SEARCH

#NowEveryoneCanFly bersama #AirAsiaX berkongsi Destinasi Fesyen dan Kecantikan Pilihan Stail di Korea!

#NowEveryoneCanFly bersama #AirAsiaX berkongsi Destinasi Fesyen dan Kecantikan Pilihan Stail di Korea!

Now everyone can fly. Bersama AirAsia X, kami berkongsi destinasi fesyen dan kecantikan pilihan stail di Korea!

Dasar pandang ke Timur. Pertumbuhan fesyen kini tidak hanya berpusat pada kota-kota terbesar di belah Barat. Terima kasih kepada arus perkembangan lapangan hiburan Korea, akses media sosial masa kini, kemudahan percutian ke Korea dan asimilasi budayanya yang diterima pakai oleh segenap manusia, fesyen Korea atau lebih senang kita panggil K-Fashion sudah tersimpul dalam kamus fesyen global.

Lalu, siapa-siapa pun sekarang, tanpa mengenal usia, mula menaruh cinta pada fesyen Korea. Tidak gentar dengan permainan warna, berani candang dengan lapisan ceraian, bergaya lebih dengan aksesori-aksesori dan seumpamanya. Dari timur ke barat, utara ke selatan, fesyen Korea sudah merebak dan menakluki dunia.

Sebelum-sebelum ini kita dihidangkan oleh estetika fesyen nakal, keanak-anakan dan comel yang mencerminkan kemudaan. Dengan berlalunya masa, revolusi menyaksikan fesyen Korea lebih cenderung kepada nada-nada yang bersendikan manipulasi pola, bersifat utilitarian, aspek-aspek dekonstriksi dan menentang kelaziman. Malah ada sedikit keberanian dari segi siluet, misalnya rekaan-rekaan di luar kadar banding normal, gaya-gaya labuh dan elemen cabik-cabik yang berjaya menjadi ikutan.

Tambahan pula keasyikan orang-orang Korea yang terpengaruh dengan aspek kesukanan yang tersemat sekali, memperkasakan lagi penggayaan. Boleh lihat kehebatan mereka dalam menjulang elemen-elemen sporty untuk dijadikan kunci gaya. Siap sangka, seluar trek bisa dipadankan dengan blazer bersaiz besar atau topi snapback dipakai bersama dress.

Apa lagi, pabila ibu kota pesat Korea yakni Seoul yang melihat fesyen sebagai nadi terpenting mereka. Tidak hairanlah minggu fesyen Seoul kini sebanding dengan minggu-minggu fesyen lain. Kelahiran jenama-jenama lokal asal Korea yang sekarang ada di antaranya berdarmawisata ke luar negara sehingga menempa nama menjadi frontrunner dalam industri fesyen antarabangsa.

Hab-hab fesyen utama Seoul (seandainya kamu berkunjung ke Seoul) seperti jalanan di Gangnam, Garosu-gil, Apgujeong dan Dongdaemun dibanjiri budaya high street juga street fashion yang sudah menjadi keasyikan semua orang. Rujuk saja street style Korea yang mengitari Dongdaemun Plaza – mercu tanda ikonik Seoul – yang memperlihatkan keberanian mereka dalam gaya beragaman. Baik gaya-gaya minima mahupun yang sedikit agresif. Lebih-lebih lagi bila menjelmanya minggu fesyen Seoul yang mempertaruhkan pemain-pemain kuat fesyen beria-ia tidak beralah mendandani diri.

Aura fesyen di Seoul berbeza-beza. Contohnya Gangnam lebih menjurus kepada gaya-gaya mewah atau high end, kerana ia adalah lokasi terletaknya butik-butik berjenama terpilih. Manakala di Hongdae – lokasi yang banyak didatangi anak-anak muda yang meminati seni, muzik dan sebaginya – menghimpun gaya-gaya yang sedikit artistik.

Ah, terbayang-bayang jika sekarang ini berada di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas tadi. Pasti terbetik inspirasi macam-macam gaya yang bisa meresap jiwa!

Videografer: Darius Shu  Sitting Editor: Amira Azman  Arahan Seni: Ashura Hakim  Teks: Ardi Idewani dan Amira Azman  Solekan: Cat Yong  Rambut: Juno

 

Trend kecantikan Korea hari ini masih lagi menjadi antara trend pilihan penggemar kecantikan. Kulit wajah mulus atau popular dengan nama ‘kulit gelas’ ini masih menjadi pujaan setiap wanita. Namun, trend kecantikan Korea hari ini bukan sekadar tentang mendapatkan kulit wajah yang mulus, ia lebih kepada untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah dalam jangka masa yang lama. Oleh kerana itu, setiap formulasi produk penjagaan wajah bahkan kosmetik adalah sangat penting dan amat dititik beratkan oleh wanita-wanita Korea.

Bercerita pula tentang kosmetik. Tidak dinafikan produk kosmetik Korea antara yang mendapat sambutan tinggi secara global. Dan disebabkan itu, proses eksport produk-produk kosmetik jenama Korea meningkat pesat hampir 10 kali ganda semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada sini juga kita dapat melihat bahawa trend kecantikan Asia turut diterima baik oleh masyarakat Barat walaupun kita semua sedia tahu, trend kecantikan masyarakat Asia dan Barat memiliki dua karakteristik yang sememangnya berbeza.

Buat yang masih belum tahu, trend kecantikan Korea ini cukup menarik. Daripada trend solekan bibir gradient, blurred lips, pipi merah, mata glitters, kening berdefinisi, mereka bagai miliki satu identiti yang membuatkan semua tahu itu adalah trend solekan yang dibawa khas dari Korea. Satu pandangan klise yang perlu kita tangkas di sini, solekan Korea tidak semestinya tentang kening lurus. Wanita Korea hari ini semakin memilih bentuk kening yang sedikit curvy kerana mahu memberi definisi kepada kontur wajah mereka.

Jika hendak tahu apa trend terkini solekan-solekan ala wanita Korea, lihat sahaja di klip muzik video penyanyi idola Korea terkini seperti Blackpink, Red Velvet dan ramai lagi. Setiap kali mereka membuat comeback, tim kecantikan mereka memastikan idola ini tampil dengan trend-trend terkini yang lebih segar. Yang terbaru kita dapat lihat, trend bibir merah matte ala “vampire’ antara yang popular di sana. Rona sebegini sesuai sekali digayakan pada musim luruh. Selain itu, solekan mata glitters (yang tidak keterlaluan) juga menjadi pilihan wanita-wanita Korea yang mahu tampil sedikit ekstra atau giyowo (comel) sebagai solekan harian mereka.

Jika kita lihat wanita-wanita lokal di sana setiap satunya memiliki gaya solekan harian yang tersendiri. Mereka jarang mengenakan solekan tebal. Pilihan rona bibir juga berbeza-beza, ada yang sukakan gaya yang lebih seksi, mereka akan mengenakan gincu bibir yang lebih gelap, dan ada di antara mereka yang sukakan gaya yang lebih comel akan menggayakan gincu bibir yang lebih fun dan bold seperti merah jambu lembut dan koral.

Jika di Seoul, lokasi syurga buat penggemar kecantikan untuk membeli-belah semestinya di kawasan seperti Myeong-dong. Segala jenis produk penjagaan wajah serta kosmetik boleh kamu temui di sana. Buat yang mahukan pengalaman membeli-belah yang sedikit berbeza, kamu boleh ke kawasan-kawasan popular dan hip di mana remaja lokal sering melepak seperti di Ehwa dan Hongdae. Jika di Gangnam, jangan lupa untuk kunjungi Garosu-gil, di sini kamu juga boleh bertemu jenama lokal yang tidak dipasarkan secara global dan berkunjung secara eksklusif ke stor flagship yang tidak mungkin kamu dapat rasai pengalamannya di sini. Untuk mencari produk-produk kecantikan di Korea tidaklah rumit. Ini kerana kamu boleh menjumpainya di hampir semua tempat di Seoul.

Dan jika kamu berkunjung ke Jeju, jangan lupa untuk kunjungi pusat beli-belah bebas cukai LOTTE (yang juga boleh terdapat di Seoul). Kalau mahukan pengalaman yang berbeza, kunjungi pusat beli-belah Jeju Jungang yang memiliki lebih 300 stor bawah tanah untuk kamu kunjungi.

 

#NowEveryoneCanFly bersama AirAsia X!

Buat kamu yang belum pernah berkunjung ke Korea, kini kamu tidak perlu sedih lagi. AirAsia X memberi kamu peluang untuk ke kota idaman kamu dengan harga yang benar-benar berpatutan. AirAsia X kini menyediakan penerbangan terus ke Seoul 18 kali seminggu, Busan untuk 6 kali seminggu serta Pulau Jeju sebanyak 4 kali seminggu!

Kini penumpang AirAsia X mampu menikmati penerbangan yang selesa dengan katil rata premium. Tempat duduk yang boleh direbah sepenuhnya menjadi katil rata ini sesuai untuk penerbangan jarak jauh seperti ke Korea ini. Bukan itu sahaja, pilihan makanan daripada senarai menu Santan istimewa AirAsia X boleh dipilih di dalam penerbangan ini. Daripada seleksi makanan tradisional Malaysia, Cina juga hidangan makanan Korea boleh kamu cuba di dalam menu Santan yang disediakan. Servis Pemilihan Tempat Duduk turut tersedia di mana penumpang kini boleh membuat pilihan add-on secara bundle ketika melakukan prosedur pra-tempahan. Senarai add on ini termasuklah bagasi, makanan, tempat duduk juga Insurans Tune Protect Travel.

Antara keistimewaan lain AirAsia X ini, penumpang juga dapat membuat pra-tempahan untuk pilihan hiburan dalam penerbangan dan dapat menikmati akses tanpa henti ke pelbagai filem, siri TV, muzik, permainan dan majalah yang tersedia. Usah risau, penumpang juga memiliki keistimewaan untuk mengakses ke ruang menunggu premium bagi mereka yang membeli katil rata premium juga buat penumpang premium flex. Apa tunggu lagi, untuk menempah tiket atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, kamu bolehlah melayari laman web airasia.com sekarang!

Jom kita ke Korea!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE