SEARCH

5 Dating Idea Hujung Minggu Bersama Pasangan

5 Dating Idea Hujung Minggu Bersama Pasangan

Apabila bercerita tentang hubungan, cinta memainkan peranan penting dalam menyalakan api antara dua individu dan mengekalkan hubungannya. Keluar makan dan menonton wayang adalah perkara yang biasa untuk pasangan menghabiskan masa bersama-sama. Namun, ia menjadi bosan lama kelamaan apabila aktiviti tersebut sering diulang. Kamu pasti ingin mencari aktiviti alternatif untuk menjaga kehidupan romantis tanpa rase bosan.

Daripada mengeluarkan peluh dengan sukan luar untuk menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan, bandar ini mempunyai banyak pengembaraan yang menanti kamu dan pasangan. Mengapa tidak gantikan masa makan bersama untuk salah satu aktiviti tidak konvensional ini?

  1. Berdaya saing dengan Go-Kart

Percikkan hubungan kamu dengan daya saing yang melibatkan motorsport dipenuhi dengan adrenalin dan keseronokan. Terletak di tengah-tengah bandar di Plaza Sungei Wang, Blastacars Malaysia menawarkan pengalaman karting waktu luang yang bersifat pendidikan serta membangun kemahiran memandu, drifting dan perlumbaan. Kart itu terdiri daripada enjin yang berkuasa dan reka bentuk yang unik, jadi jika kamu dan pasangan kamu pencinta motor, ini adalah satu aktiviti yang kamu tidak mahu ketinggalan.

Blastacars Malaysia

A: 5th Floor, Sungei Wang Plaza, 111 Jalan Sultan Ismail, 55100 Bukit Bintang

T:+6012-887 8485

dating idea

  1. Meluangkan masa dengan permainan papan (board game)

Sekiranya kamu dan pasangan kamu cukup baru dalam hubungan, lawatan ke kafe permainan papan seperti Meeples adalah cara terbaik untuk memecahkan ais dan mengukuhkan ikatan antara anda berdua. Ia bukan sahaja perkara yang menyeronokkan selain duduk di rumah menonton Netflix, tetapi kamu juga berpeluang memadamkan telefon pintar dan berkomunikasi. Bergantung pada jenis permainan papan yang kamu pilih, ia juga boleh membantu kamu memahami dan mengetahui lebih lanjut perkara penting  tentang pasangan kamu.

Meeples

A: 64-1, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor

T: +603-5633 8033

dating idea

  1. Kafe Unik seperti Komik

Inspirasi tercetus daripada kafe di Korea. Kafe ini ditubuhkan untuk memberi pengalaman yang lain daripada lain kepada pelanggan. Konsep dekorasi dalam kafe yang terbahagi kepada dua. Konsep dekorasinya yang ke arah Barat dengan lukisan Mona Lisa, Creation of Adam dan sebagainya. Manakala di bahagian dalam, bertemakan Asia dengan dekorasi seperti rumah Jepun, bahkan ada satu bahagian seperti pentas. Kamu boleh menghiasi Instagram kamu dengan gambar unik bersama pasangan.

2D Bubbletea Cafe,

A: F-03-10, Sunway GEO Avenue,

Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

dating idea

dating idea

  1. Menjadi pelancong di negara sendiri

“If you want to know a person better, travel with him/her.” Melancong adalah salah satu cara untuk mengukuhkan hubungan antara kamu dan pasangan. Tetapi tidak semestinya kamu harus ke luar negara untuk mengalami pengalaman itu. Mengapa tidak meneroka bandar atau kampung halaman kamu bersama-sama? Sama seperti melawat negara baru, kamu boleh naik bas dan dapat mengenali bandar dengan lebih lanjut sambil menikmati pemandangan dengan pasangan kamu. Sekiranya kamu ingin mendapat pengalaman penuh, pertimbangkan untuk mendaftar lawatan berjalan kaki di mana kamu boleh mengetahui sejarah bandar dan bersosial dengan pelancong lain.

dating idea

  1. Belajar terbang dengan indoor skydiving

Salah satu idea unik adalah skydive dalam terowong angin dan mendapatkan sensasi terbang buat pencinta adrenalin. Di AirRider, kamu akan dapat “terbang” dalam terowong angin meniru pengalaman keluar dari kapal terbang. Jangan risau jika kamu tidak pernah melakukannya sebelum ini kerana seorang pengajar yang berpengalaman akan membimbing kamu melakukan kemahiran asas dan memperkenalkan kamu kepada keseronokan terjun payung dalaman.

Air Rider

A: S601, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre,

1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

T:+603-77285588

dating idea

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE