SEARCH

#declareyourscent: 5 Personaliti Berkongsi Aroma Kegemaran Jo Malone London Mereka

#declareyourscent: 5 Personaliti Berkongsi Aroma Kegemaran Jo Malone London Mereka

Haruman dan jiwa adalah satu. Setiap daripada kita pasti punya satu aroma pilihan yang tersemat di hati dan mampu membangkit deria bau dalam diri. Tidak kira aroma kehijauan, sitrus, bunga-bungaan, kayu-kayan, rempah dan pelbagai lagi, semuanya memiliki olfaktorinya yang tersendiri. Begitu juga aroma daripada Jo Malone London. Penyembur cologne terbaik dan eksklusif yang kini hadir merai Declare Your Scent mengajak kita semua meneroka aroma haruman terbaik mengikut personaliti diri.

STAIL.MY mengajak empat personaliti cantik dan tampan bersama-sama Ketua Pengarang, Azreezal Hafidz, menjelajah olfaktori Jo Malone London mencari aroma mewah dan terbaik melambangkan diri. Mona Allen, Husna Mustaffa, Dahlia Nadirah dan Ikmal Amry begitu teruja berkongsi pilihan mereka.

Kelebihan haruman Jo Malone London ini adalah terletak pada seni kombinasi satu haruman ke satu haruman yang lain. Dua puluh haruman cologne ini boleh diadukkan bersama sehingga maksima tiga haruman untuk kamu teroka. Adunan haruman ini membolehkan kamu menemukan sebuah lagi aroma baharu yang mampu menjadi aroma signatur kamu yang tersendiri.

Begitu juga yang dilakukan Azreezal bersama empat personaliti pilihan kami. Mereka meneroka butik Jo Malone London dan menyembur setiap satu haruman serta mengambil masa untuk mengadun sendiri pilihan aroma mereka dan akhirnya menemukan haruman yang terbaik. Bukan itu sahaja, kembara haruman JoMalone London tidak terhenti pada penyembur wangi. Rangkaian tubuh seperti krim dan sabun badan juga antara yang menyumbang kepada sebuah penciptaan sebuah olfaktori baharu.

Setelah meneliti aroma mewah yang tersedia di Jo Malone London, mereka teruja sekali apabila akhirnya menemukan haruman yang memberi simbolik diri dan yang penting, begitu peribadi.

Konsep Video: Merrissa Emilda Arahan Seni: Ashura Hakim Penyelaras: Ryan Mohamad dan Mel Muzammil Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini Video: Octopost Studio Solekan: Fendi Sani Dandanan: Cody Chua 

 

Mona Allen memilih cologne padanan English Pear & Freesia bersama krim badan dari inti pati kayu-kayan iaitu Wood Sage & Sea Salt.

“Kebiasaannya apabila saya keluar rumah, orang di sekeliling pasti akan memberitahu saya yang saya berbau harum. Inilah rahsia saya, my all time favourite fragrance! Bersama losen badan ini, saya gunakan setiap hari. Ini adalah kombinasi yang cukup sempurna ️”

Husna Mustaffa yang begitu manis sekali memilih cologne Peony & Blush Suede dan sabun badan dan tangan Lime Basil & Mandarin.

“Wanita selalu meluahkan kecintaannya pada mekap, tetapi pada saya, saya lebih sukakan haruman. Sejak remaja lagi, saya pasti ada aroma signatur saya tersendiri. Saya sukakan bau bunga-bungaan dan sitrus, ia mampu membangkitkan tenaga dan menyemarakkan lagi personaliti diri.”

Dahlia Nadirah, usahawan yang senantiasa sibuk ini juga tidak pernah mengabaikan penjagaan dan penampilan diri. Dahlia memilih haruman cologne Nectarine Blossom & Honey dan krim badan Blackberry & Bay.

“Saya sememangnya setia pada haruman yang satu milik saya semenjak tahun 2007-2008. Cuba bayangkan bagaimana gambaran perasaan saya apabila akhirnya saya jumpa suatu aroma baharu yang sememangnya saya suka! Ini adalah aroma yang paling sempurna pada saya. I’ve always loved something sweet and floral-ish scent and I’ve found the perfect scent for me!

Azreezal Hafidz, cukup versatil dalam bidangnya. Begitu juga pilihan aroma untuk diri. Dia akan pastikan aroma pilihannya adalah yang terbaik buat dirinya. Azreezal memilih cologne English Pear & Freesia bersama krim badan Peony & Blush Suede.

“Saya suka dengan versatiliti produk Jo Malone London. Hanya dengan memadukan beberapa aroma saya dapat mencipta bauan berbeza sesuai untuk aktiviti siang hingga ke malam.”

Bagi Ikmal Amry, jejaka juga harus mementingkan bau badan. Ikmal memilih cologne English Pear & Freesia serta krim badan English Oak & Redcurrant.

“Haruman memberi simbolik kepada karakter seseorang. Dan kombinasi dua haruman pilihan saya daripada Jo Malone London ini adalah sesuatu yang tepat melambangkan diri saya.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE