SEARCH

Datin Besarkan Anaknya Untuk Jadi Perempuan Simpanan VVIP

Datin Besarkan Anaknya Untuk Jadi Perempuan Simpanan VVIP

Gambar : Pinterest

“Eh Julia! How are you?! Lamanya tak jumpa!” Sapa Tengku Roziah saat terlihatkan kelibat Datin Julia di rumah terbuka salah seorang kenalan mereka. Datin Julia yang sedang menikmati secawan kopi, tersenyum mesra. “Duduklah Roziah, teman I sambil tu boleh kita borak-borak,” ajak Datin Julia. Kebetulan dia datang berseorangan hari itu jadi bagus juga kalau ada teman tak adalah dia terasa janggal sangat. “You datang seorang saja ke Julia?” Soal Tengku Roziah seraya melabuhkan punggungya pada kerusi di sebelah Datin Julia. “Seorang sahajalah Roziah, Datuk ada hal. Anak-anak pula bila dah besar ni tak mahu lagi ikut I, semuanya sibuk dengan hal masing-masing,” jawabnya.

Tengku Roziah tersengih faham. “Yelah, anak-anak I pun begitu juga. Jarang sangat nak ikut I ke mana-mana. Tapi I tak kisahlah asalkan I tahu anak-anak I tak buat benda bukan-bukan. Jangan lah sampai jadi macam anak si Datin Faridah tu..” “Eh kenapa pula anak-anak si Faridah tu Roziah? Elok sahaja I tengok sekarang, cantik-cantik belaka anak daranya dua orang tu,” Datin Julia tidaklah baik sangat dengan Datin Faridah, tapi dia kagum dengan usaha wanita itu dalam membesarkan dua orang puterinya seorang diri.

“I dengar dari teman-teman kita Zara sekarang dah jadi perempuan simpanan ya, hidup mewah mengalahkan anak raja. Setiap bulan ke luar negara, kereta juga asyik bertukar. Cubalah you fikir Zara tu bukannya bekerja pun. Faridah pula bukannya kaya-raya sampai boleh bagi semua yang anaknya ada sekarang. So dari mana lagi dia boleh dapat duit sebanyak itu?”

Datin Faridah sudah bertahun bercerai dengan bekas suaminya Datuk Jalal, tapi ada di antara teman-teman mereka masih lagi membahasakan dia sebagai ‘Datin’, barangkali kerana sudah terbiasa. Sejak bercerai, dengar-dengarnya Datin Faridah menggalas tanggungjawab penuh untuk membesarkan dua orang anak perempuannya Zara dan Nadia seorang diri tanpa bantuan dari Datuk Jalal. Dia besarkan kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang. Diberikan pelajaran, serta makan dan pakai yang cukup. Dari usia mereka belasan tahun sehinggalah keduanya sudah menjangkau usia 20an sekarang, Datin Faridah masih setia mencurahkan kasih-sayang sepenuhnya buat mereka. Malah Datin Julia percaya, sebagai ibu pasti Datin Faridah sanggup bergadai apa sahaja demi kebahagian Zara dan Nadia. 

You tak tahu cerita ke?” Tengku Roziah seolah-oleh terkejut. “Apa ceritanya? Kalau you tak ceritakan macam mana lah I nak tahu..” “I dengar dari teman-teman kita Zara sekarang dah jadi perempuan simpanan ya, hidup mewah mengalahkan anak raja. Setiap bulan ke luar negara, kereta juga asyik bertukar. Cubalah you fikir Zara tu bukannya bekerja pun. Faridah pula bukannya kaya-raya sampai boleh bagi semua yang anaknya ada sekarang. So dari mana lagi dia boleh dapat duit sebanyak itu?” Hal perempuan simpanan ini bukanlah satu perkara yang asing lagi, dah biasa sangat Datin Julia dengar. Tapi bila membabitkan anak Datin Faridah dia semacam tidak percaya pula.

“Betul ke you ni Roziah? Entah-Entah itu duit ayahnya tak? Mana tahu si Jalal sudah menyesal sekarang jadi dia mewahkanlah anak-anaknya,” kata Datin Julia. Tengku Roziah yang mendengarnya, ketawa perlahan. “Tak payahlah you nak bersangka baik sangat Julia, I dengar Jalal pun dah jatuh bankrapkalau betul dia menyesal sekalipun there’s nothing he can do selain dari mintak maaf.” Datin Julia terdiam seketika, wajah Zara dan Nadia silih berganti dalam ingatannya. Selalu juga dia terserempak dengan mereka, memang cantik dua beradik itu. Bergaya pula dengan pakaian dan beg berjenama, sudah persis anak menteri lagaknya.

“Ohh ada yang lagi teruk yathere was one time ada seorang VVIP ni gilakan dua-dua Zara dan Nadia. You know apa Faridah buat? Dia suruh Zara dan Nadia dua-dua sekali layan that guy. jadilah dia berdua perempuan simpanan VVIP tu sekejap. Ke hulu-ke hilir bertiga, sampaikan ke hotel juga bertiga ya!”

“Faridah sebenarnya dah lama groom anak-anak dia, niat dia supaya Zara dan Nadia boleh kahwin orang kaya. Tapi sayang sudahnya jadi perempuan simpanan sahaja. Faridah pula tak pernah kisah, easy money katanya so why not. Starts from Zara then dia encourage Nadia pula to seduce mana-mana lelaki kaya yang boleh bela dia. Senanglah dia nak tumpang duit anak-anaknya lepas tu.” Terang Tengku Roziah panjang lebar “Sampai hati dia buat anak-anaknya macam tu Roziah? I yang dengar ni pula jadi kesian pada Zara dan Nadia,” kata Datin Julia, hairan rasanya bagaimana seorang ibu sampai tergamak memperjudikan masa depan anaknya begitu sekali.

“Ohh ada yang lagi teruk yathere was one time ada seorang VVIP ni gilakan dua-dua Zara dan Nadia. You know apa Faridah buat? Dia suruh Zara dan Nadia dua-dua sekali layan that guy. Jadilah dia berdua perempuan simpanan VVIP tu sekejap. Ke hulu-ke hilir bertiga, sampaikan ke hotel juga bertiga ya! Zara dan Nadia tu bukannya kecik lagi, Julia. Tapi macam tak boleh berfikir pulak I tengok. Ikut sahaja cakap maknya. Sanggup buat apa sahaja as long as dapat hidup senang.” Belum sempat Datin Julia menjawab, Tengku Roziah menyambung lagi, “Eii takutlah I, janganlah anak-anak kita jadi macam tu ya. Mintak simpang!” Datin Julia mengangguk tanda dia setuju. Tapi dalam hal ini, dia tak salahkan Zara dan Nadia sepenuhnya. Dia salahkan ibubapa yang gagal mendidik.

Fikir Datin Julia, jika Zara dan Nadia dibesarkan dengan dengan didikan yang sempurna mungkin mereka sedang mendaki puncak kejayaan masing-masing sama seperti rakan-rakan seusia mereka yang lain. Tapi sayang, kemewahan dan harta benda telah membutakan mata tiga beranak itu sehingga mereka jadi alpa dengan kehidupan duniawi. Sampaikan sudah tidak reti lagi membezakan mana yang baik dan buruk. Dan kalaulah ada sedikit rasa kebertanggungjawaban dalam diri Datuk Jalal untuk tidak membiarkan anak-anaknya begitu sahaja sejak dia berpisah dengan Datin Faridah, mungkin Zara dan Nadia tidak perlu jalani kehidupan seperti sekarang ini. Sekurang-kurangnya, tak perlulah mereka sampai menggadaikan maruah diri hanya sekadar untuk hidup senang-lenang.

Datin Julia hanya mampu berharap satu hari nanti ada sinar baru dalam kehidupan Faridah, Zara dan Nadia. Semoga sahaja mereka sedar dan kembali semula ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk Zara dan Nadia memulakan hidup baru, dengan usia yang masih muda banyak lagi perkara lain yang boleh mereka usahakan demi masa depan yang lebih baik.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE