SEARCH

Pembantu Rumah Jadi Pemuas Nafsu Datuk Gila Seks

Pembantu Rumah Jadi Pemuas Nafsu Datuk Gila Seks

Rozana mundar-mandir di sekitar ruang tamu rumahnya, sesekali dia menyelak langsir meninjau keluar kalau-kalau anak perempuanya, Rose sudah pulang ke rumah. Sepuluh minit pertama menunggu, dia hampa. Dua puluh minit kemudian, batang hidung Rose masih tidak kelihatan. Ke mana sahajalah anak dara aku ini? Sudah lewat malam masih tak reti nak balik rumah. Rozana sebenarnya bukanlah risau benar Rose tidak pulang-pulang lagi, anaknya itu memang jarang pulang awal ke rumah. Selalunya selepas habis waktu pejabat dia akan menghabiskan masa bersama teman-temannya dahulu. Sudah jam satu atau dua pagi barulah dia balik ke rumah, itupun sekadar untuk tidur. Esoknya pagi-pagi lagi sudah ke pejabat semula, kemudian bertemu rakan-rakannya lagi. Begitulah rutin harian Rose.

Jadi Rozana sudah lali sangat dengan jadual hidup Rose itu, biasanya dia juga tidak akan menunggu Rose sehingga dia pulang tapi malam ini ada pengecualian. Tak kiralah jam berapa pun Rose akan sampai ke rumah, dia tetap akan setia menunggu. Dengar-dengarnya Datin L dan Datuk R mahu bercerai. Sebagai teman baik kepada anak pasangan itu pastinya Rose tahu serba sedikit punca keretakan rumah tangga mereka. Maka, dia perlu manfaatkan peluang ini untuk mengorek dengan lebih dalam lagi tentang apa yang sebenarnya berlaku. Datin L dan Datuk R bukannya muda lagi, sudah lebih 30 tahun mereka mendirikan rumah tangga, anak-anak juga sudah besar panjang. Jadi apalah masalahnya sampai mahu bercerai-berai di kala usia sudah senja ini? Pasti ada hal besar yang terjadi di antara mereka sehingga masing-masing tidak sudi tinggal sebumbung lagi, duga Rozana.

Rozana berlari-lari anak ke luar rumah sebaik sehaja terlihat kereta anaknya memasuki perkarangan kawasan garaj mereka. Dia terus membuka pintu bahagian penumpang dan duduk di sebelah anaknya. “Are you okay Ma? Tak sihat ke? Nak Rose hantarkan ke klinik?” Soal Rose kehairanan dengan gelagat ibunya malam ini. “How’s Tisya? Mama dengar parents dia nak bercerai…” Rose merengus mendengarkan soalan ibunya itu, ingat ke ada hal apa lah yang beriya sangat sampai tidak sempat tunggu dia masuk ke rumah. “Dia tak ada cerita apa-apa ke pada Rose?” Tanya Rozana lagi, dia membetulkan duduk lalu menutup rapat pintu kereta seolah-olah tidak mahu turun selagi belum habis bercerita.

“Entah lah Ma, Rose pun tak tahu,” jawab Rose acuh tak acuh lalu menanggalkan tali pinggang keledar dan mematikan enjin. “Tak akan lah Tisya langsung tak ada mengadu pada Rose?” Rozana masih tidak berganjak daripada duduknya. “Ceritalah Rose…” Pujuk Rozana. Rose melangkah keluar dari kereta tanpa mempedulikan ibunya. Terkocoh-kocoh Rozana mengejar langkahan laju Rose dari belakang. “Ayah Tisya buat hal…” Akhirnya Rose membuka mulut, dia duduk di sofa di ruang tamu rumah mereka. “Buat hal macam mana Rose? Datuk R tu mama tengok macam orang baik-baik sahaja.” Seingat-ingat Rozana, Datuk R selama ini tidak pernah pula terpalit dengan apa-apa kisah buruk. Semuanya baik-baik sahaja, dari segi kerjaya mahupun keluarga semuanya ‘tip-top’. Tak pernah sekali pun dia dengar ada yang mengata perihal keluarga harmoni itu.

Ayahnya tidur dengan pembantu rumah mereka sendiri…” Jantung Rozana bagaikan mahu gugur mendengarkan kata-kata Rose.

“Ayahnya tidur dengan pembantu rumah mereka sendiri…” Jantung Rozana bagaikan mahu gugur mendengarkan kata-kata Rose. Tidaklah dia sangka sampai begitu sekali kelakuan Datuk R, memang patutlah Datin L begitu marah sehingga mahu menuntut cerai. “Orang mana pembantu rumah mereka itu Rose?” Rose membalas pendek “Indonesia.” Kata Rose lagi, ini bukan kali pertama hal itu terjadi. Ia sudah berlarutan selama beberapa bulan tapi keluarga Datuk R hanya mengetahui hal ini apabila pembantu rumahnya bertindak melarikan diri dan membuat laporan polis, mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol.

Tisya dan mamanya sekarang sedang sibuk uruskan hal penceraian. Kata Tisya selepas ini mereka akan ke London dan menetap di sana bersama abang dan kakak iparnya,” jelas Rose lagi.

Bagai mahu luruh rasanya jantung Rozana. Kalau sudah dia sendiri terkejut bukan kepalang dengan berita yang tak diduganya ini. Bagaimanalah agaknya perasaan Datin L pula ketika perkhabaran jelik ini sampai ke pengetahuannya ya? “Macam mana Tisya dan mamanya sekarang Rose?” Ada nada risau dalam suara Rozana. “Tisya dan mamanya sekarang sedang sibuk uruskan hal penceraian, kata Tisya selepas ini mereka akan ke London dan menetap di sana bersama abang dan kakak iparnya.” Jelas Rose lagi, Tisya dan Datin L sudah sepakat mahu merahsiakan hal ini daripada keluarga abangnya. Mereka tidak mahu memburukkan keadaan di antara kedua abang dan ayahnya yang sangat rapat. Mereka risau abangnya tidak mampu menerima berita yang mungkin akan melukakan hati dan perasaannya kelak. Malah mungkin akan membuatkan dia kehilangan rasa hormatnya kepada ayah sendiri.

Sementara pembantu rumahnya pula kini sedang berada di bawah pengawasan pihak polis. Datin L dan Tisya ada cuba menghubungi warga indonesia itu namun usaha mereka semuanya menemui jalan buntu. Mungkin dia risau jika diugut atau diapa-apakan keluarga Datuk R. Sedangkan niat Datin L cukup murni mahu membantu dan membela nasib orang gajinya yang sudah menjadi mangsa kerakusan nafsu Datuk R. Entah kenapa Datin L pula yang sepertinya rasa sangat bersalah pada pembantu rumahnya itu. Dia mahu membantu orang gajinya pulang ke Indonesia atau sekurang-kurangnya membantu dia untuk membina kehidupan yang normal semula. Tapi nampaknya hajatnya itu seperti tidak akan kesampaian.

Rozana yang mendengarnya pun sudah tidak terkata apa lagi, dia jijik mengenangkan kelakuan buruk suami Datin L yang seolah-olah tidak sedar diri itu sudah semakin tua. Apalah yang merasuk akal dan fikirannya sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam rumah keluarganya sendiri? Tidak kah dia rasa bersalah kepada isteri dan anaknya?

“Okaylah Ma, Rose naik dulu ya. Kalau senang-senang nanti call lah Aunty L sebelum dia berangkat ke London. Mana tahu dengar suara mama hatinya jadi tenang sikit,” usik Rose. Rozana hanya tersenyum kosong mengiringi langkah anaknya yang semakin menghilang menyelusuri anak tangga naik ke tingkat atas. Tak lama kemudian Rozana juga beransur ke bilik tidurnya, sangkanya awal tadi dapat lah dia tidur lena malam ini selepas mendengar sendiri punca penceraian Datuk R dan Datin L dari mulut Rose. Tapi nampaknya sekarang seperti semakin susah pula untuk dia tidur memikirkan nasib yang menimpa Datin L. Haih sabarlah L…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE