SEARCH

Buka Minda, Relaks dan Sedia Menerima Bermula Bulan Merdeka

Buka Minda, Relaks dan Sedia Menerima Bermula Bulan Merdeka

Kita berada di permulaan Ogos hari ini. Bulan di mana negara yang kita sayangi ini menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Bulan inilah semangat patriotik rakyat Malaysia akan membuak-buak. Masing-masing mahu menunjukkan kesetiaan dan rasa kasih mereka terhadap negara. Dalam bulan ini jugalah akan banyak pahlawan papan kekunci yang berlumba-lumba menulis atau membahaskan sesuatu. Tentunya ada yang akan memuji tinggi, atau pasti juga ada yang akan mengeji dan membangkitkan isu-isu provokatif tentang negara yang bisa menaikkan rating atau viewers dan engagement.

Nah inilah asas kepada artikel saya kali ini. Tentang sikap kita sebagai rakyat dan hari ini sebagai pengguna dunia maya waima dalam media sosial, blog atau laman web. Oleh kerana lapangan yang saya sebut ini percuma dan kebanyakan daripada kita tersangat berpegang pada falsafah kebebasan bersuara – maka banyaklah yang dengan mudah dan percuma juga mencipta kontroversi dan senang membuat provokasi dengan pandangan-pandangan peribadi yang seringnya dilontarkan secara tidak berasas.

Ya memang saya tak nafikan terlalu mudah untuk kita melontarkan pandangan dan pendapat hari ini dengan platform percuma yang tersedia. Tetapi bagi saya juga dengan kepercumaan ini kita juga harus sedar ia hadir dengan tanggungjawab yang amat besar juga. Kami di STAIL.MY arif benar kerana kami di sini semuanya wartawan dan penulis yang dari awal kerjaya telah dimaklumkan tentang tanggungjawab ini.

Kami sebolehnya tidak ‘menjolok’ atau menyentuh sensitivity pihak-pihak tertentu. Jadi sebaiknya sebelum kita lancang mengutarakan pandangan atau kata-kata, seharusnya kita berfikir dalam-dalam dahulu. Guna otak kamu yang dikurniakan Tuhan untuk berbunyi bijak (seelok-eloknya) sebelum melontarkan pandangan. Pepatah Melayu sendiri ada menyebut, “Mata pena lebih lebih tajam daripada mata pedang.” Tulisan atau kata-kata itu terkadang akan lebih menyakiti berbanding jika disembelih sahaja leher kita dengan pedang yang tajam.

Sedang menulis saya skrol laman Instagram dan terbaca kata-kata ini,

Be careful what you say. You can say something hurtful in ten seconds and ten years after the wounds are still there.”

Sikap kita dalam mendepani dunia maya ini juga sebenarnya banyak bergantung pada cara kita melihat dunia. Pengaruh dunia sekitar kita dan berapa maju minda kita dalam menghakimi sesuatu perkara. Memang teramat mudah untuk kita mengikut perasaan dan meluahkan apa sahaja pandangan kita tentang sesuatu isu tetapi seeloknya biarlah berasas dan ada matlamatnya. Sekiranya sebab kamu itu kuat dan rasional, tentulah kamu bisa melawan dan membahaskan isi kukuh kamu sekiranya dikecam dan ditohmah.

Buka Minda & Jadi Lebih Relaks

Jadi bagi saya sekiranya kamu punya alasan yang amat kukuh dalam melontarkan pandangan di tempat umum, tak mengapa. Teruskan kerana saya tahu kamu pasti akan dapat menepis, membahas dan menegakkan tindakan kamu itu kerana pada akhirnya ia tidak salah sama sekali. Gunakan alasan kamu itu untuk menunjukkan rasioanl di sebalik tindakan kamu. Tentu sekali dengan isi yang bernas, sesiapa pun tidak akan mampu menggoyahkan kamu.

Ini juga sebenarnya banyak bergantung pada keterbukaan minda kita sebagai manusia. Baik seandainya kamu di pihak yang melontar pandangan atau berada di pihak yang membaca. Pertama minda si penulis harus terbuka dengan segala kemungkinan. Cerca, tohmah dan dikutuk atau dihukum – ini antara kemungkinan yang akan berlaku selepas banyak membaca lontaran kata kamu. Si penulis juga harus membuka minda dengan semua yang terjadi di dunia. Supaya minda kamu itu tidak terdedah dengan segala kemungkinan dan contoh yang pernah terjadi di peringkat global. Mudah untuk kamu menepis dan membahaskan tindakan kamu di kemudian hari.

Begitu juga sekiranya kamu di pihak yang membaca dan senang mahu menghukum atau menghakimi dan menjawab. Minda kamu juga harus terbuka mendalami sebab sesuatu pandangan itu dilontarkan. Harus bisa menerima apa jua bentuk kritikan dan teguran atau pandangan untuk perbincangan. Buka juga minda dengan situasi yang terjadi di dunia, yang berlaku di negara-negara maju contohnya. Supaya kamu juga tidak akan bertindak melulu tanpa usul periksa dan pantas menjatuhkan hukuman. Agar kamu juga akan terlihat bijak dan bukan bodoh kerana terlalu pantas menghakimi.

Paling tidak pun mungkin jawapan kamu kepada situasi paling buruk boleh kamu bayangkan hanyalah, “Oh… okay. Let’s discuss this.” Ataupun… “Oh… Shit…” kemudian move on sekiranya ia tidak memberi kesan buruk pada diri kamu.

Jadi secara amnya memang kita ini sebagai manusia harus terbuka minda dengan semua kemungkinan. Harus menerima juga akan kemungkinan-kemungkinan yang bisa terjadi. Kerana hanya apabila minda kita terbuka dengan semua kemungkinan ini, kita akan lebih bersedia pabila ia akhirnya terjadi. Atau kita akan lebih bijak dalam tindakan kita kerana kita sudah tahu cara menanganinya. Itulah kegunaan dan faedah membuka minda kamu. Lebihkan banyak membaca, menonton berita dunia, mendalami pengalaman orang lain dalam berdepan pelbagai ragam masalah, bertanya dan paling penting berfikir sebaik-baiknya tentang apa juga isu. Hanya dengan cara ini minda kamu akan lebih terbuka.

Seterusnya pabila minda kamu sudah lebih terbuka, percayalah dengan sendirinya kamu akan menjadi lebih relaks dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Tidak perlu lagi kamu berpegang pada falsafah ‘take a chill pill’. Kerana chill pill itu sudah memang ada dalam diri kamu. Kamu lebih tenang kerana minda kamu sudah bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Paling tidak pun mungkin jawapan kamu kepada situasi paling buruk boleh kamu bayangkan hanyalah, “Oh… okay. Let’s discuss this.” Ataupun… “Oh… Shit…” kemudian move on sekiranya ia tidak memberi kesan buruk pada diri kamu.

Setelah Tenang… Kamu Akan Sedia Menerima

Sememangnya dalam dunia hari ini, terlalu-lalu banyak manusia yang sempit mindanya. Tidak terbuka langsung dalam menerima pelbagai kemungkinan. Terlalu tersekat dengan ‘expectation’ dan terlalu mahu memuaskan hati orang lain semata-mata. Manusia hari ini lupa bahawa setiap daripada kita ini memiliki hak sebagai manusia. Setiap daripada kita wajar menegakkan dan memperjuangkan kewujudan diri kita dalam dunia. Tiada siapa pun boleh memperkecilkan kita, merendahkan kita atau menganggap kita bodoh lantas menindas kewujudan kita.

Mereka silap jika mereka menganggap kita bodoh. Dan kita juga harus membuktikan bahawa kita ini bijak. Kita menggunakan otak kita yang kompleks dalam menjalani kehidupan. Jadi apa hak mereka untuk memperbodohkan kita dan merendah-rendah apalagi tidak menerima kewujudan dan keistimewaan kita? Tiada siapa pun berhak berbuat demikian ya terhadap insan lain. Tapi kerana kesempitan minda manusialah, kebanyakan kita tidak dapat menerima. Kerana minda yang tak terbuka dan tidak relaks – membuat manusia senang mahu menghukum, menghakimi dan menindas manusia lainnya.

Jadi apakah kita mahu diperlakukan sebegitu? Saya percaya tiada siapa pun antara kita yang mahu ditindas dan direndah-rendahkan martabatnya. Setiap daripada kita ini ada keistimewaanya yang tersendiri. Jangan cuba mahu disamakan antara individu yang berbeza. Di Stepford Wives kan semua orang… Oh jangan! Kerana kamulah yang akan kelihatan bodoh dan sempit minda. Setiap manusia dilahirkan berbeza-beza. Dan seharusnya dalam dunia moden hari ini kita harus bangga meraikan diversifikasi dan kepelbagaian. Sikap, perangai, warna kulit dan agama serta bangsa. Sekiranya dua majalah terkenal dunia Vogue UK dan US telah pun sepakat bersama-sama meletakkan wanita kulit hitam – Beyonce dan Rihanna di atas isu terpenting mereka September, siapalah kita yang di Malaysia ini untuk tidak menyertai the bandwagon? BODOH lah kita sekiranya kita enggan menerima…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE