untuk Donald Trump.

Pun begitu ini tiada kena mengena dengan cerita Antoni ini. Siapa yang tidak kenal Antoni bukan? Salah seorang daripada lima jejaka dalam program Netflix ‘Queer Eye’, Antoni bertanggungjawab dalam mendidik peserta yang terpilih untuk mendalami hal-hal memasak. Dia juga penulis buku Antoni In The Kitchen. Namanya meningkat naik menerusi siri Queer Eye dan sehingga hari ini memiliki 3.9 juta pengikut di Instagram. Tentunya dengan bilangan pengikut sebanyak ini, dia jatuh dalam kategori influencer dunia.

Selain daripada itu, Antoni juga salah seorang daripada pemilik Village’s Den yang menyediakan khidmat katering dan penyediaan makanan tanpa gluten, soya, daging merah, gula proses, seed oil dan bergoreng. Village’s Den percaya makanan boleh jadi sedap, sihat dan cepat dimasak dalam masa sama. Ini DNA mereka. Ya banyak lagi yang boleh disenaraikan tentang Antoni sebenarnya. Semuanya berkenaan dengan bidang yang dicintainya iaitu makanan dan masakan. Tetapi paling penting dia mencuri perhatian dan hati banyak penonton Queer Eye dengan sikapnya yang charming dan comel. Apa kata buat masa ini kita nikmati sahaja semua itu dalam video cubaannya bertutur slanga Australian ini?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE